Bagi peminat produk Apple, pasti korang ingat lagi apa yang terjadi semasa Swith Warehouse Clearance Sale.
Jualan gudang yang pada mulanya hanya berskala kecil di stor Switch di kompleks membeli-belah MyTown Cheras bertukar havoc apabila pembeli sanggup beratur seawal jam 4 pagi dinluar bangunan demi merebut produk Apple murah.
Ramai yang berputih mata apabila stor tersebut mengumumkan semua produk telah habis terjual pada jam 11 pagi.
Kali ini, tiba pula giliran pengedar rasmi produk Apple Malaysia iaitu Machines untuk mengadakan Jualan Gudang untuk sejumlah besar produk mereka.
Bakal diadakan stor Machines, Jaya One Petaling Jaya bermula ESOK sehingga 30 Jun 2018, korang boleh mula kerumun stor tersebut dari jam 10 pagi sehingga 6 petang sementara stok masih ada. Khas untuk ahli Machines+ pula, mereka telah mendapat treatment khas untuk membeli pada hari ini.
Ads
Sudah tentulah semua orang akan cuba untuk merebut Apple iPhone X yang dijual pada harga diskaun, iaitu serendah RM4,507.
Ads
Namun jika bajet korang tak mencapai angka 2k, masih ada barangan yang wajib dibeli!
Contohnya Apple iPod pada harga RM278 dan Apple iPhone 7 128 GB pada harga RM1,533. Hebat ke idak? Berikut adalah beberapa lagi barangan Apple yang menerima tawaran diskaun.
Bagi yang berkira-kira ingin membeli bermula esok, why not korang aim dahulu barang apa dan sediakan bajet secukupnya.
Kemudian, datang awal ke stor esok dan pada hari Sabtu agar korang tak melepas okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun 2020 ternyata merupakan tahun yang sukar untuk seluruh dunia.
Dengan kehadiran musim pandemik COVID-19, tiada siapa yang terlepas daripada perlu membiasakan diri dengan norma baharu di samping berdepan dengan cabaran yang tidak disangka-sangkakan.
Molek sekali sekiranya kita simpulkan tahun 2020 ini dengan sedikit pemberian kepada diri sendiri.
Reward yourself guys, you truly deserve it for making through this year!
Pada musim percutian akhir tahun ini, pelbagai produk ada ditawarkan di pasaran dengan promosi dan fungsi menarik. REMAJA secara peribadinya memilih telefon pintar HUAWEI Mate40 Pro. Bukan sekadar cantik dipegang, malah ia mempunyai pelbagai fungsi untuk memudahkan kehidapan harian.
Persoalannya, adakah HUAWEI Mate40 pro merupakan pilihan telefon pintar yang lebih baik berbanding iPhone 12 Pro?
Jom lihat 6 perbandingan ini; demi mencari hadiah self reward terbaik bagi mengakhiri tahun 2020.
01
Rekaan Mengikut Trend
Telefon pintar HUAWEI Mate40 Pro hadir dengan rekaan ultra-curved HUAWEI 88° Horizon Display dengan permukaan hujung telefon yang melengkung bagi memberikan pandangan skrin menakjubkan.
02
Kamera Terbaik
Kita tidak boleh nafikan bahawa fungsi kamera pada telefon pintar keluaran HUAWEI tidak pernah mengecewakan! Tidak kiralah korang berada di kawasan indoor mahupun outdoor, korang pasti akan memperoleh foto yang cantik.
HUAWEI Mate40 Pro juga tidak terkecuali apabila hadir dengan Ultra Vision Cine Camera dan sensor terbaik yang menangkap lebih cahaya serta mendapatkan foto terbaik. HUAWEI juga telah menambah baik tangkapan foto dan video untuk lensa ultra-wide lalu mengurangkan efek fisheye yang selalu terjadi.
Kami juga mengggemari fungsi Story Creator yang ada pada HUAWEI Mate40 Pro. Ia memberi pengguna pilihan template menarik untuk korang cipta klip video yang lebih cantik serta berbeza daripada yang biasa. Korang tak lagi perlu mengharapkan kepada aplikasi luar untuk mendapatkan template.
03
Hayat Bateri Lebih Lama
Satu faktor utama apabila ingin mendapatkan telefon pintar baru adalah sejauh mana bateri telefon tersebut boleh bertahan. HUAWEI Mate40 Pro didatangkan dengan bateri berkapasiti 4,400mAH.
Bukan itu saja, HUAWEI Mate40 Pro didatangkan dengan 66W HUAWEI SuperCharge power adapter dan wayar kabelnya.
04
Imbasan Biometrik Dual
Pada zaman teknologi ini, kita telah biasa dengan teknologi imbasan pada telefon pintar seperti imbasan wajah dan imbasan cap jari pada skrin.
Menariknya, HUAWEI Mate40 Pro tetap mengekalkan kedua-dua jenis imbasan biometrik itu untuk keselamatan pengguna.
