Abah Tegur Along Untuk Tak Burukkan Nama Orang Lain Ketika Berhujah, Oops!

Share

 

Walaupun mereka memang saling menghormati each other sejak awal lagi, tak bermakna seorang senior tak boleh menegur adik beliau yang lebih muda kan?

 

Cumanya, ‘adik’ kali ini sudah bergelar Menteri Belia dan Sukan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, KhairyJamaluddin sentiasa mengikuti perkembangan terbaru isu yang melanda sektor sukan negara dan belia walaupun beliau tidak lagi mengetuai kementerian tersebut.

 

 

Dalam sembang balas secara retweet mahupun komen di Twitter selalu menampakkan perbualan terbukan di antara YB Khairy dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq. Jika ada isu besar yang melanda seperti sorakan melampau penyokong pasukan bola sepak Indonesia terhadap skuad U-16 awal minggu ini, YB Khairy juga tak terlepas daripada menyatakan pendapatnya serta idea untuk menyelesaikan masalah yang melanda.

Ia jelas menunjukkan sokongan penuh yang diberikan oleh beliau kepada YB Syed Saddiq demi kebaikan semua rakyat. Namun pada hari ini, YB Khairy menegur agar YB Syed Saddiq tidak memburukkan nama pihak lain ketika berhujah.

Kata YB Khairy, beliau menyambut baik usa yang dilakukan oleh Kementerian Belia Dan Sukan (KBS). Malah beliau juga sedia bekerjasama jika khidmat beliau diperlukan.

 

 

Namun, apabila timbul isu memburuk-burukkan orang lain, berkata sarkastik dan memberikan maklumat yang bagi beliau tidak tepat, teguran harus diberi kepada YB Syed Saddiq agar boleh memperbaiki diri.

Teguran ini timbul setelah YB Syed Saddiq membangkitkan beberapa isu yang timbul semasa KBS di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dulu. Antaranya termasuklah projek yang dilakukan tanpa melalui tender terbuka dan juga pemberhentian program Kaedah Penilaian & Pengurusan Risiko (CRM) oleh SPRM.

Ini antara teguran oleh YB Khairy :

“Saya sokong supaya KBS menjadi antara kementerian terbaik dari segi urus tadbir. Saya sendiri sedia dan rela beri kerjasama kepada menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara, sekiranya diperlukan.

“Namun janganlah sampai rasakan perlu untuk buruk-burukkan orang lain,” kata beliau ketika bangun mencelah penggulungan perbahasan Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong oleh YB Syed Saddiq di dalam Dewan Rakyat hari ini.

 

 

Ketika mencelah, YB Khairy turut jelaskan mengapa isu tender terbuka terhad berlaku. Ini kerana jumlah projek meningkat menjelang acara Sukan SEA 2017. Namun tegas beliau, itu tak bermaksud projek yang berjalan tak disaring dengan teliti.

“Sama ada melalui tender terbuka terhad, rundingan terus atau RFP (request for proposal), semuanya melalui saringan dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan pada waktu tersebut.”

Bagi penulis, perkongsian pendapat dan tegerun sebegini secara berhemah serta terbuka memperlihatkan betapa profesional mereka berdua ini. Tak semua benda kita akan bersetuju kan?

 

 

Jadi, tak salah untuk saling menegur dan berbahas secara profesional, selayaknya sebagai seorang wakil rakyat. #thumbsup

IKLAN