Menerusi kempen global, jenama sukan Adidas bekerjasama dengan 11 restoran di 11 bandar, sebagai sebahagian daripada siri yang akan menyajikan 11 siluet berinspirasikan kulinari.
Dinamakan Superstar Ravi, Restoran Ravi yang berpangkalan di Dubai mengolah semula kasut ikonik adidas Superstar dengan gabungan budaya.
Kasut ini menampilkan sepasang rekaan, di mana sebelah kiri membawa nama restoran dalam bahasa Inggeris di bahagian tumit, manakala sebelah kanan menampilkan dalam bahasa Arab. Tahun penubuhan Ravi pada 1978 juga diiktiraf di bawah nama. Gabungan warna putih, off-white dan hijau pada keseluruhannya memberi kesan pada warna klasik Ravi.
Terletak di tengah-tengah Al-Satwa, restoran milik keluarga ini adalah destinasi legenda untuk penduduk tempatan dan pelancong. Ravi membuka pintunya dengan cita-cita yang rendah hati untuk memberikan rasa makanan Pakistan asli pada harga yang berpatutan.
Dalam pada itu, perkataan ‘Ravi’ dan tahun buatan pada bahagian tumit pula dicetak dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, selain ia dilengkapi set tali berwarna hijau.
Ads
Difahamkan, reka bentuknya menceritakan kisah mereka. Ia memberi penghormatan kepada tempat dan orang yang memainkan peranan penting dalam komuniti mereka.
Menariknya, pemilik restoran itu meletakkan nama enam jenis hidangan terkenal Ravi pada lidah kasut itu iaitu daging kambing Peshawari, biryani ayam, ayam tikka, goreng daal, Karak chai, dan lassi Punjabi.
Ads
Pewaris pemilik Ravi, Waheed Abdul Hameed berkata, keenam-enam hidangan kegemaran itu wajib ‘disediakan’ kepada pelanggan.
Bukan kedai makan biasa-biasa, restoran yang dibuka sejak 1978 itu sangat terkenal dengan hidangan asli Pakistan sehingga pernah dikunjungi beberapa selebriti terkenal seperti Snoop Dogg, One Republic dan juga Anthony Bourdain ketika program TV-nya.
Superstar Ravi dilaporkan akan dilancarkan pada 23 Jun ini via adidas dan lokasi terpilih di UAE.
Ads
Love nya dengan design kasut adidas Superstar dengan gabungan budaya Arab ini. Agak-agaknya bila jenama Adidas ni nak kolabrasi bersama restoran nasi kandar di Malaysia pula…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isnin lalu, Masjid Al-Khairiyah di Taman Sri Gombak telah melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum waktu sebenar dan pihak pengurusan masjid tersebut telah pun membuat permohonan maaf. Kesilapan itu berlaku berpunca daripada masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.
Walau bagaimanapun, Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid mengesahkan bahawa jika individu yang berbuka mengikut laungan azan itu, puasanya batal dan perlu diganti. Namun, penggantian puasa tidak tertakluk kepada mereka yang berbuka di hujung atau selepas azan kerana ia dikira sudah masuk waktu berdasarkan waktu zon tempatan.
Jelasnya lagi, waktu solat adalah mengikut zon di negeri-negeri dan bagi kes berkenaan, puasa mereka yang berbuka berpandukan azan pada 7.18 malam itu adalah terbatal dan wajib diganti.
Namun begitu, tindakan nazir masjid berkenaan dipuji oleh Mufti Selangor kerana berani berterus terang untuk mengakui kesilapan itu. Katanya, semua orang melakukan kesilapan dan mereka yang berkenaan perlu memaafkan pihak yang tidak sengaja mengalunkan azan lebih awal.
Betul tu, sekiranya korang antara individu yang terbabit, tidak perlulah berasa kesal dan marah kerana perlu menggantikan semula puasa itu. Anggaplah ia sebagai satu ujian di bulan Ramadan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini mengumumkan langkah penting untuk memansuhkan beberapa peperiksaan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Keputusan ini bagaimanapun mendapat perhatian ramai pihak, termasuk guru, ibu bapa, dan masyarakat umum.
