Jika menyebut tentang projector, kita akan terbayangkan bentuk empat segi yang saiznya agak boleh tahan berat. Agak berat hati juga kalau perlu dipikul ke mana-mana dengan saiz sebegitu.
Namun dengan kecanggihan teknologi, Acer mendominasi sebagai syarikat pertama mengeluarkan Acer C250i – Projektor Auto Potret LED pertama di dunia yang sangat ringan dengan keistimewaan tidak memerlukan pangku atau tripod ketika memasangnya.
Tidak hanya terhad kepada dinding, pengguna projector C250i, membolehkan pemaparan dilakukan pada pelbagai sudut termasuk siling malah boleh dipusingkan ke keseluruhan sudut dengan mudah.
Panggilan video dan berkongsi maklumat daripada telefon pintar kepada sekumpulan orang lain juga begitu mudah di mana pengguna boleh menukar orientasi projector mereka semasa bergerak. Malah ciri pembetulan keystone menjamin kandungan pada paparan juga akan kelihatan cantik dari pelbagai sudut.
Lebih menarik, baik pengguna Android mahupun iOS untuk menyambung tanpa wayar dengan sangat mudah, bebas kabel pada bila-bila masa dan di mana jua.
Projektor mudah alih Acer C250i dibina dalam dengan pembesar suara Bluetooth yang menyokong teknologi Acer TrueHarmony dan bateri 9000mAH membolehkan keseronokan audio semasa bergerak tanpa had dan tercari-cari wayar soket elektrik.
Ads
Sebagai tambahan kepada sambungan tanpa wayar tersebut, projector ini turut memiliki ciri-ciri standard HDMI, port USB Type C dan Type A yang menyokong video out bagi telefon pintar dan PCs seumpamanya dan 100 peratus menyambung dan main, maka tiada perisian atau pemacu tambahan diperlukan. Port USB Type A membolehkan main balik multimedia secara langsung daripada pemacu USB tanpa perlu sebarang peranti.
Dan berita lebih baik, dengan semua kecanggihan ini, harga projector ini hanya berharga RM1699.
Bukan saja pertama seumpamanya di dunia, bersempena ulangtahun ke 30 Acer Malaysia, Acer telah melancarkan beberapa produk-produk dengan harga yang cukup mengujakan dan mampu dibeli.
Menurut Pengarah Perniagaan Konsumer, Produk dan Pemasaran Acer Malaysia, Johnson Seet tahun 2020 adalah sangat penting bagi syarikat. Banyak cabaran telah dilalui termasuk pencapaian-pencapaian, inovasi dan kejayaan dan paling penting jenama Acer terus menjadi pilihan rayat Malaysia yang mempercayai jenama ini sehingga kekal nombor satu.
Ads
Sempana ulang tahun itu, Acer turut melancarkan beberapa produk terbaru termasuklah Acer Spin 3, Travel Mate P614, Acer Aspire C27-962, projector C250i selain paparan video Predator dan Nitro.
Apa yang korang kena tahu tentang semua produk di atas?
Untuk perkongsian, Acer Spin 3 dan TravelMate P614 baru sahaja diumumkan pada CES 2020 di Las Vegas, baru-baru ini dan terkini sudah ada pun di Malaysia. Model terbaru Acer ini menampilkan reka bentuk lebih nipis dengan pemproses lebih berkuasa Intel Core Generasi ke-10.
Ads
Acer Spin 3 :- Menariknya komputer riba boleh ubah ini didatangkan dengan ensel lipat 360 darjah, dengan paparan sentuh Full HD 14-inci, memiliki 7.82mm bezel nipis serta menggunakan teknologi Wacom AES (elektrostatik aktif) untuk keupayaan pengecasan pantas.
