Kadang-kadang, bila niat kita betul-betul ikhlas, Allah akan balas dengan cara yang langsung tak terjangka. Itu yang berlaku kepada Mohd Yusof, atau lebih dikenali sebagai Abang Minyak Hitam Jalanan, apabila menerima hadiah tiket umrah secara tajaan daripada Menteri Agama dan pihak TV AlHijrah.
Menurut perkongsiannya, kehadiran ke stesen TV AlHijrah pada hari tersebut sebenarnya cukup sederhana. Dia sendiri mengakui datang tanpa sebarang expectation, lebih-lebih lagi kerana ibunya memang gemar menonton saluran berkenaan.
Namun di sebalik itu, tersimpan satu niat yang lama dipendam.
“Tahun lepas aku ada cakap dekat isteri aku… nanti kalau bisnes kita dah maju, aku nak hantar mak pergi umrah. Kita kumpul sikit-sikit duit,” katanya.
Niat tersebut bukan sekadar kata-kata kosong. Ia lahir daripada keinginan seorang anak yang mahu membalas jasa ibu dengan sesuatu yang besar dan bermakna.
Momen Yang Mengubah Segalanya
Apa yang berlaku selepas itu memang di luar jangkaan. Ketika sedang makan di majlis tersebut, beliau sempat berborak dengan seorang individu penting dari AlHijrah yang duduk bersebelahan. Soalan yang ditanya cukup ringkas pernah pergi umrah atau haji atau belum. Jawapannya jujur iaitu belum pernah.
Beberapa ketika kemudian, namanya dipanggil naik ke pentas. Dalam suasana yang masih terpinga-pinga, beliau dimaklumkan bahawa dirinya dipilih untuk menerima tajaan tiket umrah.
Situasi ini menjadi detik paling bermakna dalam perjalanan hidup Abang Minyak Hitam Jalanan apabila rezeki datang tanpa dirancang.

Lebih menyentuh hati, reaksi pertamanya bukan kepada dirinya sendiri tetapi kepada ibunya.
“Aku terus WhatsApp mak, bagitahu… mak Usop nak mak pergi umrah. Alhamdulillah… sebelum ni memang ada niat,” kongsinya penuh syukur.
Momen ini jelas menunjukkan bahawa keutamaan beliau sejak awal adalah untuk menggembirakan ibu, bukan diri sendiri.
Kisah ini jadi lebih bermakna bila melihat latar belakang Mohd Yusof sendiri. Sebelum ini, dia sering berkongsi video membantu orang ramai, khususnya mereka yang dalam kesusahan di jalanan.
Antara yang mencuri perhatian ialah ketika dia membantu seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Dicky yang motosikalnya rosak bukan saja tolong baiki, malah siap hulurkan duit infak tanpa mengharapkan balasan.
Perbuatan seperti ini menggambarkan siapa sebenarnya Abang Minyak Hitam Jalanan, seseorang yang konsisten membantu tanpa mengira latar belakang individu.
“Saya tak meminta apa-apa… ini semua rezeki. Saya pun tak sangka benda ni boleh sampai tahap macam ni,” katanya merendah diri.
Malah dia juga mengakui cukup berhati-hati dengan amanah yang dipikul, terutamanya melibatkan duit infak.
Anda mungkin berminat dengan
“Saya tak mahu pegang duit infak terlalu banyak, takut tersalah pakai atau gelap mata.”
Pendekatan ini menunjukkan tahap integriti yang tinggi dalam mengurus bantuan orang ramai.
Kisah ini sebenarnya lebih daripada sekadar tajaan umrah. Ia tentang bagaimana niat baik, usaha kecil yang konsisten, dan keikhlasan membantu orang lain akhirnya membuka pintu rezeki yang lebih besar.
Sumber : Facebook Minyak Hitam Jalanan Original
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sekali lagi memberi sokongan buat Syed Saddiq, apabila menemani beliau ke Mahkamah Rayuan, hari ini.
Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, Bella dilihat anggun berbaju kurung, tiba di pekarangan Istana Kehakiman pada pukul 8.40 pagi, menunjukkan sokongan buat Ahli Parlimen Muar itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kenali SYED SADDIQ, Alumni MTD & Pendebat Terbaik Asia!

Hari ini, pendengaran rayuan Syed Saddiq diteruskan bagi mencabar sabitan dan hukuman terhadap empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Bella sebelum ini turut menemani Syed Saddiq ke sidang Dewan Rakyat, di mana mereka berdua kelihatan serasi mengenakan pakaian sedondon.

Syed Saddiq segak berbaju Melayu manakala Bella anggun dengan baju kurung.
Menariknya, anak sulung Bella, Mohamed Ayden Adrean Mohammad Aliff, turut hadir pada hari tersebut, berpakaian segak seperti seorang ahli Parlimen lengkap dengan kot kelabu dan tanda nama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok thehazzzzzzs
∞
Isu pijak al-Quran sekali lagi jadi perhatian apabila tular satu hantaran di media sosial Threads memaparkan seorang lelaki dipercayai berbangsa India memuat naik gambar memijak al-Quran.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai, khususnya umat Islam, lebih-lebih lagi ia berlaku dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Perbuatan tersebut dilihat bukan sahaja biadab, malah jelas menghina agama Islam dan mencabar keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Dalam negara seperti Malaysia yang dibina atas asas toleransi dan saling menghormati, tindakan sebegini memang sukar diterima akal.
Kerajaan Beri Amaran Keras Isu Pijak Al-Quran

