Tiada apa yang lebih menyedihkan apabila kehilangan orang yang disayangi. Namun lebih menyedihkan bagai tahu ajalnya sudah tiba, seorang pelajar SPM yang dalam perjalanan ke sekolah untuk kertas Biologi sempat berpesan kepada abangnya untuk menjaga emak kesayangan mereka.
Dalam kejadian semalam, Muhammad Adam Syamsul Shahril, 17 yang dalam perjalanan ke sekolah dan dihantar bapanya meninggal dunia di Hospital Kepala Batas, Kepala Batas Pulau Pinang selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.
**media[80956]**
Menurut abangnya, Muhammad Arif, 21 tahun, adiknya itu sempat berpesan kepadanya beberapa hari sebelum kejadian sedih menimpa mereka.
“Jaga mak baik-bai, adik nak pergi dulu,” itulah kata akhirnya,” kata Muhammad Arif.
Laporan Harian Metro menyebut, Arif berkata, adiknya sebelum ini seorang yang periang dan kerap berbual namun berubah sikap sejak minggu lalu apabila kerap berkurung di dalam bilik.
Katanya, dia menyangka kelakuan itu hanya biasa memandangkan adiknya itu sedang sibuk membuat persiapan bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Saya memang tidak ada rasa apa-apa dengan sikapnya yang agak pendiam kerana tahu dia sedang fokus belajar apatah lagi hari ini akan menjawab kertas bagi subjek biologi.
“Tetapi tidak menyangka berlaku perkara sebaliknya apabila saya mendapat panggilan daripada ibu memaklumkan bahawa ayah dan adik sudah tiada kerana terbabit kemalangan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kepala Batas (HKB), di Kepala Batas, hari ini.
**media[80954]**
**media[80953]**
Dalam kemalangan 6.30 pagi semalam, Muhammad Adam bersama bapanya Syamsul Shahril Abd Rahman, 51, yang bekerja sendiri, terbabit kemalangan dengan bas Rapid Penang yang dipandu lelaki berusia 48 tahun di Jalan Teluk Air Tawar, Butterworth.
Ads
Pada ketika itu, Syamsul Shahril yang menunggang motosikal dalam perjalanan menghantar Muhammad Adam ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Air Tawar bagi menduduki peperiksaan SPM bagi subjek Biologi.
Kemalangan itu menyebabkan Syamsul Shahril meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Muhammad Adam menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Menurut Muhammad Arif, adiknya itu pada minggu lalu ada berpesan supaya menjaga ibu mereka, Aziah Salleh, 50-an kerana dia bakal meninggalkan keluarga itu.
“Saya terkejut pesanan itu adalah tanda bahawa dia akan pergi hari ini bersama ayah.
“Kebiasaannya ayah yang keluar bekerja akan menghantar Adam di jeti dan kemudian Adam akan menaiki bas tetapi hari ini lain pula.
Ads
“Ini semuanya takdir dan walaupun sedih kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Muhammad Adam adalah anak ketiga daripada empat beradik dan disifatkan seorang penyayang serta patuh pada nasihat ibu bapa.
Sementara itu, rakan sekolah Muhammad Adam, Maznan Noor, 17, berkata, kawasan persekitaran sekolah pada waktu pagi agak gelap manakala kenderaan terutamanya bas kerap dilihat memandu dalam keadaan laju.
“Dua tahun lalu ada juga kemalangan meragut nyawa di hadapan sekolah ini dan boleh dikatakan ada sahaja perkara tidak diingini berlaku kerana kawasan yang gelap pada waktu pagi.
“Lebih menyedihkan hari ini ia menimpa kawan baik saya bersama bapanya,” katanya.
Ads
Jelasnya, Muhammad Adam adalah sahabat yang baik, peramah dan sentiasa memberi kata-kata motivasi supaya tidak melakukan perkara yang mengecewakan ibu bapa.
Jenazah dua beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Bandar Perda selepas solat Asar.
**media[80957]**
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor memaklumkan, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila motosikal dinaiki dua beranak dari arah Bagan Ajam menghala ke Teluk Air Tawar yang berada di lorong kiri telah mengubah haluan ke lorong kanan sehingga masuk ke laluan bas yang berada di belakang.
"Tindakan penunggang motosikal mengubah haluan itu telah menyebabkan bas tersebut gagal mengelak dan melanggar belakang motosikal berkenaan," katanya di sini hari ini.
Noorzainy berkata pemandu bas berusia 48 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis menahan lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut.
Beliau turut meminta kerjasama orang ramai atau saksi yang melihat kemalangan itu untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan kes tersebut.
"Pemandu bas itu akan dibawa ke Mahkamah Butterworth esok bagi mendapatkan perintah reman. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya apa saja berita yang viral, cepat saja mendapat respon dari masyarakat. Ternyata masyarakat hari ini memang menyukai sesuatu yang berbeza.
