Aaron Aziz Ajak Bekas Banduan & Pelajar Henry Gurney Untuk Sertai Uji Bakat Lakonan

Share

Pelakon dan penerbit terkenal tanah air, Datuk Aaron Aziz, membuka peluang kepada bekas penghuni penjara dan pelajar Sekolah Henry Gurney untuk menyertai dunia lakonan menerusi satu sesi uji bakat khas yang dianjurkan oleh syarikat produksinya, Aaron Aziz Production.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, aktor berusia 49 tahun itu menyuarakan hasrat untuk membantu golongan yang sering dipandang serong oleh masyarakat agar dapat membina semula kehidupan dan membuktikan mereka juga berhak untuk diberi peluang kedua.

ARTIKEL BERKAITAN : Aaron Aziz Bangga Anak Perempuan Berjaya Tamat A-Level! Berhasrat Mahu Lanjutkan Pengajian Ke England Pula

“Anda seorang bekas banduan? Pernah duduk penjara, pernah duduk Sekolah Henry Gurney? Orang cakap kalian tiada masa depan?

“Ada juga yang cakap anda hancur masa depan? Tak boleh masuk dalam kalangan masyarakat yang baik?

“Pastikan jawapan anda adalah tidak. Saya akan tolong anda, macam mana? Sila datang uji bakat untuk projek terbaharu saya,”

ujarnya dalam video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN : Tahniah! Putera Sulung Aaron Aziz, Diyana Halik Berjaya Tamatkan Pra Diploma Di Jepun

Aaron turut berkongsi satu poster rasmi mengandungi maklumat lengkap sesi uji bakat tersebut.

Difahamkan, uji bakat itu akan berlangsung pada 5 Julai ini (Jumaat), dari jam 1 petang hingga 9 malam, bertempat di Star Avenue Lifestyle Mall, Shah Alam.

Syarat kelayakan pula terbuka kepada lelaki berusia antara 16 hingga 50 tahun, tanpa mengira bangsa dan latar belakang

. Peserta juga perlu membawa sekeping gambar bersaiz passport.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath