
Pelakon, penyanyi dan usahawan terkenal, Fazura baru-baru ini mencuri perhatian selepas berkongsi khabar gembira mengenai pencapaian ahli keluarganya yang berjaya mencatat kejayaan dalam bidang akademik.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan di media sosial, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin (43) berkata lawatannya ke London kali ini membawa makna yang cukup istimewa apabila berpeluang meraikan majlis graduasi abang tersayang.
Menurut Fazura, detik tersebut bukan sahaja menjadi simbol kejayaan, malah membuka ruang untuk mereka sekeluarga meluangkan masa berkualiti bersama seperti zaman kanak-kanak dahulu.
BACA: Ramai Impi, Tapi Fatima Dah Ada Dua! Anak Fazura Tambah Koleksi Hermès Kelly
Dalam perkongsian yang sama, Fazura juga memaklumkan abangnya telah berjaya menamatkan pengajian Sarjana Undang-undang (Master of Laws, LL.M) di University of London, satu pencapaian yang membanggakan seluruh keluarga.
Jelasnya lagi, kejayaan tersebut secara tidak langsung memberi inspirasi besar buat dirinya sendiri dan menjadi bukti bahawa usaha serta kesungguhan mampu membawa seseorang ke tahap lebih tinggi.
Lebih menarik, momen tersebut difahamkan turut memberi kesan kepada anaknya, Nur Fatima Aisya, yang mula memasang impian untuk mengikut jejak langkah bapa saudaranya dalam bidang pendidikan.
“Fatima pula dah mula tanam cita-cita… “Mummy, I want to study hard and be smart just like Pak Long”. MasyaAllah, means lebih 500 hari lah jawabnya di London nanti. Mommy pula kena work hard dari sekarang lah hehe,” ujar Fazura di ruangan kapsyen.
Sementara itu, Fazura sempat meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan keluarga yang penyayang selain berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa berkongsi kegembiraan dan memberikan ucapan tahniah kepadanya sekeluarga.
Sumber: Instagram Fazura
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.