Bagi mereka yang berkemampuan, harga bukan ukuran jika sudah berminat. Masa yang sama demi menjaga status diri, ramai yang sanggup membeli barangan mahal untuk kepuasan diri.
Terkini, jenama terkemuka Balenciaga memperkenalkan beg kantung menyerupai plastik sampah di koleksi musim gugur dan musim sejuk 2022 yang diadakan pada minggu fesyen di Paris.
Balenciaga juga mengesahkan bahawa reka bentuk produk kontroversi itu sememangnya diilhamkan dari plastik sampah. – Foto YouTube
Beg kantung tersebut diperbuat daripada kulit lembu dan didatangi dalam tiga warna iaitu kuning, biru dan putih.
Ads
Tambahan lagi, logo jenama Balenciaga juga dicetak secara halus di bahagian hadapan beg tersebut.
Mengikut laman web rasmiĀ Balenciaga, beg diberi nama sebagaiĀ The Trash PouchĀ itu dijual pada harga lebih kurang RM7 ribu ($1,790).
Ads
Pengarah kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia menyatakan secara ringkas pilihannya untuk mengeluarkan koleksi beg sampah mewah itu adalah kerana tidak ingin melepaskan peluang membuat beg sampah paling mahal di dunia.
Menurutnya lagi, skandal dunia fesyen adalah topik kesukaan peminat fesyen dan sudah pastinya akan menarik perhatian lebih ramai orang.
Ads
Hokay, kumpul duit banyak-banyak. Mana tahu bila dah kaya nanti boleh la jadi orang pertama di Malaysia memiliki beg sampah termahal ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmiĀ RemajaĀ untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini Ā 1 Safar 1439 H. Ā Bagi generasi muda, mereka hanya tahu hari ini bersamaan 23 Oktober 2017. Betulkan!
Mengikut kalendar Islam (Hijrah), Safar adalah bulan kedua selepas bulan Muharam berdasarkan tahun Qamariyah (perkiraan bulan mengelilingi bumi).
Diikuti Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Dizulkaedah dan akhir sekali Dzulhijjah. Bulan yang paling popular dan cukup diingati dalam kalendar Islam pastinya cuma Ramadan dan Syawal kerana selepas berpuasa, kita akan berhari raya.
Kalendar Hijrah terjadi semasa peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke bumi Madinah pada tahun 622 Masihi.
Tapi kita diajar tentang Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember yang dicipta oleh Gaius Julius Caesdar seorang pemimpin tentera dan politikus Romawi pada 45 SM (sumber Wikipedia).
Anak-anak lebih memahami kalendar Masihi berbanding Hijrah – Gambar sumber internet
Sebelum sebutan seperti hari ini, bunyinya adalah seperti berikut yang dipahat pada batu seperti Martius, Aprilis, Maius, Junius, Quintilis, Sextilis, Septalis, Octolis, Novelis, Decemberis sebelum pemimpin Romawi, Numa Numae Pompilus melakukan tranformasi pada kalendar dengan memasukkan bulan Ianuarius dan Februarius. Ā (sumber dari Kaskus.us)
Tu sedikit info tentang kalendar Masihi yang diguna pakai seluruh dunia sehingga ke hari ini.
Bila sebut bulan Safar, bagi generasi lama khususnya nenek moyang kita yang terdahulu bahkan emak-emak kita yang masih ada hari ini, kebanyakannya pasti tahu tradisi bulan ini. Antara amalan dan tradisi yang pernah mereka lakukan suatu ketika dahulu termasuklah:-
1. Larangan majlis perkahwinan atau pertunangan diadakan
2. Melakukan upacara ritual menolak bala dan buang sial di pantai, sungai atau rumah, orang tua dulu menyebut mandi safar
3. Dilarang memulakan perniagaan di bulan ini
4. Tak boleh bermusafir atau berjalan jauh
5. Menganggap safar adalah bulan Allah menurunkan kemarahan dan hukuman ke atas duniaĀ
Ternyata amalan Arab Jahilliyah ini telah berjaya dihapuskan dengan kedatangan dan ajaran agama Islam yang dibawakan oleh Nabi Muhammad saw.
Tetapi kenapa orang tua dahulu masih mempercayai amalan ini? Kenapa wujudnya bualan bulan Safar sebagai bulan sial?
Ikuti pandangan dari Ustaz Azhar Tuarno, bekas Imam Masjid Negara dan kini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pembangunan Insan dan Inovasi Seranta Felda, Jabatan Perdana Menteri.
Kata Ustaz Azhar, amalan iniĀ masih dipercayai oleh nenek moyang terdahulu tetapi tidak bagi generasi hari ini.
āAmalan masyarakat Arab Jahilyah ini sudah tidak wujud sama sekali. Agama tidak mengajar begitu. Tak ada sialnya tentang sebarang bulan. Semua bulan adalah istimewa,ā katanya ketika dihubungi.