Kerajaan dalam satu kenyataan mengecam sekeras-kerasnya insiden isu pijak al-Quran berkenaan dan menegaskan bahawa sebarang perlakuan yang menyentuh sensitiviti agama serta mengancam ketenteraman awam tidak boleh diterima sama sekali.
Pendirian tegas ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan keharmonian antara kaum dan agama terus dipelihara.
Dalam konteks negara majmuk, sebarang tindakan yang mencetuskan provokasi berunsur agama boleh membawa kesan yang sangat serius. Justeru, kerajaan memberi amaran keras bahawa tiada ruang untuk perbuatan melampau seperti ini di Malaysia.
Siasatan Segera Oleh MCMC dan PDRM
Susulan isu pijak al-Quran yang tular, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan untuk menjalankan siasatan segera di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Langkah ini diambil bagi memastikan setiap aspek kes disiasat secara menyeluruh tanpa sebarang kompromi.
Pada masa sama, MCMC turut akan menyelaras bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan menyeluruh diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Ini termasuk mengenal pasti individu terlibat serta mengambil tindakan sewajarnya jika didapati bersalah dalam isu ini.
Apa pun latar belakang atau motif individu terbabit, kebebasan bersuara bukan tiket untuk menghina mana-mana agama.
Isu ni membuktikan bahawa penyalahgunaan platform media sosial boleh mengundang implikasi besar terhadap keselamatan dan perpaduan negara.
Malaysia bukan ruang untuk provokasi melampau yang boleh mencetus ketegangan antara kaum dan agama. Setiap rakyat perlu memahami bahawa kebebasan datang bersama tanggungjawab, terutama apabila melibatkan perkara berkaitan agama dan sensitiviti masyarakat.
Netizen Mahu Tindakan Tegas
Rata-rata netizen berharap agar tindakan tegas dikenakan sebagai pengajaran kepada semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya mempermainkan isu yang begitu sensitif seperti isu pijak al-Quran. Desakan ini mencerminkan keresahan rakyat terhadap peningkatan kandungan provokatif di media sosial.
Dalam suasana masyarakat majmuk, rasa hormat itu bukan pilihan ia satu tanggungjawab bersama. Isu harus dijadikan pengajaran bahawa keamanan dan keharmonian negara perlu dipelihara oleh semua tanpa mengira kaum atau agama.
Sumber : Facebook Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Bangunan ikonik negara, Merdeka 118, sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila diiktiraf sebagai Bangunan Tinggi Terbaik Dunia 2025 oleh Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH), sebuah badan global berpangkalan di Chicago, Amerika Syarikat.
Pengiktirafan ini menjadikan Merdeka 118 bukan sekadar simbol kebanggaan rakyat Malaysia, tetapi juga bukti kemampuan anak tempatan menghasilkan karya seni bina bertaraf dunia yang mengutamakan inovasi dan kelestarian alam sekitar.
Bangunan Kedua Tertinggi Dunia, Inspirasi Dari Laungan Merdeka
Dengan ketinggian mencecah 678.9 meter, Merdeka 118 kini menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai. Reka bentuknya yang tajam dan menegak diinspirasikan daripada detik bersejarah laungan “Merdeka!” oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957 dan simbol semangat perjuangan, kemerdekaan dan perpaduan rakyat Malaysia.

Menara ini dibangunkan oleh PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd., anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB), sebagai sebahagian daripada pembangunan semula kawasan bersejarah Stadium Merdeka dan Stadium Negara.
Reka Bentuk Hijau & Teknologi Pintar Merdeka 118
Lebih membanggakan, Merdeka 118 turut menerima pensijilan Platinum GreenRE dan LEED, dua pengiktirafan tertinggi dunia untuk bangunan hijau. Sistem pengurusan tenaga, pencahayaan serta penggunaan air di bangunan ini direka bagi meminimumkan pelepasan karbon dan menjimatkan tenaga.
Pendekatan ini menjadikan Merdeka 118 bukan hanya simbol kemodenan, tetapi juga pelopor pembangunan lestari di Asia Tenggara, membuktikan kemajuan boleh dicapai tanpa menjejaskan keseimbangan alam sekitar.
Destinasi Baharu Gaya Hidup Moden
Selain ruang pejabat dan kediaman mewah, menara Merdeka 118 turut menempatkan hotel lima bintang, pusat beli-belah premium, galeri seni dan dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara yang menawarkan pemandangan 360 darjah bandar Kuala Lumpur. Kawasan sekitarnya juga dibangunkan dengan ruang hijau awam yang mesra komuniti.
Merdeka 118 bukan hanya destinasi pelancongan baharu, malah menjadi simbol kemajuan Malaysia menuju masa depan yang mampan, moden dan beridentiti nasional.
Kebanggaan Generasi Baharu Malaysia
Bagi generasi muda, Merdeka 118 membawa mesej penting bahawa kemajuan negara boleh dibina dengan jati diri dan tanggungjawab terhadap alam. Ia menjadi bukti bahawa kreativiti, teknologi dan nilai murni mampu digabungkan untuk membina masa depan yang lebih hijau dan berdaya tahan.
Bangunan ini bukan sekadar menara pencakar langit, tetapi manifestasi semangat Malaysia yang tidak pernah berhenti bermimpi dan berinovasi.
BACA LAGI : Merdeka 118 Mercu Tanda Baru Kebanggaan Malaysia, Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia
∞