05
AI Life Yang Lebih Bebas
Percayalah, apabila korang bekerja dengan menggunakan telefon pintar pada setiap hari, amatlah penting untuk telefon tersebut disambungkan dengan peranti lain seperti komputer riba dan tablet.
Saban tahun, HUAWEI menambah baik keperluan ini. HUAWEI Mate40 Pro umpamanya menyokong fungsi multi screen menerusi EMUI 11, lalu korang boleh sambungkannya kepada HUAWEI Matebook 14 demi memindahkan fail.
06
Kelebihan HUAWEI Mobile Services (HMS)
HUAWEI Mobile Services adalah mirip Goggle Mobile Service. Masing-masing diwujudkan untuk memperbaiki kehidupan penggunannya dengan aplikasi pintar yang pelbagai.
Bagaimanapun, HMS dilihat lebih pantas menawarkan servis baharu dari semasa ke semasa.
Terbaru, HMS melancarkan HUAWEI Pay di mana pengguna boleh membuat transaksi secara selamat dan mudah. Tidak lama lagi, ia akan menyokong penggunaan kad debit dari bank utama, kad prabayar dan e-Wallet.
Selain daripada HUAWEI AppGallery dan HUAWEI Pay, terdapat beberapa lagi aplikasi baru yang boleh dinikmati oleh pengguna HUAWEI seperti Petal Maps dan HUAWEI Docs.
Dan khas untuk pengguna HUAWEI Mate40 Pro, korang juga akan menikmati pemberian 50GB percuma untuk HUAWEI Mobile Cloud Storage bagi 12 bulan, akses VIP HUAWEI Video bagi 3 bulan dan baucar RM40 untuk pembelian di HUAWEI Books.
*
*
Kami tahu ramai yang bertanyakan, berapakah harga jualan untuk telefon pintar HUAWEI Mate40 Pro ini?
HUAWEI Mate40 Pro dijual pada harga RM4,299 dengan peluang untuk mendapat hadiah ‘freebies’ yang bernilai sehingga RM3,300.
Ini termasuklah peranti HUAWEI sound X bernilai RM1,299 (untuk 1000 unit terawal saja), pakej langganan Astro, dan produk daripada Godiva, Puma, Touch & Go serta banyak lagi.
Korang boleh mendapatkan HUAWEI Mate40 Pro pada hari ini juga di laman web rasmi HUAWEI, di HUAWEI Experience Stores dan di beberapa stor Telco terpilih.
Jika korang merupakan pengguna aplikasi Lazada, dapatkan HUAWEI Mate40 Pro DI SINI.
*
Tahukah korang, selain telefon pintar, korang juga boleh memilih untuk memiliki produk kategori lain daripada HUAWEI.
Terlalu luas pilihan yang boleh dibuat; antaranya termasuklah HUAWEI Y7a, HUAWEI x Gentle Monster Eyewear II, HUAWEI Freebuds Pro, HUAWEI WATCH GT2 Pro, HUAWEI MateBook 14 and HUAWEI MatePad T10s.
Selain itu, memperkenalkan anda semua HUAWEI Y7a yang merupakan satu-satunya fon pintar di Malaysia yang menyokong 22.5W SuperCharge sekarang. Fon pintar ini berharga hanya RM799 saja! KLIK SINI untuk info lanjut mengenai HUAWEI Y7a ini.
Jom check out lebih lanjut kenapa telefon ini merupakan telefon pintar yang amat berharga.
Manalah tahu, korang akan menjadi pelanggan bertuah HUAWEI yang akan membawa memenangi hadiah bernilai sehingga RM300,000; termasuklah seorang pemenang bertuah yang akan membawa pulang sebuah kereta Proton baru!
Semua ini adalah sebahagian daripada promosi kempen Better Together oleh HUAWEI yang sedang dijalankan bermula sekarang sehingga 3 Januari 2021 kelak.
Jangan terlepas peluang tau bersama HUAWEI!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemudahan membayar zakat secara online sebenarnya telah pun dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, rasanya masih ramai lagi membuat kaedah bayaran secara langsung dengan amil yang telah dilantik secara sah.
Namun begitu, dalam situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara sekarang, disarankan agar masyarakat membuat bayaran zakat secara online bagi melakukan penjarakkan sosial seperti yang disarankan oleh kerajaan.
Untuk yang ingin membayar zakat secara online, korang boleh download aplikasi Myeg, daftar terlebih dahulu kemudian pergi pada bahagian Zakat Fitrah.
Seterusnya, lihat gambar-gambar dibawah:
1. Pilih Zakat Fitrah
2. Pilih negeri
3. Buat tetapan seperti dalam gambar
4. Lafaz niat dan buat pembayaran
Mudah sahaja kan? Cuma menurut sumber aplikasi ini hanya tertaluk kepada 6 negeri sahaja.
Ada juga yang berkongsi info bahawa jika membuat bayaran zakat melalui online banking tidak mempunyai niat, namun ada yang memberi penjelasan bahawa orang zakat akan menghubungi korang untuk lafaz akad nanti.
So guys, ada banyak cara untuk memudahkan pembayaran zakat. Semuanya atas pilihan korang saja.
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...