HARAM hukumnya jika tidak mempercayai qada dan qadar – Ustaz Azhar
Tambahnya lagi, dahulu masyarakat memang mempercayai upacara mandi membuang sial di tubuh, tidak boleh berkahwin kerana dikhuatiri akan bercerai dan banyak amalan lain tetapi setiap kejadian yang berlaku adalah ketentuan dari Allah SWT,” katanya memberi penjelasan.
Jelas Ustaz Azhar lagi, HARAM hukumnya kalau seorang Islam itu tidak mempercayai qada dan qadar sebaliknya menyalahkan takdir andai sesuatuĀ musibah terjadi kepada diri, keluarga dan masyarakat sekeliling.
āIni yang kita kena jaga baik-baik. Setiap kejadian yang berlaku, tak kira kemalangan, kesakitan, ujian hidup, kesusahan, perceraian dan sebagainya adalah satu bentuk ujian Allah kepada umatNya. Jangan sesekali ada berburuk sangka dengan ujian dari Allah SWT.
āKita harus berusaha dan tidak terus menyalahi takdir yang terjadi. Kalau mempercayainya juga, hukumnya HARAM,ā katanya tegas.
Dalam pada itu, kemodenan hari ini membuatkan generasi muda tidak lagi mempercayai amalan-amalan khurafat yang pernah dilakukan oleh nenek moyang terdahulu dan ia satu yang baik dalam pembentukan akidah.
Mandi di pantai untuk membuang sial di tubuh adalah amalan khurafat suatu ketika dahulu – Gambar sumber internet
āBanyak kisah-kisah terdahulu cuba diceritakan kembali. Kalau baik kita boleh ikuti tetapi kalau ianya bercanggah dengan agama, baik kita tinggalkan,ā katanya menyebut tiada sebarang masalah untuk bernikah di bulan Safar ini.
Dan kalau terjadinya perceraian, ianya bukan soal bulan Safar itu tetapi sikap individu yang menerajui keluarga yakni suami atau isteri,’ katanya yang mahu masyarakat menolak amalan khurafat ini secara terus.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Stunning! Itu ungkapan yang pertama bermain diminda apabila menyaksikan penampilan wakil Malaysia, Taanusiya Chetty ketika beraksi dalam segmen kostum nasional di pertandingan Miss Global 2023.
Jika sebelum ini kebanyakan ratu cantik Malaysia memilih untuk menampilkan kostum yang memaparkan sisi budaya tradisional, namun sebaliknya bagi gadis tinggi lampai ini.
Diberi nama The Queen of Entopia, kostum nasional rekaan Fyza Alexandra itu menampilkan rekaan bertatah penuh manik berkilau lengkap dengan sayap rama-rama Rajah Brooke menghiasi busana itu.
Dalam satu hantaran di Instagram, Taanusiya ada menerangkan makna disebalik kostum nasionalnya itu.
āKesedaran terhadap budaya membolehkan kita memahami pandangan dunia dan warisan kita. Oleh itu, saya telah memilih tema The Queen of Entopia untuk dipersembahkan kepada Global. Entopia terletak di negeri Pulau Pinang.
āSalah satu spesies yang boleh ditemui di Entopia dikenali sebagai Rajah Brookeās Birdwing (RBB). Ia adalah rama-rama kebangsaan Malaysia, ditemui di hutan hujan Semenanjung Malaysia serta di Sabah dan Sarawak,ā kongsinya.
Menurut Taanusiya lagi, Rama-rama Rajah Brooke bukan sekadar rama-rama namun memiliki perlambangan yang jals mewakili sebuah kehidupan manusia.
āSaya memilih Ratu Entopia untuk memahami dan menyerlahkan budaya saya kerana rama-rama melambangkan kebebasan, keindahan duniawi, cinta dan jiwa manusia.ā Tambahnya lagi.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Entopia merupakan salah sebuah ladang rama-rama terbesar di Malaysia dengan menampilkan lebih 15ā000 rama-rama serta 200 spesis tumbuh-tumbuhan.
Finale Miss Global 2023 bakal diadakan pada Khamis, 18 Januari 2024 jam 9 malam (waktu Ā Malaysia) dan disiarkan secara langsung di saluran YouTube pertandingan berkenaan.
Sumber & Kredit foto: Instagram Taanusiya Chetty/ Auris Faqrurazzi
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fesyen dan Anugerah Juara Lagu sememangnya berpisah tiada.
Sepanjang penganjuran Anugerah Juara Lagu (AJL) selama 38 edisi, pelbagai jenis fesyen dan gaya solekan pernah mewarnai pentas berprestij industri muzik tempatan itu. Rata-rata edisi pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu dua gaya ikonik yang akan kekal diingati dan disebut-sebut biarpun bertahun-tahun telah berlalu. (Hello gaun hati berlampu Ramlah Ram dari Juara Lagu 1988!).