Menurut Menteri Pendidikan, langkah ini diambil demi memastikan kesejahteraan murid diutamakan serta mengurangkan tekanan yang mereka hadapi dalam sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Tekanan Akademik Punca Kebimbangan
Sistem pendidikan yang terlalu tertumpu kepada peperiksaan telah lama dikritik kerana menimbulkan tekanan kepada murid. Ramai murid terpaksa menghabiskan masa yang panjang untuk mengulang kaji pelajaran dan mengikuti kelas tambahan, sehingga mengabaikan aspek perkembangan lain seperti kreativiti, sosial, dan emosi.
Menteri Pendidikan menekankan bahawa tekanan akademik yang melampau boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental murid. Kajian menunjukkan bahawa murid yang tertekan akibat peperiksaan cenderung mengalami masalah seperti kebimbangan, kemurungan, dan keletihan. Langkah pemansuhan peperiksaan ini dilihat sebagai satu cara untuk mengurangkan beban mental tersebut.
Pendekatan Berasaskan Pembelajaran Holistik
Menurut KPM, pemansuhan peperiksaan bertujuan untuk memperkenalkan pendekatan pembelajaran yang lebih holistik. Murid akan dinilai berdasarkan aktiviti pembelajaran yang lebih praktikal seperti kerja projek, pembentangan, dan aktiviti ko-kurikulum. Pendekatan ini membantu murid membangunkan kemahiran insaniah, pemikiran kritis, dan kreativiti yang amat diperlukan dalam dunia moden.
Selain itu, guru juga diberikan ruang untuk melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih fleksibel dan interaktif, tanpa perlu tergesa-gesa untuk mengejar silibus bagi persediaan peperiksaan.
Walaupun terdapat kritikan daripada segelintir pihak yang bimbang pemansuhan peperiksaan akan menurunkan tahap disiplin dan pencapaian akademik murid, majoriti ibu bapa dan pakar pendidikan menyambut baik langkah ini. Mereka percaya bahawa sistem penilaian baharu ini dapat menghasilkan murid yang lebih seimbang dari segi intelek dan emosi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang mesti biasa melihat trend pemasangan wallpaper atau kertas dinding di rumah atau pejabat kan? Pemandangan ini bukan hanya ‘menyedapkan’ mata bahkan kos pemasangan wallpaper ini juga agak menjimatkan poket!
Sumber Gmabar : Public Health Malaysia
Meskipun begitu, menurut perkongsian Public Health Malaysia, perbuatan ini sebenarnya tidak sihat untuk anda sebagai pengguna tandas tersebut.
“Persekitaran lembab di dalam tandas menyebabkan risiko pertumbuhan kulat di dinding termasuk di belakang kertas dinding.
“Kulat ini membebaskan spora iaitu debu debu halus yang boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan iritasi.
“Kesannya, anda akan alami batuk, selsema, tekak kering, mata berair dan gatal gatal kulit.
“Lebih teruk lagi, pendedahan secara berterusan boleh memberi kesan lebih buruk kepada paru-paru seperti asma dan radang paru-paru.”
Selain di tandas, wallpaper juga tidak sesuai dan bahaya ditampal dibeberapa tempat ini:
1. Peti sejuk – haba tidak dapat dibebaskan dengan baik dan boleh meningkatkan risiko kebakaran.Ia juga mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
2. Di dapur basah – Menyediakan bahan masakan, memasak, menggoreng, mengukus dan memanggang adalah aktiviti biasa dalam dapur basah.
Selain haba, minyak dan wap juga terhasil semasa memasak. Keadaan terlalu panas, lembap dan berminyak adalah tidak sesuai untuk pemasangan kertas dinding.
Moga bermanfaat kepada semua!
Sumber: Public Health Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!