Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Ke-16 diselubungi suasana hiba apabila Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah menyampaikan ucapan takziah kepada salah seorang bakal graduan yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya.
Graduan berkenaan, Saudari Husna Syakira binti Abd Halim yang bakal menerima ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perdagangan Pengedaran) daripada Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya, al-Marhum Abd. Halim bin Bakar dan al-Marhumah Siti Sarah binti Abd Rahman.
Menurut Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham, berita pemergian tersebut bukan sahaja menjadi kehilangan besar buat Husna Syakira, malah turut mengundang kesedihan dalam kalangan seluruh warga universiti yang bersimpati dengan nasib graduan berkenaan.
UMK Hulurkan Bantuan Kebajikan Kepada Keluarga
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa pihak universiti sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan dan keperluan para pelajarnya, termasuk ketika berdepan situasi sukar seperti ini.
Susulan kejadian tersebut, sepasukan pegawai UMK bersama wakil Majlis Perwakilan Pelajar UMK telah mengambil tindakan segera sejak semalam dengan bergegas ke Hospital Gerik, Perak bagi membantu urusan pengurusan jenazah serta menyalurkan bantuan kebajikan kepada keluarga terbabit.
Ads
Malah, Naib Canselor UMK turut menyampaikan ucapan takziah dan menitipkan kata-kata semangat buat Husna Syakira sekeluarga agar terus tabah menghadapi dugaan berat tersebut.
“UMK melahirkan rasa dukacita kepada anakanda Husna Syakira sekeluarga. Kami hulurkan salam takziah yang setulusnya. Ketahuilah bahawa duka anakanda ialah luka kami bersama, dan di dewan keramat ini, doa seluruh warga universiti turut mengiringi pemergian ini.
Ads
“Semoga roh ayah dan ibu dicucuri rahmat Ilahi, serta anakanda Husna Syakira sekeluarga dikurniakan kesabaran yang tinggi dalam mendepani ujian yang teramat berat ini,” jelasnya.
Hadirin Bertafakur Dan Sedekahkan Al-Fatihah
Untuk rekod, Husna Syakira dijadualkan menerima skrol ijazah pada sidang kelima Istiadat Konvokesyen UMK Ke-16 yang berlangsung hari ini.
Ads
Sejurus pengumuman mengenai kehilangan kedua-dua ibu bapanya dibuat, para hadirin yang berada di Dewan Tuanku Canselor (DTC), UMK Bachok turut sama bertafakur dan menyedekahkan bacaan surah Al-Fatihah sebagai tanda penghormatan serta doa buat kedua-dua Allahyarham.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB UMK
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syarikat industri media dan penerbitan, Karangkraf menerima pengiktirafan antarabangsa menerusi ‘Anugerah Organisasi Ikonik yang Membina Dunia Lebih Baik’ untuk Semua sempena Annual Women Economic Forum (WEF) and G100 Global Meet 2026.
Berlangsung di International Youth Centre, Kuala Lumpur, anugerah yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Suriani Ahmad itu merupakan satu simbol penghargaan bermakna terhadap perjalanan Karangkraf sepanjang 48 tahun dalam industri media dan penerbitan, selain mengiktiraf usaha serta sumbangan organisasi itu dalam bidang berkenaan.
Pengerusi Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin berkata, pengiktirafan oleh Women Economic Forum (WEF) itu sebagai sesuatu yang di luar jangkaan.
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan strategik yang telah bekerjasama rapat serta memberi sokongan padu kepada Karangkraf selama ini.
Pengerusi Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin (kiri) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Suriani Ahmad (tengah) dan Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ADLA Group, Datin Dr. Hasnorliza Abu Hassan.
Karangkraf merupakan organisasi media dan penerbitan yang telah pesat berkembang sejak penubuhannya pada tahun 1978. Selama hampir 50 tahun, Karangkraf memainkan peranan prolifik dan signifikan dalam industri media dan penerbitan di Malaysia.
Di samping menjadi dorongan untuk terus menyumbang kepada perkembangan media dan penerbitan yang memberi manfaat kepada masyarakat, pengiktirafan ini juga satu bentuk penghargaan terhadap perjalanan organisasi media secara amnya.
Sebagai konteks, Annual WEF and G100 Global Meet 2026 menekankan kepentingan pemerkasaan ekonomi wanita sebagai usaha memperkukuh institusi keluarga dan komuniti setempat.
Peranan wanita dalam pembangunan negara menerusi bidang keusahawanan, pertanian, penghasilan produk tempatan, kraftangan dan perniagaan digital ini sekaligus menunjukkan betapa pentingnya untuk wanita di Malaysia terus berusaha bagi mencorakkan masa depan negara yang mantap.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Nampaknya selepas ini, bagi anda yang mempunyai beg bagasi pintar ‘skuter’ tidak lagi bebas untuk menggunakan peralatan itu sesuka hati di kawasan lapangan terbang di Malaysia selepas arahan keselamatannya dikeluarkan.
Ini susulan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengeluarkan arahan keselamatan yang melarang penggunaan bagasi pintar atau ‘skuter’ sebagai mod pengangkutan dalam kawasan apron lapangan terbang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapt Norazman Mahmud dalam arahan keselamatan bertarikh 15 November berkata, walaupun bagasi pintar yang boleh ditunggang itu menawarkan kemudahan kepada penumpang namun penggunaannya seperti di apron boleh menimbulkan risiko keselamatan.
Penggunaan beg bagasi pintar ‘skuter’ perlu dinyahaktifkan
Menurutnya, kawasan itu terdapat jentera berat, pesawat, kenderaan perkhidmatan darat dan petugas sekaligus memerlukan pematuhan ketat terhadap peraturan keselamatan untuk mengelakkan kemalangan dan kerosakan peralatan.
“Untuk mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan keselamatan lapangan terbang adalah penting untuk melarang sepenuhnya penggunaan bagasi pintar di kawasan larangan, menetapkan had laju di zon dibenarkan, dan mendidik penumpang dan petugas tentang amalan penggunaan yang selamat,” katanya.
Penggunaan bagasi pintar itu juga tidak dibenarkan digunakan melebihi kawasan tertentu seperti ruang terminal dan zon menunggu selain papan tanda larangan perlu dipasang untuk memaklumkan para pengguna.
Kawasan apron lapangan terbang
Selain itu, bagasi pintar yang dilengkapi motor elektrik perlu dinyahaktifkan sepenuhnya termasuk komponen bateri sebelum dibawa masuk ke kawasan apron.
Petugas di lapangan juga perlu dilatih bagi mengenal pasti bagasi pintar yang boleh ditunggang dan melaksanakan protokol keselamatan untuk mengendalikannya termasuk melaporkan segera sebarang penggunaan di kawasan apron kepada pengendali lapangan terbang atau pekerja keselamatan.
Gambar sekadar hiasan
Penyedia perkhidmatan pengendalian darat perlu memastikan semua petugas mengetahui prosedur yang betul untuk memuatkan, menyimpan dan mengangkut bagasi pintar, terutamanya jika ia mengandungi bateri litium atau komponen elektrik lain yang mungkin menimbulkan risiko keselamatan.
Susulan itu, syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang juga dinasihatkan untuk memaklumkan memasukkan arahan keselamatan itu menerusi pengumuman pra-penerbangan termasuk pada tiket.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 akan datang, proses pendaratan dan pelepasan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dihentikan sementara pada beberapa tarikh bagi memberi laluan kepada raptai serta lintasan udara sambutan berkenaan.
Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), pihaknya memaklumkan ruang udara dalam Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur akan ditutup pada 26 hingga 29 Ogos serta 31 Ogos ini bagi memastikan kelancaran dan keselamatan aktiviti yang dijadualkan berlangsung di Putrajaya.
“Sepanjang tempoh penutupan itu, aktiviti berlepas dan mendarat pesawat berjadual di KLIA akan dihentikan sementara bagi memastikan latihan dan lintasan udara berkenaan berlangsung dengan selamat dan teratur,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, bagi 26 hingga 28 Ogos, penutupan ruang udara akan berlangsung dari 11 pagi hingga 12 tengah hari untuk raptai, manakala raptai penuh pada 29 Ogos dan lintasan udara Hari Kebangsaan pada 31 Ogos masing-masing dijadualkan dari 8.45 pagi hingga 9.45 pagi.
Penutupan sementara itu dijangka memberi kesan kepada pergerakan penerbangan di KLIA dalam tempoh berkenaan, justeru penumpang dinasihatkan menyemak status serta jadual penerbangan terkini secara terus dengan syarikat penerbangan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
“Orang ramai juga mungkin menyedari peningkatan aktiviti pesawat berkaitan dengan acara berkenaan,” katanya, selain menjelaskan bahawa sebahagian penerbangan berkemungkinan mengalami perubahan jadual atau terjejas akibat penggantungan sementara pergerakan pesawat.
Sementara itu, CAAM turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menerbangkan dron atau Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) di kawasan yang terjejas sepanjang tempoh raptai dan lintasan udara kerana operasi tanpa kebenaran boleh mengancam keselamatan pesawat, khususnya yang terbang pada altitud rendah, selain boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Langkah berkenaan dilaksanakan bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan, khususnya acara lintasan udara, dapat berlangsung dalam keadaan selamat dan teratur, di samping mengekalkan aspek keselamatan, sekuriti serta kecekapan pengurusan ruang udara negara.
Sumber: NST
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Iklan promosi CelcomDigi Sepak Takraw League 2026 mencuri perhatian di Bangsar menerusi papan iklan digital kreatif Sooka yang memaparkan aksi saling melibas.