“Ada Orang Kata Saya Gunakan Famili Untuk Raih Simpati”, Arena Iman Nafikan

Share

 

Dia dikatakan mengada-ngada. Kuat menangis serta serba tidak tahu. Paling teruk dituduh mempergunakan keluarga terutama kekuarangan adiknya, Adam yang mengidap autisme untuk meraih simpati.

Ermm, tak baik dakwaan begitukan.

Bagi yang kurang rapat atau kurang memahaminya serta hanya melihat dari permukaan, itulah gambaran yang korang akan nampak dengan mata kasar.

Hakikatnya, Arena Imaan Wan bukan sebegitu seperti yang korang sangkakan.

“Lebih baik orang datang tanya Arena depan-depan dari cakap dekat belakang.  Sedih bila orang cakap macam-macam terutama tentang family. Arena akui Arena memang banyak habiskan masa dengan keluarga sebaik habis sekolah.

” Lagipun sebagai anak sulung Arena adalah harapan keluarga untuk bersama-sama menjaga Adam. Ada adik begini membuatkan kami semua lebih erat kerana Adam perlukan pemerhatian yang teliti. Sebagai remaja yang tidak biasa bergaul bebas, Arena akui kena banyak belajar bermula dari bawah. Ya pendedahan dalam Dewi Remaja buat Arena banyak belajar erti kehidupan sebenar,” katanya ketika ditemui di rehearsal finale Dewi Remaja.

Masa yang sama, Arena menolak isu dirinya mempergunakan keluarga untuk meraih simpati sebaliknya Arena berkata orang harus mengenali dirinya dengan lebih rapat.

Betullah tu, tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau terlebih kenal takut jatuh cinta pula padanya yang cantikkan. Hikz.

Jelas Arena, mama dan papanya sentiasa memberi galakan kepadanya untuk.meneroka dunia luar dan pertandingan Dewi Remaja adalah platformnya.

“Masih banyak yang Arena kena belajar dan pelajari,” katanya mengharapkan peminatnya bertanya terus kepadanya andai ada sebarang kemusykilan yang peminat mahu tahu mengenai dirinya.

Hokay, betul jugakan. Kita tak boleh menilai orang dengan melihat kepada luarannya sahaja. Kenalah kenal lebih rapat dan dekat supaya tak timbul persepsi.

Jom tanya Arena lagi apa dia nak buat selepas habis Dewi Remaja ni ya.

Disebabkan darah seni mengalir dalam dirinya di mana papanya adalah komposer terkenal suatu ketika dahulu, kata Arena dia mahu mengembangkan lagi bakatnya dalam industri seni.

“Kalau boleh Arena nak buat album. Arena nak jadi penyanyi. Masa yang sama semasa episod 6 iaitu task lakonan pengarah Micheal Ang cakap bakat Arena perlu diasah lagi.

” Arena memang suka menyanyi dan berlakon. Habis pertandingan ini bukan penamat sebaliknya adalah permulaan bagi Arena.

” Ia mungkin mengambil masa tapi Arena mahu buktikan,”katanya mengukir senyuman.

 

 

IKLAN