
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sudah 90 orang meninggal dunia akibat denggi di Malaysia dalam tempoh Januari sehingga 20 Jun 2020.

Tanda dan gejala denggi bermula selepas lima ke enam hari digigit nyamuk Aedes Aegypti yang terjangkit:
• Demam panas
• Sakit kepala
• Sakit tulang belakang
• Sakit sendi-sendi
• Loya dan muntah-muntah
• Sakit biji mata
• Ruam

Jika korang mempunyai tanda-tanda ini, segeralah ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan bagi mendapatkan nasihat daripada pakar. Dilaporkan juga, denggi boleh dijangkiti lebih dari sekali seumur hidup. Jadi, luangkanlah masa 10 minit setiap minggu untuk hapuskan tempat pembiakan Aedes aegypti di sekitar kawaan rumah dan pejabat korang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
T.O.P Beri Hint Kumpulan Big Bang Bakal Melakukan Comeback Tidak Lama Lagi

OMG VIPs
Hanya dengan satu klip yang dimuat naik, peminat kumpulan K-pop popular, Big Bang jadi tak keruan.
Jangan risau, kali ini tiada lagi insiden ditangkap polis ataupun disaman di mahkamah.
Semuanya gara-gara rapper karismatik Big Bang, T.O.P memuat naik video yang menunjukkan dirinya berada di studio rakaman dan melontarkan lirik rap terbaru.
Peminat mula mengeluarkan spekulasi bahawa Big Bang sedang giat membuat persediaan untuk muncul dengan comeback single mahupun album baharu.
Setelah menamatkan tempoh latihan ketenteraan, T.O.P memilih untuk menyepikan diri seketika daripada sebarang kemunculan awam.
Berlainan sekali dengan rakan sekumpulannya, Taeyang yang muncul menerusi siri dokumentari berjudul White Night.
Dokumentari 8 episod yang ditayangkan pada setiap hari Isnin itu telah memasuki episod ketiga minggu ini dan ia menunjukkan klip daripada konsert jelajah 2017 Taeyang di Amerika Syarikat.
*
Untuk pengetahuan, YG Entertainment baru memperbaharui kontrak “eksklusif” bersama 4 orang ahli Big Bang pada 11 Mac lalu.
T.O.P, Taeyang bersama G-Dragon serta Daesung bersetuju untuk terus bersama label tersebut. Ini juga menandakan kali ketiga Big Bang memperbaharui kontrak bersama YG Entertainment setelah melakukannya pada tahun 2011 dan 2015.
Kedua-dua tempoh itu disusuli dengan album baharu Big Bang iaitu Alive (2012) dan MADE (2016).
Mungkin sekali kita akan mendengar album terbaru Big Bang tak lama lagi pada tahun ini atau tahun hadapan? Tak sabar!
NEW READ: YG Entertainment ‘Padam’ Wajah & Nama Seungri
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sokong Perancis Di Final Piala Dunia Dengan Jersi Ini, Barulah Ngam

Sukalah peminat team Perancis, malam tadi.
Dalam pertembungan separuh akhir Piala Dunia di antara pasukan Perancis dan Belgium yang disifatkan sebagai antara paling mendebarkan semalam, keputusan berkesudahan memihak Les Bleus dengan jaringan 1 – 0 pada minit ke 51′.
Sememangnya ramai yang sudah menjangkakan saingan sengit antara dua gergasi Eropah ini.
Jadi, sementara menunggu keputusan separuh akhir kedua di antara Croatia dan England malam ini serta perlawanan akhir yang akan berlangsung Ahad nanti, sempatlah lagi korang dapatkan jersi Perancis!

Jersi, juga dikenali sebagai Kit ataupun Strip, telah banyak berubah tahun demi tahun. Bukan saja jersi melambangkan semangat kenegaraan, satu pasukan dan solidariti di kalangan penyokong, ia juga adalah simbol fesyen yang dipakai ke sana sini.
Kata orang, kalau pakai jersi pergi mall tu, tak malu lah!
Sempena musim Piala Dunia ini, why not korang dapatkan jersi original daripada stor JD Sports (The Undisputed King of Trainers) untuk menyokong pasukan seperti Perancis semasa perlawanan akhir.

