Menjadi seorang selebriti memerlukan mereka untuk memberi sepenuh komitmen terhadap kerjaya dan tidak hairanlah sekiranya bintang ternama menolak tawaran berlakon di dalam sebuah drama.
Bukan semua tawaran yang diberikan akan diterima oleh mereka kerana mungkin skrip yang tidak sesuai atau ada percanggahan waktu penggambaran dengan jadual asal. Jadi, tidak timbul soal jika seseorang selebriti itu menolak untuk berlakon dalam sesebuah drama itu. Menolak tawaran berlakon drama mungkin satu perkara biasa dan sudah menjadi asam garam dalam dunia hiburan.
Terdapat beberapa selebriti Korea yang dilaporkan pernah menolak tawaran berlakon, dan apa yang lebih menarik lagi drama-drama itu merupakan drama hit yang digilai peminat seluruh dunia.
Berikut kami senaraikan pelakon Korea yang pernah menolak tawaran berlakon dalam k-drama popular.
Pelakon lelaki ini pada mulanya ditawarkan sebagai watak utama dalam drama Pinocchio yang akan memainkan watak sebagai Kim Ha Myung. Kim Woo Bin menolak peranan itu kerana terdapat percanggahan jaduah penggambaran yang tidak boleh dielakkan. Lee Jong Suk akhirnya dipilih sebagai pelakon lelaki utama dalam kdrama itu.
Suzy ditawarkan watak Hong Seol dalam drama Cheese in the Trap namun terpaksa menolak tawaran itu kerana bantahan kuat daripada netizen yang mengatakan dia tidak sesuai membawa peranan itu. Watak Hong Seol akhirnya diambil oleh Kim Go Eun.
Pelakon lelaki ini ditawarkan watak sebaga Choi Young Do dalam drama The Heirs tetapi dia menolak tawaran itu kerana tidak mahu melakonkan watak sebagai pelajar lain. Peranan itu akhirnya dilakonkan oleh Kim Woo Bin.
Jun Ji Hyun menolak tawaran pelakon utama kerana berasa tidak bersedia untuk kembali sebagai pelakon k-drama. Watak utama itu akhirnya diambil oleh Shin Min Ah.
Jang Geun Suk (Boys Over Flowers)
Foto: Pinterest
Pelakon ini pada mulanya ditawarkan untuk membawa peranan sebagai Goo Joon Pyo dalam Boys Over Flowers namun dia menolak tawaran itu dan menerima watak dalam drama Beethoven Virus. Peranan itu akhirnya diambil oleh Lee Min Ho.
Ads
Song Joong Ki (Moon Embracing The Sun)
Foto: Soompi
Bintang Vicenzo ini mulanya ditawarkan untuk memegang watak utama dalam Moon Embracing The Sun namun dia menolaknya kerana watak itu mirip dengan peranan yang pernah dilakonkannya pada masa lalu. Kim Soo Hyun akhirnya membawa peranan utama itu.
Chun Jung Myung pada mulanya ditawarkan sebagai watak utama dalam drama ini tetapi disebabkan percanggahan jadual penggambaran dia terpaksa menolaknya. Peranan itu akhirnya diterima oleh Gong Yoo.
Watak utama dalam Descendants of the Sun pada mulanya ditawarkan kepada ramai pelakon lelaki, termasuklah Gong Yoo, Won Bin, Jo In Sung dan Kim Woo Bin. Namun kesemuanya menolak kerana pelbagai sebab dan akhirnya peranan itu diambil oleh Song Joong Ki.
Ads
Korang boleh bayangkan tak bagaimana agaknya kalau kdrama-kdrama ini dilakonkan oleh pelakon asal?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan selalu filem Thailand dibawa untuk tayangan di negara kita. Kebiasaan yang dibawa masuk pastinya mencapai tahap box office di negara mereka. Begitu juga dengan Bad Genius, filem yang meraih tahap box office hanya dalam masa dua minggu pertama dengan kutipan lebih THB100 juta. Ia sekali gus menjadikannya sebagai filem terlaris di Thailand setakat ini buat tahun 2017.
Sebelum melangkah kaki ke dalam panggung wayang untuk menonton Bad Genius, harapan yang diletakkan untuk filem ini tidaklah terlalu tinggi. Dalam fikiran, ia mungkin sebuah lagi nashkah karya Thailand yang memaparkan kisah cinta remaja di zaman persekolahan yang berdepan dengan pelbagai cabaran tipikal; hubungan, pelajaran, persahabatan dan keluarga.
Namun sangkaan itu jauh meleset sama sekali. Karya arahan Nattawut Poonpiriya ini cukup ‘licik’ mengetengahkan plot utamanya dan plot sampingan yang disempurnakan oleh barisan pelakon muda yang cukup berbakat. Secara halusnya Bad Genius turut membawa premis perbezaan kelas di antara golongan kaya serta berpengaruh dan juga golongan bawahan yang cukup struggle demi mendapatkan pendidikan terbaik.
