Ramai peminjam mula menarik nafas lega apabila kebanyakan bank membenarkan penangguhan pembayaran pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan kad kredit selama 6 bulan sejak wabak COVID-19 mencatatkan jumlah positif agak ramai.
Masa yang sama, Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 April akan datang mungkin mengakibatkan lebih banyak peniaga-peniaga kecil dan mereka yang bergaji hari tidak mampu membayar semula pinjaman sedia ada.
Mungkin ada yang sudah faham akan penangguhan ini malah ramai mereka yang pakar dalam ekonomi menyarankan peminjam mengambil peluang yang diberikan ini terutama melibatkan pinjaman perumahan dan kereta. Tapi bagi hutang kad kredit, pengguna digalakkan terus membuat bayaran kerana kadar faedahnya agak tinggi jika tidak dijelaskan.
Pasti di antara kita berasa yakin bahawa tidak perlu membayar selama enam bulan. Namun penjelasan dari peguam ini, Nor Zabetha boleh dijadikan panduan bahawa kita mungkin antara yang tidak layak secara automatik Monatorium jika ada hutang tertunggak.Bukan tak bayar, tapi mungkin hutang terlewat bayar atau hutang-hutang kecil tanpa kita sedar. Lebih baik menelefon pihak bank untuk dapatkan status mengenai pinjaman masing-masing kerana itu lebih baik dari dikenakan sebarang panalti di atas salah faham ini.
Peguam Nor Zabetha berkongsi mengenai penangguhan moratorium agar lebih ramai peminjam tahu di mana mereka perlu hubungi pihak bank terlebih dahulu sebelum tidak membayarnya selama 6 bulan.
Bacalah perkongsian beliau mengenai isu ini.
Kalau anda ada tunggakan puluhan ringgit dengan bank pun memungkinkan anda tidak layak untuk Moratorium secara automatik- ini perbualan antara sahabat saya dengan salah satu bank.
Tolong kongsikan yang ini untuk meringankan beban hutang yang lain-lain, sebab ramai yang tidak tahu.
Ads
Tadi ada seorang sahabat sekolah saya yang prihatin. Dia hubungi Ambank, untuk mendapatkan pengesahan tentang syarat-syarat automatik Moratorium. Masih perlu isi borang atau prosedur lain untuk kita pohon?
Jawab pegawai yang dihubungi, pemohon tidak perlu mengisi apa-apa borang tetapi anda perlu betul-betul pastikan tiada tungakkan tidak melebihi 90 hari. Pastikan mematuhi terma dan syarat iaitu tunggakan tidak boleh melebihi 90 hari sebelum 1/4/2020.
Jadi apa maksud tunggakan ini? Kita tidak bayar sebulankah? Kata pegawai itu, kadang-kadang kita ini terlalu yakin tak ada tunggakan. Sebenarnya ada tunggakan contohnya RM34 yang tidak dibayar sebelum 1/4/2020.
Kita yakin telah bayar tiap-tiap bulan, tidak mungkin ada tunggakan ini. Mustahil. Jadi mana datang tunggakan ini.
Kadang-kadang mungkin kita tidak perasan terlewat sikit bayar bulan terdahulu, jadi ada penalti lewat bayar. Ada lebihan. Kadang-kadang kita tak perasan ada tunggakan puluhan ringgit sebab penyelarasan kadar BLR bagi pinjaman rumah.
Ads
Setiap bulan kita bayar jumlah hanya jumlah pinjaman. Cukup-cukup. Langsung tidak lebih. Jadi kita bayar tunggakan beberapa ringgit ini.
Ingat, bank juga mengalami kerugian dalam tempoh 6 bulan ini kerana selama 6 bulan, segala kutipan hutang tidak dibuat oleh peminjam. Tiada, yang dulunya bank aktif kalau sebulan tidak bayar pun dikejarnya kita secara panggilan telefon, secara SMS, secaea surat amaran.
