Berita

Aaisyah Curi Tumpuan Di Majlis Pertunangan Abang, Netizen Puji Macam Barbie!

Share

Penampilan anak kepada pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan, iaitu Aaisyah Dhia Rana, mencuri perhatian ramai ketika menghadiri majlis pertunangan abangnya, Ammar Effendy, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memuat naik momen solo photoshoot

Aaisyah yang dirakam di majlis berkenaan.

Dalam video berdurasi 20 saat itu, Aaisyah tampil anggun mengenakan busana kuning lembut dengan gaya rambut yang tampak matang daripada usianya.

Namun begitu, gaya dan penampilannya tetap menerima pujian ramai netizen yang terpesona dengan kecantikannya, malah ramai menyamakan wajah Aaisyah dengan anak patung Barbie!

“Macam Barbie muka dia ini comel pula,” tulis seorang pengguna.

“Aaisyah ini dah macam Barbie.. cantik semula jadi,” tulis seorang lagi.

“Aaisyah cantik versi anak patung… love sangat,” komen pengguna lain.

Sementara itu, majlis pertunangan Ammar Effendy yang diadakan secara eksklusif dan tertutup turut menjadi bualan apabila difahamkan dia kini sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya.

Namun, identiti tunang Ammar masih dirahsiakan apabila pasangan itu memilih untuk tidak mendedahkan wajahnya kepada umum.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath