
Penampilan anak kepada pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan, iaitu Aaisyah Dhia Rana, mencuri perhatian ramai ketika menghadiri majlis pertunangan abangnya, Ammar Effendy, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memuat naik momen solo photoshoot Aaisyah yang dirakam di majlis berkenaan.

Dalam video berdurasi 20 saat itu, Aaisyah tampil anggun mengenakan busana kuning lembut dengan gaya rambut yang tampak matang daripada usianya.
Namun begitu, gaya dan penampilannya tetap menerima pujian ramai netizen yang terpesona dengan kecantikannya, malah ramai menyamakan wajah Aaisyah dengan anak patung Barbie!

“Macam Barbie muka dia ini comel pula,” tulis seorang pengguna.
“Aaisyah ini dah macam Barbie.. cantik semula jadi,” tulis seorang lagi.
“Aaisyah cantik versi anak patung… love sangat,” komen pengguna lain.

Sementara itu, majlis pertunangan Ammar Effendy yang diadakan secara eksklusif dan tertutup turut menjadi bualan apabila difahamkan dia kini sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya.
Namun, identiti tunang Ammar masih dirahsiakan apabila pasangan itu memilih untuk tidak mendedahkan wajahnya kepada umum.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[PERADUAN] Baucar Spa Bagi Rawatan MBH Therapeutic Face Therapy, Barulah Relax
![[PERADUAN] Baucar Spa Bagi Rawatan MBH Therapeutic Face Therapy, Barulah Relax 8 [PERADUAN] Baucar Spa Bagi Rawatan MBH Therapeutic Face Therapy, Barulah Relax](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/10/Untitled-design-84.jpg)
Menangi 30 baucar rawatan wajah di MBH Medispa
Memiliki kulit sihat, cantik tanpa cela dan juga mulus adalah impian perempuan DAN lelaki.
Sekali-sekala membelai wajah di spa memang ‘syok’. Selepas terasa stres pada setiap hari ditambah pula dengan pencemaran sekeliling, muka akan cepat ‘tua’ dari usia sebenar.
![[PERADUAN] Baucar Spa Bagi Rawatan MBH Therapeutic Face Therapy, Barulah Relax 9 [PERADUAN] Baucar Spa Bagi Rawatan MBH Therapeutic Face Therapy, Barulah Relax](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/10/51964.jpeg)
Jadi REMAJA ingin berikan berita baik buat korang yang suka menjaga penampilan dan kesihatan kulit wajah. Kami bersama pihak MBH Medispa ingin memberikan hadiah berupa baucar kepada korang yang setia bersama kami.
Tapi sebelum itu, penulis tertanya-tanya juga apakah antara rawatan yang ditawarkan oleh mereka?
![[PERADUAN] Baucar Spa Bagi Rawatan MBH Therapeutic Face Therapy, Barulah Relax 10 [PERADUAN] Baucar Spa Bagi Rawatan MBH Therapeutic Face Therapy, Barulah Relax](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/10/51967.jpeg)
Kelebihan yang ada pada MBH Medispa adalah produk mereka yang dijamin Halal dan selamat. Selain itu, korang juga mudah untuk mencari 27 buah cawangan mereka di seluruh negara.
MBH Medispa baru-baru ini melancarkan rawatan baharu bernama MBH Therapeutic Face Massage pada harga promosi RM69.
Tentunya harga ini masih berada dalam bajet bulan di kalangan pelanggan mereka yang mengidamkan kulit sihat dan berseri.
Istimewanya, MBH Therapeutic Face Theraphy menggunakan teknik urutan pressure point di titik-titik tertentu pada muka untuk melancarkan peredaran darah, memberi kesan relaks dan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.
MBH VAMPIRE DRAGON’S BLOOD ANTI SCAR
Bagi yang hendak merawat masalah kedutan atau garis halus, parut jerawat dan kulit kering pula, rawatan MBH Vampire Dragon’s Blood Anti Scar menggunakan serum pokok naga berdarah.
Mengikut kajian, bahan rawatan unik ini terhasil daripada pokok naga dari pulau Socotra di Timur Tanduk, Afrika yang bertindak sebagai kologen merawat tisu kulit yang telah rosak.
![[PERADUAN] Baucar Spa Bagi Rawatan MBH Therapeutic Face Therapy, Barulah Relax 11 [PERADUAN] Baucar Spa Bagi Rawatan MBH Therapeutic Face Therapy, Barulah Relax](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/10/51965.jpeg)
KOREAN SPARKLING SKIN RENEWAL
Ini pula adalah rawatan berisi silitox saiz mikro iaitu bahan aktif untuk memperbaiki kulit, mengurangkan kesan jerawat dan memberi kesan pemutihan kulit.
![[PERADUAN] Baucar Spa Bagi Rawatan MBH Therapeutic Face Therapy, Barulah Relax 12 [PERADUAN] Baucar Spa Bagi Rawatan MBH Therapeutic Face Therapy, Barulah Relax](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/10/GAMBAR-SPA-4-1024x768.jpeg)
So kalau korang nak merasai rawatan ini secara PERCUMA, cepat-cepat jawab soalan ini di bawah okay! Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2019.
*
Peraduan MBH Medispa
Selain peraduan bersama remaja, MBH Medispa juga sedang menawarkan baucar tunai bernilai RM10 untuk ditebus pada 26 Oktober kepada pelanggan mereka yang memuat naik gambar di media sosial dengan hashtag #ipergimbh.
Selain itu, hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1000 juga menanti pemenang yang melengkapkan contest #ipergimbh.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Banyak Tidur Tanda Pendek Umur, Patutlah Islam Larang Umatnya Tidur Berlebihan

Menikmati waktu tidur yang berkualiti adalah idaman ramai orang. Tidur juga adalah masa berehat terbaik selepas seharian penat bekerja, belajar dan lain-lain aktiviti. Kita boleh berehat tetapi jangan berlebihan. Ini kerana kajian dari negara Barat mendapati orang yang tidur berlebihan berisiko pendek umur kerana lebih mudah mendapat serangan sakit jantung.
Ternyata al-Quran dan hadis yang menjadi sumber rujukan umat Islam sejak 1400 tahun dahulu sudah menyatakannya terlebih awal sebelum kajian dari Barat ini dijadikan rujukan dunia perubatan. Ada larangan dari hadis tidur selepas Subuh dan ketika waktu Asar kerana ia bukan saja boleh melemahkan fikiran tetapi juga menjadikan kita lebih malas. Jika kita sering tidur terutama waktu Subuh, di saat permulaan hari mencari rezeki, bermakna kita akan ketinggalan berbanding orang lain yang sudah pun bertebaran di muka bumi mencari rezeki.
Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramahnya berkata, keburukan orang yang berlebihan tidur ini boleh membawa kepada masalah sakit kepala, diabetes, depresi, kurang tumpuan, malas, kurang berurusan dengan orang lain, penampilan kurang menarik, otak jadi malas, merosakkan hati dan paling utama malas beribadah.
Bacalah, kenapa kita sebenarnya dilarang tidur terlalu lama. Sebenarnya tiada alasan untuk kita tidur terlalu lama seperti dikongsikan oleh page TheDiagnosis tulisan Dr Latif Saad.

Orang dewasa yang tidur lebih daripada waktu yang disyorkan untuk tidur mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat serangan sakit jantung dan juga mati. Dapatan ini daripada satu kajian yang terbaru. Tetapi anda perlu baca artikel ini sampai habis terlebih dahulu
Dalam kajian ini, ia melibatkan 117,000 orang dewasa yang berumur daripada 35 hingga 70 tahun. Kesemua peserta ini merangkumi 21 negara yang melalui susulan selama 9 tahun. Kajian ini telah diterbitkan didalam journal yang berkaitan dengan masalah jantung iaitu European Heart Journal.
Risiko untuk mendapat masalah jantung akan semakin meningkat jika seseorang itu tidur lebih lama:
- Sebanyak 7.8 dalam 1000 orang mati adalah daripada kalangan mereka yang tidur diantara 6 hingga 8 jam berbanding
- 8.4 dalam 1000 orang yang mati daripada mereka yang tidur selama 8 -9 jam,
- 10.4 dalam 1000 orang daripada mereka yang tidur selama 9-10 jam dan ia meningkat kepada
- 14.8 kematian dalam 1000 orang bagi mereka yang tidur melebihi 10 jam sehari.
Ia bermaksud kadar ini meningkat daripada 5%, 17% dan 41% ketika mana anda tidur semakin lama.
Para pengkaji menyatakan bahawa belum dapat dipastikan adakah benar tidur yang berlebihan itu menyebabkan penyakit tersebut berlaku ataupun masalah sakit jantung itu sendiri yang menyebabkan tidur peserta menjadi berlebihan.
Dalam kajian tersebut juga menyatakan bahawa mereka yang tidur waktu pagi dan tidur waktu malam melebihi 6 jam akan mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi masalah tersebut kecuali jika mereka tidur malam kurang daripada 6 jam, golongan ini mempunyai risiko seperti biasa.
Seorang Professor Perubatan Jantung daripada Warwick University, Francesco Cappuccio menjelaskan bahawa ” Bukan disebabkan tidur yang panjang itu menjadi punca kepada kematian ataupun penyakit tersebut,” Tetapi masalah kesihatan itu yang menyebabkan waktu tidur mereka bertambah”.
Kesimpulan
Jika kita mengalami tidur yang panjang, ia mungkin petanda yang kita ini mengalami masalah kesihatan yang lain. Oleh itu, perlunya kita melakukan pemeriksaan berkala untuk masalah tidur yang dihadapi. Ujian tekanan darah dan gula yang berkala seperti setiap beberapa bulan adalah bagus untuk saringan bagi mengetahui kita mengalami masalah kesihatan ataupun tidak.
Rujukan:
Dominik Linz, Kadhim Kadhim, Jonathan M Kalman, R Doug McEvoy, Prashanthan Sanders; Sleep and cardiovascular risk: how much is too much of a good thing?, European Heart Journal, , ehy772, https://doi.org/10.1093/eurheartj/ehy772
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kavita Sidhu Pernah Menjuarainya 34 Tahun Lalu, Kini Giliran Rashmita Rasindran Bergelar Miss Charm

