Baru-baru ini, pempengaruh dan usahawan terkenal, Adam Shamil meraih perhatian di media sosial selepas mencipta satu pencapaian peribadi apabila menjadi pemilik Lotus Eletre termuda di Malaysia. Ini sekaligus mencatat namanya sebagai pelanggan ke-250 bagi model hyper-SUV elektrik tersebut di bawah jenama Lotus Cars Malaysia.
Memetik laporan media tempatan, pada usia 31 tahun, Adam dikenali sebagai seorang individu yang serba boleh. Mula mencipta nama sebagai pencipta kandungan, pengacara profesional, penyanyi serta pengasas jenama pencuci mulut popular dari Sabah, Chunk and Dunk, pencapaian beliau ini turut mencerminkan peningkatan minat golongan muda terhadap kenderaan elektrik berprestij.
Menurut Adam dalam satu perkongsian di media sosial, beliau berharap pencapaian peribadinya ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai, khususnya golongan muda, untuk terus mengejar impian dan tidak berputus asa dalam merealisasikan cita-cita masing-masing.
“Kepada semua yang menonton ini, saya mendoakan agar tahun 2026 menjadi tahun anda – tahun di mana anda mencapai impian dan cita-cita, atau sekurang-kurangnya melangkah lebih jauh ke arah merealisasikannya”
“Saya harap pencapaian peribadi ini mampu memberi inspirasi kepada anda untuk terus mengejar impian sendiri dan percaya bahawa tiada yang mustahil dalam hidup apabila anda mencurahkan sepenuh hati dan jiwa,” tulisnya.
Ads
Difahamkan, Adam menerima unit Lotus Eletre 600 Sport SE miliknya di pusat pameran Lotus Kuala Lumpur menerusi satu sesi penyerahan eksklusif yang dirakam khas bagi meraikan detik istimewa tersebut, lengkap dengan layanan hospitaliti premium dan suasana berkonsepkan prestij serta kemewahan.
Pada masa yang sama, sebagai sebahagian daripada pengalaman itu, anak jati Kota Kinabalu itu juga menerima model die-cast Lotus Eletre berskala 1:18 yang dihasilkan terhad kepada 1,200 unit di seluruh dunia, sebelum dibawa ke ruang penyerahan kenderaan khas yang menyerlahkan identiti eksklusif jenama Lotus.
Ads
Lotus Eletre 600 Sport SE yang dimiliki Adam tampil dengan kemasan Matte Liquid Metal Silver serta menawarkan kuasa 612 PS, tork 710 Nm dan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 4.5 saat, menjadikannya antara hyper-SUV elektrik berprestasi tinggi di pasaran tempatan.
Paling menarik, dari sudut dinamik pemanduan, varian Sport SE dilengkapi dengan pakej pengendalian merangkumi active anti-roll bar, rear-wheel steering dan active rear spoiler, digabungkan dengan kepakaran casis terkenal Lotus bagi memastikan prestasi tinggi kekal stabil dan terkawal.
Sebagai kenderaan model elektrik sepenuhnya, Lotus Eletre menggunakan sistem 800-volt dan menyokong pengecasan pantas DC sehingga 350 kW, membolehkan tahap bateri 10 hingga 80 peratus dicapai dalam sekitar 20 minit, selain jarak pemanduan sehingga 600 kilometer mengikut piawaian WLTP.
Sementara itu, Lotus Cars Malaysia menyifatkan penyerahan unit ke-250 ini sebagai satu pencapaian penting dalam perkembangan jenama di Malaysia, khususnya menjelang tamatnya insentif cukai bagi kenderaan elektrik import sepenuhnya (CBU) tahun hadapan, yang dijangka memberi kesan kepada struktur harga pasaran.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengarah popular, Michael Ang tampil meluahkan rasa pelik terhadap segelintir pihak yang tidak berpuas hati kerana tidak layak menikmati harga petrol murah hanya disebabkan mereka tiada lesen memandu.
Menerusi hantaran di Instagram, Michael Ang berkata dia agak keliru apabila ada golongan tertentu seperti ibu-ibu, warga emas dan penunggang motosikal yang membantah serta bersuara lantang tentang perkara berkenaan.
“Chop! Saya keliru. Kenapa banyak golongan ibu, pakcik-pakcik dan mat rempit membantah serta bising kerana tidak dapat harga minyak murah disebabkan tiada lesen.
“Kalau tiada lesen memandu, kenapa perlukan minyak? Bukankah jika mahu memandu, perlu ada lesen di Malaysia ini? Atau saya yang salah. Tolong jawab, mengapa anda semua bising?” tulisnya.
Menurutnya lagi, undang-undang di Malaysia sendiri jelas menetapkan bahawa setiap individu perlu memiliki lesen memandu sebelum dibenarkan menggunakan kenderaan di jalan raya. Maka, isu “tak dapat subsidi sebab tiada lesen” sepatutnya tidak timbul.
Sekadar info, topik berkaitan syarat memiliki lesen memandu ini kembali hangat diperkatakan selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan inisiatif subsidi bersasar BUDI95.
Melalui skim tersebut, rakyat Malaysia yang layak boleh menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter bermula 30 September 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini telah mencadangkan agar pergerakan rentas negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguhkan berikutan situasi kes baharu COVID-19 yang masih mencatatkan angka membimbangkan.
Semalam saja, Malaysia telah mencatatkan 1,889 kes baharu berbanding 1,767 kes pada hari Selasa.
Sumber Foto: Bernama
Menurut beliau, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menerima pelbagai rayuan agar pihak kerajaan menangguhkan kebenaran untuk merentas negeri kerana enggan memburukkan lagi keadaan semasa.
“Seperti mana kita sedia maklum, kebanyakan negeri ketika ini masih di bawah PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) sehingga 28 April.
“Memandangkan kes harian masih meningkat dan belum stabil, maka pergerakan ini perlu ditangguhkan.
“Program vaksinasi pun masih dijalankan,” katanya pada sidang media hari ini semasa melancarkan buku ‘Malaysia Health Sector Response to COVID-19: Perspectives From The Field’.
Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika beberapa bulan lalu negara kita dilanda musim 'sejuk' kerana mengalami hujan lebat hampir di seluruh negeri, kini Malaysia berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut dengan kurang taburan hujan yang akan menyebabkan cuaca kering dan panas sehingga hujung Mac.
Menurut berita yang dilaporkan oleh Sinar Harian, Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan cuaca kering terutamanya di Kedah, Perlis dan Perak selain Kelantan dan Terengganu.
Menjelang Februari pula, situasi sama turut melanda Pulau Pinang, Perak Utara, utara Kelantan dan utara Terengganu serta di timur Sabah.
Hm, patutlah sekarang nak tidur waktu malam pun dah rasa bahangnya tu.
MET Malaysia menerima maklumat bahawa jumlah paras air di empangan tertentu mengalami penurunan berbanding kebiasaan.
Korang juga dinasihatkan untuk berjimat cermat dalam penggunaan air, berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar serta tidak melakukan pembakaran terbuka dan paling penting, minum air yang secukupnya.
Jika tidak mempunyai sebarang aktiviti luar, elakkan daripada kerap berada di luar rumah atau bangunan. Be safe guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia 18, ramai rakan sebaya sedang menjejak kaki ke universiti, tapi Aliff bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyimpan wang demi melanjutkan pelajaran.
Sebagai anak...