Terkini, selepas mengumumkan berita pertunangan dengan Putera Harry, tempias glamor mula melingkari kehidupan Meghan Markle. Apa saja jenama yang tersalut di tubuhnya akan menjadi tumpuan.
Pasangan ini baru mengumumkan pertunangan mereka tetapi kini apa saja dipakai Meghan sudah menjadi tumpuan ramai
Jika sebelum ini kot tersarung dibadannya diburu peminat, terbaru, tas tangan jenama Startberry dipegang pula menjadi sangat laku dan menjadi buruan biarpun harganya agak mahal USD667 bersamaan RM2722.
Beg berjenama yang berpengkalan di Edinburgh, England itu mula diburu peminatnya selepas gambar Meghan membawa beg tote itu semasa lawatannya ke Nottingham untuk menemami Putera Harry tersebar di media.
Tapi untuk mendapatkannya untuk meraikan Krismas ini, sudah tidak boleh berangan lagi kerana stoknya sudah habis terjual dan hanya akan dapat yang baru pada Januari tahun depan.
Beg tote ini laris terjual selepas dipakai Meghan
“Jualannya sangat mengagumkan kepada kami, ia benar-benar jualan terbaik,” kata seorang jurucakap Strathberry.
Beg Starthberry ini kelihatan elegan. Bahagian luar mempunyai pemegang emas dan lipatan sempurna.
Menurut majalah Elle UK, Strathberry adalah jenama premium yang boleh ditemui di pusat beli-belah terkemuka di seluruh dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi tarikan buat pengunjung di Zoo Melaka adalah Dinosaur Encounter yang dipercayai akan mencetuskan fenomena baru bagi menarik kehadiran pelancong ke Melaka dalam situasi pandemik COVID-19 ini.
Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, pameran atau pertunjukan zoo ini adalah antara yang terbesar di Asia Tenggara dan akan menjadi satu tarikan terbaru bagi sektor pelancongan Melaka.
Dinosaur Encounter dibangunkan dalam kawasan seluas 4 hektar di Zoo Melaka dan menawarkan harga tiket RM38 untuk dewasa serta RM31 bagi kanak-kanak dan warga emas. Difahamkan juga, tempat tarikan ini juga dibuka pada waktu malam. Jadi, siapa yang tak mahu berpanas, bolehlah berkunjung pada waktu malam.
Rata-rata daripada pengunjung nampaknya berpuas hati dan menyatakan bahawa bukan kanak-kanak sahaja yang teruja, malah orang dewasa juga turut kagum dengan pameran ini. Malah, ada juga pengunjung yang memberikan pandangan untuk penambahbaikan yang perlu dilakukan seperti maklumat mengenai setiap spesies dinosaur serta sistem bunyi perlu dipertingkatkan. Barulah real!
Dalam pada korang menyokong sektor pelancongan di Malaysia, jangan pula lupa untuk mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. Pameran ini sememangnya sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan ekonomi negara akibat situasi pandemik, namun jangan terleka dengan penjarakan fizikal.
Pastikan sentiasa memakai pelitup muka dan elakkan bersesak-sesak dengan individu lain.
27 Mei lalu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan satu kenyataan yang mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di semua kampus Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember ini.
Terbaru, Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan IPT pertama yang umum akan memulangkan yuran kolej kediaman dikenakan terhadap pelajar sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mulai 18 Mac lalu.
Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim, berkata pemulangan yuran kolej kediaman itu akan dibuat menerusi kaedah pemindahan baki ke semester seterusnya.
Bagaimanapun, katanya, yuran pelajaran tidak akan dipulangkan berikutan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) masih diteruskan secara dalam talian.
“Pelajar mungkin perlu memohon (untuk mendapatkan pemulangan yuran kolej kediaman) dan permohonan akan dibuka selepas kita memuktamadkan perkara ini.
“Setakat ini itulah pendirian kami walaupun ada pelajar tidak menggunakan kemudahan di universiti seperti makmal dan sebagainya kerana caj dikenakan secara keseluruhan perkhidmatan dan bukannya secara berasingan.
“Bagaimanapun, kita tunggu pendirian kerajaan dan UiTM akur dengan setiap keputusan berkaitan perkara ini, walaupun kadar ditetapkan UiTM adalah terendah berbanding institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain,” lapor BH
Dengan pelaksanaan PdP, ramai daripada pelajar IPT memohon agar yuran pengajian diturunkan kerana kemudahan di universiti tidak digunakan secara sepenuhnya termasuklah asrama, fasiliti sukan, makmal, internet dan bilik kuliah.
Sebelum ini, Bekas Menteri Sukan dan Belia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mendesak agar yuran pengajian dikurangkan memandangkan kebanyak kelas terpaksa dihentikan ketika PKP berlangsung.
So apa pendapat korang tentang isu pemulangan yuran IPT ini?
Sumber : Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi versatil, Marsha Milan meluahkan hasrat untuk bergabung dalam sebuah karya istimewa bersama dua lagi figura vokal hebat tanah air iaitu Aina Abdul dan...