Bad Genius membawa kita menelusuri kehidupan Lynn, seorang pelajar genius yang datang dari sebuah tidaklah berapa senang. Dia diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan berjaya mendapatkan biasiswa. Kerja keras bapanya membawa Lynn mendapatkan pendidikan terbaik tercapai, namun segalanya tidak semudah itu.
Sebagai seorang pelajar yang genius Lynn sentiasa mencatatkan keputusan cemerlang. Namun ia berbeza dengan rakan-rakannya yang tidak berapa pandai tetapi memiliki kesenangan hidup; datang dari famili yang kaya. Rakan baiknya, Grace berdepan kesukaran untuk belajar dan berdepan dengan peperiksaan. Atas dasar kasihan, Lynn mula memberikan jawapan untuk Grace menirunya semasa peperiksaan. Dan ituklah detik permulaan di mana Lynn menyedari kemahirannya boleh digunakan untuk dia mendapatkan wang, sekali gus fikirnya; dapat meringankan beban bapanya.
Bermula dari seorang hinggalah menjadi besar, ‘klien’ Lynn diajar olehnya untuk belajar bahasa isyarat dengan gerakan jari nota piano. Dari situ, Lyn tidak menoleh ke belakang lagi sehinggalan dia sanggup terbang ke luar negara bagi membantu rakan-rakannya lulus peperiksaan kemasukan universiti antarabangsa dikenali sebagai STIC.
Apa yang menarik perhatian Remaja ialah kebolehan lakonan pelakon utamanya, Chutimon Chuengcharoensukying menggalas yang cukup hidup melakonkan karakter Lynn. Yang membuatkan kami cukup kagum lagi, ini merupakan filem pertama lakonannya yang sebelum ini bergelar sebagai peragawati/model terkenal di Thailand.
Bad Genius merupakan filem antarabangsa yang terbaik kami tonton sepanjang 2017! Go watch it now!
Rating – 4/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demi menghargai pasukan yang telah menabur khidmat dalam menjayakan perniagaannya, aktres Nur Fazura baru-baru ini dilihat sibuk menyusun dan mengagihkan beg-beg berjenama mewah, Coach untuk diberikan kepada para pekerjanya yang terdiri daripada lelaki dan wanita.
Kelibat Fazura, 39 itu dapat dilihat dalam sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh DJ Sonic Hussein. Turut kelihatan dalam video tersebut ialah suaminya, Fattah Amin sewaktu berada di kaunter pembayaran.
Difahamkan, nilai belian yang dihabiskan oleh Fazura di butik fesyen yang berasal dari Amerika Syarikat itu telah mencecah puluhan ribu Ringgit!
“Fazura berhabis puluhan ribu ringgit untuk hargai staf. Fazura juga belanja saya beg! Terima kasih,” tulis DJ Sonic.
Perkongsian berkenaan telah menarik perhatian netizen yang membanjiri ruangan komen dengan memuji betapa baik hatinya bos seperti Fazura kerana tidak pernah berkira dengan ahli pekerjanya terutamanya menjelang bulan Syawal ini.
Terdahulu, jelitawan itu dilapor media tempatan berjaya meraih RM5.4 juta dalam tempoh sejam apabila 200,000 helai koleksi tudung terbaharunya, Rahmat Ramadan habis terjual secara atas talian pada bulan Februari lalu. Setiap helaian dijual pada harga RM27, lantas menjadi penyebab utama ramai pelanggan ‘menyambar’ sebelum kehabisan stok.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jumlah kematian di Itali akibat COVID-19 dilaporkan meningkat hari demi hari dan negara tersebut mencatatkan kes jangkitan sebanyak 17,660 pada laporan empat hari lepas. Wilayah Lombardy dikatakan paling teruk terjejas, menyaksikan penutupan sepenuhnya kilang dan pejabat di kawasan tersebut.
Kerajaan negara tersebut telah pun melaksanakan langkah drastik dengan menutup bar, restoran dan kebanyakan kedai, selain menyekat perjalanan yang tidak penting dalam usaha untuk menangani penularan wabak.
Ekoran daripada sistem lockdown yang dijalankan di Itali, seorang pengguna di twitter berkongsi gambar dan mengatakan bahawa tahap pencemaran nitrogen dioksida menurun secara drastik di sebahagian tempat di Itali gara-gara pengisytiharan darurat yang dilaksanakan di negara tersebut.
Gambar ini menunjukkan betapa jernihnya sumber air mereka dan menurut penduduk Venice, selama 60 tahun air di sungai tersebut tidak pernah kelihatan jernih.
Ala, terusan yang selalu pelancong menaiki gondola tu.
Khabarnya kualiti udara dan pencemaran semakin membaik selepas beberapa ketika tidak dikunjungi oleh orang awam.
Ya, mungkin bumi memerlukan masa ‘rehat’ dan sekurang-kurangnya ini adalah berita positif yang kita terima.