Ratu cantik Malaysia, Rashmita Rasindran tampil membanggakan negara apabila dinobat sebagai juara pertandingan Miss Charm 2024 yang melabuhkan tirainya pada hujung minggu lalu.
Bertempat di Nguyen Du Stadium dekat Ho Chi Minh City; Rashmita, 24 mengenepikan saingan terdekatnya dari Australia, Alana Deutsher-Moore yang terpaksa berpuas hati sebagai naib juara manakala wakil Vietnam, Nguyen Thi Quynh Nga pula bergelar pemenang tempat ketiga.


Sebaik sahaja terpilih sebagai 20 peserta terbaik, Rashmita tampak selesa beraksi dalam pusingan pakaian mandi dan gaun malam sebelum terpilih untuk menjadi sebahagian daripada 6 peserta terbaik.
Di pusingan soal jawab, Rashmita berjaya menyakinkan para juri profesional yang turut dianggotai oleh naib juara Miss Universe 2023, Antonnia Porxild dari Thailand dengan jawapannya.
Ia sekaligus melayakkan Rashmita untuk diangkat sebagai Miss Charm 2024 dalam kalangan 36 orang peserta yang bertanding.

Ulangi Kegemilangan Kavita Sidhu
Untuk rekod, kejayaan wakil Malaysia memenangi gelaran Miss Charm ini mengambil masa 34 tahun untuk direalisasikan.
Sebelum Rashmita, terdahulu pelakon dan model terkenal negara, Kavita Sidhu pernah mencipta sejarah sebagai Miss Charm International 1990 sebelum gelaran tersebut dijenamakan semula menjadi Miss Charm.


Bertempat di Leningrad (kini dikenali sebagai St Petersburg, Rusia), Kavita Sidhu bukan hanya memenangi gelaran Miss Charm International tetapi juga menjadi wakil Malaysia pertama yang menjuarai sesebuah pertandingan ratu cantik antarabangsa.
Beliau yang ketika itu berusia 19 tahun berjaya mengalahkan 32 peserta lain untuk merebut gelaran Miss Charm International. Dengan kebolehan komunikasi yang baik, kecantikan dan ketinggian yang dimiliki, pantas Kavita menjadi plihan sebagai juara dan mencipta namanya sendiri dalam dunia seni di Malaysia.

Menariknya selepas kemenangan Kavita, pertandingan Miss Charm International tidak lagi dianjurkan sehinggalah ia dijelmakan semula pada Februari 2023 dan dimenangi oleh wakil Brazil, Luma Russo.
Sehingga ke hari ini, Kavita kekal relevan dan jelita seperti dahulu kala malah diangkat sebagai ikon fesyen serta pejuang kemanusiaan. Adakah Rashmita Rasindran akan mengikuti jejak langkah cemerlang Kavita Sidhu? Sama-sama kita saksikan perjalanan beliau sepanjang bergelar Miss Charm 2024 tahun hadapan.
FOTO: Instagram Rashmita Rasindran dan Kavita Sidhu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