Ia membolehkan profesional dan pelajar untuk melakar, mengambil nota, mencipta kandungan dan berkongsi idea sepanjang hari semuanya dengan hanya sekali selak yang mudah. Model Acer Spin 3 Intel Core i5 Generasi ke-10 dengan 8GB RAM dijual pada harga RM3,199 manakala varian Intel Core i3, 4GB RAM berharga RM2,699.
Acer TravelMate P614 :- Hanya seberat 1.1kg, memiliki ciri ketahanan hayat bateri sehingga 20 jam membolehkan profesional kekal produktif walaupun kerap bergerak. Bagi memahami keperluan keselamatan di mana pengguna boleh log masuk ke dalam TravelMate P614 menggunakan Windows Hello menerusi pembaca cap jari pada butang kuasa, atau menerusi webcam IR yang menggunakan pengenalan wajah biometrik. Ianya dijual bermula pada harga RM4,899.
Malah Acer turut melancarkan Acer Aspire C27-962 All In One untuk seluruh ahli keluarga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecoh baru-baru di media sosial apabila dikatakan beribu rakaman sesi persidangan video yang menggunakan aplikasi Zoom, termasuk membabitkan sesi peribadi terdedah di laman web terbuka. Aiyooo…
REMAJA percaya ramai yang mengunakan aplikasi ‘meeting online’ tidak kira lah pekerja mahupun pelajar bagi menyelesaikan tugasan masing-masing di kala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berjalan. Jadi ini 6 altenatif ‘ meeting online’ yang boleh korang gunakan selain Zoom.
Korang boleh menggunakan ciri panggilan video ini dengan kapasiti maksimum 4 orang.
1. Whatsapp
Selain dapat digunakan untuk berbual, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk mesyuarat kerja atau perbincangan jarak jauh.
Anda boleh menggunakan ciri panggilan video ini dengan kapasiti maksimum 4 orang.
2. Google Hangsouts Meet
Aplikasi perbualan dalam talian milik Google ini dapat membuat panggilan video dengan 250 pengguna sekaligus dalam panggilan video.
3. Skype
Skype adalah aplikasi milik Microsoft yang dapat menampung 25 orang untuk bertemu dalam talian dalam satu panggilan. Skype boleh diakses menerusi pelbagai peranti, termasuk komputer (PC atau komputer riba), telefon pintar, ke televisyen yang mempunyai kemudahan sokongan.
Selain dapat membuat panggilan video jarak jauh, Skype juga menyediakan media perbualan berasaskan teks secara individu atau dalam kumpulan.
4. Facetime
Aplikasi Facetime adalah produk Apple yang hanya boleh digunakan pada semua produk Apple seperti iPhone, iPad, dan sebagainya. Facetime dapat menampung sehingga 32 orang dalam satu panggilan video.
Aplikasi ini boleh menggunakan kamera depan atau kamera belakang untuk menunjukkan objek kepada rakan sekerja dalam kumpulan panggilan video.
5. Slack
Slack adalah aplikasi perbualan berdasarkan kumpulan yang boleh digunakan untuk berkomunikasi. Biasanya aplikasi ini digunakan oleh sekumpulan syarikat atau pasukan. Aplikasi ini boleh digunakan untuk berkongsi dokumen dan panggilan video dengan sehingga 15 orang dalam satu panggilan.
6. Cisco Webex
Aplikasi ini mungkin kelihatan asing kepada anda, tetapi ia sering digunakan oleh beberapa syarikat besar. Aplikasi berasaskan panggilan video ini mempunyai bilangan peserta panggilan maksimum sehingga 100 orang.
Walau bagaimanapun, jumlah ini berbeza bergantung pada pakej langganan yang digunakan. Ciri-ciri dalam aplikasi Cisco Webex termasuk perkongsian skrin, Google Assistant dan sokongan Google Home Hub, ciri papan maya untuk lukisan, dokumen yang memuat naik ciri-ciri, kepada ciri-ciri untuk merakam perbualan video.
So tiada masalah lagi untuk berbual, 6 aplikasi ini juga boleh digunakan untuk mesyuarat kerja atau perbincangan jarak jauh.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, sejarah tercipta apabila pasukan e-Sukan remaja negara, Selangor Red Giants (SRG) dari Malaysia dinobatkan sebagai juara Mid Season Cup Mobile Legends Bang Bang (MLBB), MSC 2024.
Penantian pasukan SRG selama tujuh (7) tahun itu berjaya ditamatkan pada aksi perlawanan final yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi itu, SRG mengenepikan saingan juara bertahan dari Filipina iaitu Team Falcons AP Bren Sport dengan keputusan 4-2.
Kredit: Instagram ewc_en
Menurut laporan, pasukan SRG menggunakan format ‘best of sevens’ itu, AP Bren seperti dijangka tampil dengan permainan kemas pada ‘game’ pertama, dengan ‘jungler’ KyleTzy atau Michael Angelo Sayson dan ‘gold laner’, ‘Super Marco’ atau Marco Stephen Requitiano yang menggunakan hero ‘Hayabusa’ dan ‘Roger’ menjadi penggerak untuk mereka mendapatkan kemenangan.
Dalam pada itu, menerusi sebuah video yang tular di aplikasi Tiktok. Salah seorang pemain SRG, Sekys yang ditemu bual memberitahu mengenai perancangannya jika memenangi perlawanan tersebut telah menarik perhatian orang ramai.
Kredit: Tiktok Ombonghaha
Pemain SRG, Sekys yang kini berusia 18 tahun ditanya soalan apakah yang dia akan lakukan jika menjadi juara jika memenangi wang kemenangan tersebut.
Sekys menjawab, dia akan menyimpannya kerana usianya yang masih muda. Malah, ketika ditanya sama ada dia akan membeli kereta dan Sekys memberitahu itu mungkin perancangan pada masa akan datang, yang pasti ia bukan dalam masa terdekat.
“Kalau menang, saya rasa saya akan simpan sebab saya muda lagi. Beli kereta semua itu, later punya plan kut”
“For now memang nak simpan je dalam ASB. Kalau korang champion ke apa jangan terus rasa selesa comfort, teruskan hard work dan jangan give up”
Woah! Memang bagus betul perancangan Sekys, lebih baik menyimpan sekarang untuk kemudahan masa hadapan kan! Untuk pengetahuan, Selangor Red Giants (SRG) selaku pemenang MSC edisi 2024 turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM4.7 juta selain trofi MSC.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan iPhone SE antara yang menjadi pilihan ramai kerana harganya yang agak rendah dan mampu milik. Tidak seperti iPhone yang lain, keluaran SE ini boleh didapati dengan harga bawah RM2,000.
Terdahulu, iPhone SE 2020 antara yang paling terkini keluaran Apple namun tidak mempunyai rangkaian 5G. Kemudahan 5G hanya bermula dengan model iPhone 12 mini dan iPhone 12.
Namun begitu, Nikkei melaporkan Apple hanya akan menawarkan iPhone dengan sokongan rangkaian 5G sahaja bermula tahun 2022. Perkara ini akan dilakukan dengan kemaskini kepada iPhone SE yang bakal hadir dengan sokongan rangkaian 5G pada tahun hadapan.
Menurut laporan Amanz, Apple akan memperkenalkan iPhone SE 5G pada pertengahan tahun 2022 dan hadir dijana berasaskan cip Apple A15. iPhone SE 5G tersebut akan menggunakan cip Qualcomm X60 untuk modem 5G pada peranti berkenaan.
iPhone SE 5G ini juga dijangka menawarkan rekaan lebih kurang seperti iPhone 8, dilengkapi dengan panel 4.7 inci LCD.
Wah, kalau macam tu besar jugalah saiz model terbaru iPhone SE itu nanti. Cuma harganya masih belum diketahui lagi. Adakah masih boleh didapati dengan harga bawah RM2,000? Sama-sama kita nantikan.