Sehari dua ini viral di media sosial perlakuan seorang penunggang motosikal yang telah menghentak cermin hadapan sebuah kereta selepas berang dibunyikan hon. Kes ini tular dan ramai netizen memberikan pelbagai komen.
Ternyata perlakuan baran di jalan raya ini berbalas dengan menjalani hukuman di penjara apabila Danial Abdullah Tan, 31 di di penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah atas perbuatan khianatnya selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di mahkamah hari ini.
Laporan Harian Metro menyebut, tertuduh terpaksa menyambut Aidilfitri di penjara selepas dijatuhi hukuman penjara minimum 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas kesalahan melakukan khianat.
Majistret Nurshahira Abdul Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Danial Abdullah Tan, 31, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh tangkap, semalam.
Dia yang lebih dikenali sebagai ‘abang botak’ dalam kalangan netizen hanya menundukkan kepalanya sepanjang prosiding.
Malah, suaranya tersekat-sekat serta menangis ketika disoal Majistret Nurshahirah mengapa dia bertindak sedemikian.
Ads
“Puncanya dia (pengadu) hendak melanggar saya dan menghimpit saya. Saya berhentikan dia untuk berbicara, namun dia menunjukkan tanda jari dan disebabkan itu saya buat keputusan bodoh,” katanya dengan nada sebak dan meminta maaf atas perbuatannya itu.
Videonya menghentak cermin hadapan kereta menjadi viral di media sosialDanial Abdullah Tan berjaya ditangkap polis selepas kesnya tular
Turut kelihatan di tempat duduk galeri awam, kakak dan beberapa ahli keluarganya yang mengikuti prosiding pendakwaan itu.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan khianat dan mengetuk cermin hadapan kereta mangsa lelaki berusia 58 tahun itu menggunakan topi keledar sehingga rosak.
Kesalahan itu dilakukan di Jalan Kasturi Seksyen 12 Taman Bukit Serdang Seri Kembangan, 5.30 petang pada 28 Mei.
Ads
Dakwaan kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau keduanya.
Terdahulu, dia yang diwakili peguam peguam Nur Rafiuddin Mas Wari dalam hujahnya berkata, pengakuan salah anak guamnya itu menjimatkan masa dan kos mahkamah serta pertuduhan ini adalah yang pertama dihadapinya.
“Anak guam adalah pekerja stor dan mempunyai anak berusia tiga dan satu tahun.
Ads
“Kesalahan dilakukan bukanlah sesuatu yang dirancang,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin memohon hukuman berat atas alasan kesalahan membabitkan pembuli jalanan kerap berlaku dan memandangkan usia tertuduh (31 tahun ) dia sepatutnya dalam fasa matang.
Portal berita Harian Metro semalam melaporkan seorang penunggang motosikal bertindak samseng dengan menghentak cermin sebuah kereta dalam kejadian di Taman Bukit Serdang, jam 5.30 petang Selasa lalu.
Tindakan samseng penunggang motosikal itu dirakam pemandu kereta berkenaan menggunakan kamera dashcam dan rakaman video terbabit tular di Facebook sejak kelmarin.
Sumber : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Media tempatan China melaporkan sebuah pesawat China Eastern Airlines jenis Boeing 737 telah terhempas pada 21 Mac 2021 di kawasan pergunungan dekat selatan China.
Menurut Jabatan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), pesawat yang membawa 123 orang penumpang dan 9 orang kru itu dalam penerbangan dari Kunming ke Guangzhou. Operasi menyelamat sedang dalam perjalanan ke kawasan terpencil itu, katanya.
Buat masa ini, masih tiada maklumat tentang punca pesawat yang baru berusia 6 tahun itu terhempas.
Contoh model pesawat Boeing 737 China Eastern Airlines
Jelas CAAC, pesawat berlepas dari Kunming yang terletak di bahagian selatan barat China pada jam 1.11 tengah hari tadi. Mereka terputus hubungan dengan pesawat itu sewaktu ia melintasi bandar Wuzhou; kira-kira pada kam 2.22 petang ketika ia berada pada kedudukan 3225 kaki dari aras laut.
Pesawat tersebut asalnya dijadualkan mendarat di Guangzhou pada jam 3.05 petang.
Tinjauan REMAJA di laman web China Eastern Airlines mendapati ia bertukar kepada warna hitam putih sebagai satu bentuk penghormatan kepada mangsa dan ahli keluarga.
Berita kemalangan ini nyata telah mengejutkan dunia terutamanya masyarakat di China memandangkan rekod keselamatan industri penerbangan China merupakan antara yang terbaik di dunia selama sedekad lepas.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bahulu merupakan antara juadah kuih tradisional yang sangat populardan wajib ada kalau tiba perayaan AidilFitri. Tetapi, kalau diikutkan prosedur asal pembuatan bahulu agak rumit juga kerana perlu dibakar menggunakan oven atau lebih tradisional menggunakan sabut kelapa.
Jangan risau, zaman sudah semakin moden dan terdapat pelbagai teknik untuk korang buat sendiri kuih kegemaran ini. Yang penting adalah ada sedikit kerajinan.hehe
So hari ini kami kongsikan satu resepi bahulu mudah perkongsian Puan Azirah Mukhtar di laman facebooknya.
BAHAN-BAHAN BAHULU SANDWICH YANG DIPERLUKAN
Belek-belek dalam album mahn jumpa la resepi bahulu sandwich maker. Senang tak payah nak keluar sabut bakar. Saya edit kat sini jelah ye. Saya guna blender je.
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh kurangkan klu xnak manis)
3 biji telur
CARA-CARA
1. Blend telur dan gula sampai gebu skit. Baru masukkan tepung..
2. Panaskan sandwich maker, sapu minyak kemudian masukkan adunan tadi..
Resepi boleh dapat lebih kurang 12 biji. Gebu!
Selamat mencuba!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Facebook Azirah Mukhtar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah pun diumumkan dan rata-rata ibu bapa tidak ketinggalan berkongsi kegembiraan kejayaan anak mereka.
Ustaz Kazim Elias turut meluahkan rasa syukur dan berkongsi berita gembira bahawa anak kelimanya menerima keputusan cemerlang 9A dalam SPM. Ustaz telah memuat naik salinan keputusan SPM yang memaparkan keputusan A bagi sembilan subjek yang diambil.
Anak ustaz Kazim mendapat empat subjek A+ bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik. Subjek lain yang diambil termasuklah Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.
Di dalam kapsyen yang telah dibuat, ustaz juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang mengajar anaknya dan rata-rata warganet juga turut mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diperoleh anak ustaz selebriti ini.
Dilaporkan daripada sejumlah 407,097 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, seramai 9,696 orang calon atau 2.54 peratus telah memperoleh keputusan semua A.
Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2021. Walau apa pun keputusan yang korang perolehi, jangan patah semangat kerana perjalanan di luar sana masih lagi luas dan banyak lagi pengalaman dan ilmu yang korang boleh timba.
Semoga calon-calon SPM 2022 bertambah semangat untuk meneruskan perjuangan dalam mendapat keputusan cemerlang SPM.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.