INI PERBUALAN SAHABAT SAYA DENGAN AMBANK. MAKA SEMAKLAH DENGAN BANK MASING-MASING SUPAYA TIDAK ADA ISU BERBANGKIT. SEMAKLAH. KITA TERIKAT DENGAN TERMA DENGAN SYARAT. JADI KITA PATUHI MANA YANG PERLU. Kalau tiada isu tunggakan yang sedikit ini Alhamdulillah. Kalau ada isu sekurang-kurangnya kita bersedia.
Jadi tiba-tiba tiada kutipan pinjaman boleh dibuat. Maka mereka akan secara tegasnya menggunakan terma dan syarat yang ditetapkan oleh bank negara iaitu TIADA TUNGGAKAN melebihi 90 hari. Masih juga tidak layak. Moratorium adalah berdasarkan terma dan syarat.
Maka kita dengan yakinnya, ingat tidak ada tunggakan dan dengan yakinnya menunggu untuk Moratorium secara Automatik sedangkan kita tidak layak. Jadi dalam keadaan terdesak ini kita mengharapkan pelepasan Moratorium tiba-tiba bank masih menuntut dari kita dalam 6 bukan ini.
Jadi semaklah akaun pinjaman masing-masing. Ada tunggakan atau tidak? BUAT BAYARAN TUNGGAKAN INI SEBELUM 1/4/2020 untuk memastikan anda layak. TINGGAL 3 HARI SAHAJA lagi. Jangan ambil konsep pukul rata, konon-konon anda layak dapat Moratorium.
Hendak hubungi bank mungkin ambil masa kerana kesesakan talian. Tapi jangan putus asa sebab sudah diberikan kemudahan tangguh faedah juga untuk bayaran hutang-hutang ini. Cuba kita minimakan perbelanjaan dalam situasi yang genting ini.
Kita simpan duit, kita jaga kewangan, kita susun atur kerana manalah tahu masalah Covid-19 ini tidak selesai beberapa bulan lagi. Kita pula entah ada kerja atau tidak. Entah kewangan kita stabil atau tidak untuk menampung keluarga. Buat persediaan.
Kongsikan status ini supaya ramai peka dan semoga tidak ambil mudah Moratorium automatik. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban hutang dan fokus pada perbelanjaan asas.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
36 tahun bukanlah satu tempoh sekejap untuk sesebuah keluarga hidup dalam buangan dari negara kelahiran mereka. Namun, itulah yang terjadi kepada ‘keluarga Marcos’ yang cukup popular dengan kontroversi.
Bagi korang yang pernah mengikuti kisah bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang memerintah negara kepulauan itu dari tahun 1966 hingga 1986, pastinya korang tahu mengenai isu salah guna kuasa yang pernah dicetuskan oleh beliau dan isteri, Imelda Marcos demi mengaut kekayaan luar biasa.
Negara Filipina yang dahulunya penuh dengan kekayaan mampu menjadi miskin disebabkan keborosan pasangan Marcos ini disebabkan oleh nafsu kebendaan yang mempengaruhi mereka terutamanya Imelda.
Segala kemewahan termasuklah kasut, pakaian, barangan kemas, kemudahan pesawat, jongkong emas, wang dan pelbagai bentuk kekayaan lain telah dikaut mereka menerusi rasuah dan penyelewengan wang selama 20 tahun tempoh pemerintahan Ferdinand Marcos.
Kemarahan rakyat Filipina akhirnya terbalas apabila revolusi kebangkitan rakyatnya menyebabkan keluarga Marcos melarikan diri dan hidup dalam buangan di kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat.
Kini setelah tempoh 36 tahun, sejarah baharu tercipta apabila anak Ferdinand Marcos iaitu Ferdinand ‘Bongbong’ Marcos Jr telah menjadi pilihan rakyat Filipina yang melantik beliau sebagai Presiden Filipina baharu.
