Pelakon dan penerbit terkenal tanah air, Datuk Aaron Aziz, membuka peluang kepada bekas penghuni penjara dan pelajar Sekolah Henry Gurney untuk menyertai dunia lakonan menerusi satu sesi uji bakat khas yang dianjurkan oleh syarikat produksinya, Aaron Aziz Production.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, aktor berusia 49 tahun itu menyuarakan hasrat untuk membantu golongan yang sering dipandang serong oleh masyarakat agar dapat membina semula kehidupan dan membuktikan mereka juga berhak untuk diberi peluang kedua.
“Anda seorang bekas banduan? Pernah duduk penjara, pernah duduk Sekolah Henry Gurney? Orang cakap kalian tiada masa depan?
Ads
“Ada juga yang cakap anda hancur masa depan? Tak boleh masuk dalam kalangan masyarakat yang baik?
“Pastikan jawapan anda adalah tidak. Saya akan tolong anda, macam mana? Sila datang uji bakat untuk projek terbaharu saya,” ujarnya dalam video tersebut.
Aaron turut berkongsi satu poster rasmi mengandungi maklumat lengkap sesi uji bakat tersebut.
Ads
Difahamkan, uji bakat itu akan berlangsung pada 5 Julai ini (Jumaat), dari jam 1 petang hingga 9 malam, bertempat di Star Avenue Lifestyle Mall, Shah Alam.
Syarat kelayakan pula terbuka kepada lelaki berusia antara 16 hingga 50 tahun, tanpa mengira bangsa dan latar belakang. Peserta juga perlu membawa sekeping gambar bersaiz passport.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon wanita drama Business Proposal telah disahkan positif COVID-19 dan pihak pengurusannya, Jellyfish Entertainment telah pun membuat kenyataan rasmi bahawa Kim Sejeong akan menghentikan sementara semua aktivitinya.
Kim Sejeong kini sedang menjalani kuarantin kendiri dan terpaksa menangguhkan pertemuan bersama peminat yang akan datang “Sejeong’s Sesang Diary” yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mac 2022. Walau bagaimanapun, pelakon itu telah pun menyelesaikan penggambaran drama Business Proposal dan hal ini tidak akan menjejaskan waktu siaran rancangan tersebut.
Dalam satu kenyataan rasmi yang telah dibuat, pihak pengurusannya menjelaskan bahawa pelakon itu disahkan positif selepas melakukan ujian PCR. Kim Sejeong turut dinyatakan telah menerima dua dos vaksin dan kini sedang dalam proses pemulihan.
Segala urusan kerja dan sesi bertemu peminat dibatalkan, pihak mereka turut meminta maaf dan akan membuat susulan dengan lebih terperinci berhubung perkara tersebut melalui satu kenyataan lain.
Get well soon Kim Sejeong!
**Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura, memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang halangan terhadap impian dan cita-cita anak perempuannya, Nur Fatima Aisya Abdul Fattah.
Katanya kepada Remaja, walaupun Fatima bercita-cita untuk menjadi seorang ahli perniagaan, dia juga menunjukkan minat dalam bidang seni.
“Saya tiada halangan untuk anak perempuan saya. Macam Fatima, dia memang nak jadi ahli perniagaan tapi bila di rumah pun dia hafal semua lagu saya.
“Selain itu, dia juga minat berlakon kerana suka bercakap di depan cermin. Jadi tiada halangan untuk Fatima pada masa akan datang untuk dia jadi apa,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem popular Gol Dan Gincu itu turut menekankan bahawa yang penting baginya adalah kebahagiaan dan usaha yang ditunjukkan oleh puteri tercintanya, sama ada untuk menjadi usahawan mahupun anak seni pada masa depan.
Selain, dia juga berharap agar Fatima dapat terus bekerja keras untuk mencapai cita-citanya.
“Bagi saya, yang penting dia gembira dan bekerja keras untuk menjadi usahawan mahupun anak seni yang berjaga kelak. Insyaallah,” tambahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Fazura turut berkongsi pandangannya mengenai pilihan watak yang lebih selektif dalam kerjaya lakonannya.
Ujarnya, sebelum ini pelakon filem Pisau Cukur itu sering mengharapkan watak-watak yang memberi kesan positif, seperti wanita yang berdaya, namun yang ditawarkan kebanyakannya adalah watak penyondol.
“Saya kini lebih memilih dari segi watak kerana sebelum ini pun saya mengharapkan watak women empowerment, tetapi yang ditawarkan adalah watak penyondol dan sebagainya.
“Bagaimanapun saya bersyukurlah apa yang sudah terjadi, tetapi selepas ini saya akan lebih selektif dari segi watak dan jalan cerita untuk setiap karya yang ditawarkan,” kongsinya.
Fazura juga berharap agar industri seni tempatan dapat menghasilkan lebih banyak karya yang memberikan inspirasi dan berkualiti.
“Kerana sekarang ini terlalu banyak cerita penyondol dan saya harap industri kita dapat menghasilkan naskhah yang lebih baik dan lebih inspirasi,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penantian selama 9 tahun oleh peminat filem Toy Story bukan saja berbaloi dengan kehadiran Toy Story 4, tetapi khabarnya jenama Reebok telah bekerjasama dengan Disney Pixar dan BAIT untuk melancarkan model terbaru Instapump Fury dengan rekaan sneakers inpirasi daripada warna permainan Toy Story.
Tidak dinafikan sneakers ini bakal menjadi rebutan bukan hanya kanak-kanak, malah orang dewasa pun confirm teringin nak memilikinya.
Dua karakter utama Sheriff Woody dan Buzz Lightyear diambil sebagai inspirasi kepada rekaan sneakers special edition ini. Dan yang menariknya, kasut ini tidak dipadankan dengan rekaan yang sama. Rare kan?
Tapi style wey!
Walau bagaimanapun, katanya Reebok hanya menghasilkan beberapa pasang untuk calon bertuah meraikan Toy Story 4 ini sahaja. Pendek kata, korang hampir tidak mungkin mendapatkannya melainkan jika korang kaya, terkenal atau terkenal dan kaya raya. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!