Edisi ke-38 yang baru sahaja melabuhkan tirainya 3 Mac lalu tidak terkecuali apabila beberapa fesyen unik yang digayakan oleh para pesertanya berjaya mencuri perhatian sehingga menjadi topik perbualan tular di media sosial.
Antara yang diperkatakan tentulah gaya menyerlah pelantun lagu Astana, Ernie Zakri yang juga merupakan persembahan penutup penuh gemilang.
Seperti tahun-tahun sudah, Ernie kekal setia dengan pereka fesyen duo, AMAZE bagi melunaskan gayanya di pentas AJL. Namun kali ini, Ernie tampil sedikit berbeza apabila persalinan serba merahnya dengan perincian lipatan fabrik (pleats) bukan hanya tampak elegan lagi menyelesakan.
Bahkan, gaya Ernie juga disebut-sebut dek aksesori berbentuk ‘hijab helmet’ dengan perincian manik kemas bagi melengkapi konsep sebagai pahlawan wanita yang bersedia untuk berjuang.
Ketika dihubungi REMAJA, penata gaya hijabnya, Nazrul Anas yang lebih mesra dengan pena media sosialnya, @nazlivingastyle berkongsi bahawa persalinan kali ini adalah buah minda Ernie sendiri baik dari segi baju, solekan hinggalah ke gaya hijabnya.
Utus pemenang kategori Vokal Terbaik AJL ke-32 dan AJL ke-35 itu, beliau ingin tampil ibarat pahlawan feminis dan seorang goddess di atas pentas. Ia bersesuaian dengan mesej Astana yang mengajak wanita agar bangkit semula, ibarat burung phoenix yang mengepakkan sayapnya dari celahan abu yang membukit.
“Input yang diberikan Ernie cukup mudah, beliau ingin tampil seperti pejuang. Busana oleh AMAZE sendiri sudah sarat dengan elemen warrior seperti perincian tali di bahagian hadapan. Jadi saya gabungkan pula dengan hijab ala topi gladiator. Begitulah idea wanita yang bersedia untuk berjuang untuk nasib kehidupannya.
“Ia merupakan intepretasi visual agar Ernie kelihatan gagah namun masih memberikan keselesaan maksimum untuknya beraksi,” kata Naz.
Nazrul Anas a.k.a @nazlivingastyle.
Menariknya, gaya hijab ini merupakan prototaip kedua yang diusulkan Naz bersama pasukannya selepas prototaip hijab pertama ditolak Ernie demi tidak menjentik sensitiviti masyarakat.
“Glam team Ernie menolak prototaip pertama secara baik kerana tidak mahu mengundang cemuhan. Prototaip untuk menampilkan hair extension dari bahagian atas helmet.
“Memandangkan Ernie merupakan seorang selebriti berhijab, elemen rambut palsu ini dilihat tidak bersesuaian dengannya. Seperkara lagi, ia sedikit over-the-top lalu menganggu gerak-gerinya nanti. Oleh itu, kami usulkan prototaip kedua dan ia merupakan padanan sempurna buatnya,” ujar Naz lagi.
Fun fact! ‘Hijab helmet’ tersebut disiapkan sehingga ke detik-detik terakhir sebelum Ernie melangkah naik ke pentas demi mendapatkan ukuran terbaik dari segi diameter kepalanya dan bahagian ‘inner ninja’ yang menutupi lehernya.
“Nasib baiklah Ernie menutupi AJL tempoh hari. Oleh itu, kami mendapat kelebihan masa yang lebih panjang untuk menyiapkannya for last touch ups.”
Menyentuh mengenai hubungan profesionalnya dengan Ernie Zakri sebagai penata gaya hijab, Naz bersyukur Ernie sentiasa memudahkan proses dari A-Z apabila mendapatkan perkhidmatannya.
“Kita rasa appreciated bila bersama Ernie dan pasukannya.”
“Tidak kiralah apa juga keputusan AJL yang diterimanya, seluruh pasukan Ernie akan selalu merasa puas kerana setiap individu telah memberikan kudrat sehabis baik.
“Beliau selalu memesan kepada kami to always do what you love and spread positivity. It is always fun to be a part of her team,” simpulnya.
Dalam perkembangan lain, Naz kini bersiap sedia untuk dua buah projek berskala besar yang bakal menjelang iaitu konsert Aina Abdul Bersama MPO (11 Mei) dan Ziana Zain Konsert 2024 (25 Mei).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Acara Astro BizOne Watch Party yang bakal berlangsung di UNITEN dijangka bakal meriah dengan aksi Chelsea dan Manchester United pada 31 Oktober. Jom sertai peminat bola sepak menonton secara live!