Marcos Jr, 64 yang juga merupakan bekas Gabenor Ilocos Norte mendapat majoriti luar biasa melepasi angka 27.5 juta undi yang diperluakan bagi mendapatkan kemenangan. Beliau sekaligus menggantikan seorang lagi Presiden Filipina kontroversi, Rodrigo Duterte yang telah memerintah negara itu selama enam tahun.
Sekaligus, Marcos Jr bakal dilantik secara rasmi sebagai Presiden Filipina ke-17 pada Jun hadapan dan akan memerintah untuk tempoh enam tahun seterusnya.
Ferdinand Marcos Jr (dua dari kiri) bersama ibunya, Imelda Romualdez-Marcos (dua dari kanan).
Terdahulu, apabila Marcos Jr mencalonkan dirinya sebagai presiden Filipina pada 5 Oktober 2021, telah mendapat pelbagai reaksi daripada rakyatnya kerana masih ramai yang ingat akan episod silam keluarga Marcos.
Harapnya, pisang tidaklah akan berbuah untuk kali kedua untuk rakyat Filipina.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesekali memang ada satu peristiwa yang membuatkan kita rasa ingin syer dengan orangkan. Sekitar tengahari tadi, seorang gadis @humanxsick telah tweet di bebenangnya memaklumkan dia rasa nak menangis selepas telefon bimbitnya jatuh ke dalam jamban.
Meminta agar diberikan kata-kata semangat untuk dia terus kuat menghadapi ujian ini tambahan pula telefon kesayangannya itu adalah milik bapanya.
Rupanya, ada macam-macam petua diberi untuk memastikan telefon kembali berfungsi semula. Ini termasuklah menyuruhnya meletak telefon di dalam beras bagi memastikan telefonnya kembali seperti sedia kala.
Membaca komen-komen netizen ini adakalanya menggelikan hati. Tak pastilah pula, adakah benar kalau telefon jatuh ke dalam air dan untuk keringkannya mesti letak di dalam dalam beras. Ada sesiapa pernah cuba ke teknik ini?
Walaupun diuji telefon jatuh ke dalam lubang jamban tetapi gadis ini masih mampu berjenaka sedikit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah 21 kali negara Filipina dibadai bencana taufan pada tahun 2020, penduduk dunia sangkakan rakyat Filipina sudah lali dengan kehadiran bencana tersebut.
Bagaimanapun, tiada siapa yang menjangka taufan Vamco ini akan meragut 67 nyawa sepanjang tempoh seminggu lepas di Filipina.
Semalam saja, 21 rakyatnya cedera dan 12 lagi telah dilaporkan hilang. Secara keseluruhannya, taufan Vamco telah mengakibatkan lebih 25,000 kediaman dan infrastruktur bernilai USD9.7 juta rosak teruk.
Bukan itu saja, Filipina yang terkenal dengan hasil pertaniannya juga kerugian USD24.7 juta setelah kawasan agrikultur negara itu terjejas akibat banjir, angin kuat dan tanah runtuh.
Sumber foto: DW.
Kini, CNN World melaporkan keseluruhan Vietnam bersiap sedia untuk berdepan taufan Vamco bermula kelmarin. Dengan kelajuan sekitar 150km/jam, taufan itu telahpun melanda sepanjang 100 kilometer kawasan persisiran laut dekat Barat Laut Da Nang.
Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc mengingatkan penduduk untuk bersiap sedia dengan impak taufan terkuat sepanjang 2020 itu.
Sumber foto: BBC.
“Lebih 8 juta orang di tengah Vietnam akan terkesan. Setiap kali mereka cuba untuk membina semula kehidupan masing-masing, satu lagi bencana ribut datang,” kata beliau. Sementara itu, lapangan terbang dan kawasan pantai di Vietnam telah ditutup sepenuhnya. Sebarang aktiviti perikanan juga dilarang.
Bagi korang yang tidak begitu pasti sejauh manakah kekuatan taufan Vamco ini, cer klik video di bawah.