Selain daripada Perancis, mereka juga ada menjual jersi original pasukan lain seperti Brazil (Nike – RM272.50), Jepun (adidas – RM283.20), Jerman (adidas – RM283.02) dan Sepanyol (adidas – RM283.02). Kalah di pertengahan jalan pun tak apalah, janji jersi mereka cantik!

Bagi yang memang meminati sukan bola sepak pula, JD Sports juga ada menjual bola sepak edisi Piala Dunia seperti di bawah. Beli ikut bajet.

Tawaran ini sah di JD Pavilion Elite, JD Sunway Pyramid dan JD AEON Tebrau City.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Konsert Filomuzika: Kaleidoscope 2024 Platform Danial Chuer Raikan Bakat Pelajar ‘Music Composition’ UiTM

Penyanyi meningkat naik yang juga selaku pengarah Konsert Filomuzika: Kaleidoscope 2024, Danial Chuer sempat berkongsi persediaannya menjelang hari konsert yang berlangsung di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam, pada hujung minggu ini.
Menurut Danial, selain penjagaan kesihatan, pemilihan dan susunan lagu juga menjadi tumpuan utama dalam persediaan agar konsert tersebut berjalan lancar.

“Bagi persediaan sekarang, saya cuma betul-betul menjaga kesihatan saya, memilih dan mengatur lagu. Untuk konsert ini yang mana saya bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi juga sebagai pengarah, ‘hectic’ itu adalah lain.
“Persediaan itu banyak, bermula dengan kertas kerja, pemilihan lagu, pemilihan pemuzik dan sebagainya. Secara asasnya, ia datang daripada saya dan juga penasihat-penasihat saya. Bagi konsert ini juga, kita akan tampilkan lapan penggubah original yang iaitu penggubah oleh para pelajar kita sendiri.
“Dan lagi tujuh lagu lagi adalah daripada lagu mainstream yang sedia ada yang akan diberi nafas baharu dari segi susunan muzik. Pada malam itu, kita nak tunjukkan juga sisi lain muzik itu sendiri,” katanya kepada Remaja.

Dalam pada itu, sepanjang bergelar pelajar, penyanyi lagu hit Erti Sempurna itu turut mendedahkan konsert pada kali ini adalah berbeza daripada persembahan yang pernah dilakukannya sebelum ini kerana bukan sahaja dihadiri para pelajar UiTM, namun dibuka juga buat pencinta muzik di luar sana.
“Sejujurnya saya sangat bangga apabila saya sebagai salah seorang penyanyi yang bakal melakukan persembahan nanti. Konsert kali ini berbeza dengan persembahan yang pernah saya lakukan sebelum ini kerana dapat bekerjasama dengan rakan-rakan menerusi satu pentas.
“Di peringkat UiTM, ini bukan pertama kali saya mengendali program seperti ini, kiranya adalah beberapa kali juga. Cumanya, konsert kali ini sasaran audiens kita berbeza. Jika sebelum ini kita hanya tumpukan buat para pelajar UiTM dan IPTA yang lain tetapi pada kali ini kita buka juga kepada umum.

“Semestinya untuk Filomuzika: Kaleidoscope 2024 ini, saya nak tarik lebih ramai lagi untuk hadir ke konsert ini selain tujuan kami mengadakan konsert ini adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat para pelajar dalam pembikinan dan sususan lagu ini,” tuturnya panjang.
Akhir bicara, bekas peserta Big Stage itu menitipkan harapan agar konsert berkenaan dapat membuka lebih ramai lagi mata-mata di luar sana mengenai jurusan mereka yang bukan hanya sekadar mencipta dan menggubah lagu.

Sekadar informasi, College of Creative Arts (CCA) and the Society of Music Composition Students (MCS) mempersembahkan Konsert Filomuzika: Kaleidoscope 2024 pada 5 dan 6 Januari ini yang bakal berlangsung di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam.
Lapan ‘Original Compositions’ yang ditulis oleh pelajar-pelajar Music Composition dan tujuh Mainstream Songs bersama susunan muzik baharu akan dipersembahkan di Konsert #Kaleidoscope2024.
Selain Danial, penyanyi yang turut melakukan persembahan ialah Aisha Retno, Afiq Adnan, Ash Fasryll dan ramai lagi dan Majalah Remaja sebagai rakan media rasmi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

