Sudah menjadi lumrah, ramai orang gemar memuat naik foto percutian mereka sebagai tanda kenangan. Ada berbagai gaya dan cara bergambar bagi menggambarkan keseronokan yang sedang dialami ketika percutian itu.
Sesetengahnya beranggapan, itulah gaya gambar terbaik dan memberikan kenangan manis apabila pulang semula ke rumah. Biasanya gambar-gambar ini akan di “post” ke facebook, Instagram, twitter untuk mendapat tanda suka dan komen dari rakan-rakan yang mengenali.
Tapi di sebalik keghairahan memuat naik gambar ke ruang peribadi, ada sesetengah gaya gambar sebenarnya sangat tidak mendapat tempat di hati pengguna media sosial lain. Satu penelitian yang dilakukan oleh agensi kapal persiaran mewah di London, Bolsover Cruise Club telah menjalankan kaji selidik gaya gambar paling tidak disukai netizen dan boleh mendatangkan kritikan buat mereka.
Jom tengok gaya gambar bagaimana paling tidak disukai oleh netizen media sosial?
Selfie – Berita buruk untuk mereka yang suka selfie, kalau selama ini korang rasakan inilah aksi paling best sebab tangakap gambar sendiri, tetapi gaya inilah dianggap paling buruk oleh netizen kerana aksi-aksi dan anglenya. 34 peratus dari mereka yang ditemubual mengatakan tidak suka melihat foto selfie orang yang sedang berlibur. Gaya ini dianggap sebagai tidak kena dan tidak sesuai tetapi gaya inilah paling selalu di muat naik di media sosialkan. Hurmm, apa pandangan korang mengenainya?
Gaya kaki – Selalu ada aksi gaya kaki sajakan. Sama ada tengah berjemur di tepi pantai dan lokasi-lokasi lain. Tapi inilah aksi gambar paling tidak disukai juga.
Ads
Pasangan pamer kemesraan – Ok, inilah aksi ketiga yang tidak suka dilihat di kalangan netizen terutama bagi pasangan yang sering mempamerkan kemesraan dengan aksi melampau. 17 peratus netizen mengakui merasa “intimasi” dengan pose ciuman bersama pasangan. Ok, tak tahulah apa pandangan korang tentang ini pula!
Pura-pura candid – Haha, ini antara aksi yang selalu adakan. Pose depan cermin dan kemudian refleks diri sendiri. Seolah-olah itulah tanda paling macho dan cun habis. Biasa buat bila ke gym dan selepas bersenam. Konon nak tengok apa perubahan pada bentuk badan atau yang suka nak tunjuk cantik. Kata netizen, mereka tidak kisah jika gambar itu betul-betul candid tetapi yang mereka tak suka dan benci ialah sikap berpura-pura itu.
Ads
Gambar tunjuk @ pegang bangunan – Ini juga antara aksi selalu dibuat oleh kebanyakan mereka yang bercuti. Gambar pegang matahari, pegang bangunan dengan hujung jari telunjuk, seolah-olah bangunan atau objek itu ada berdekatan dengan gambar. Sebanyak 14 peratus netizen merasakan mereka terasa terganggu dengan jari telunjuk itu yang mana ia menutup kecantikan sebenar gambar yang ingin dirakamkan. Wow, kita ingatkan dah amazing dapat peluk atau tunjuk bangunan tapi rupanya orang tak suka aksi tu.
Gaya melompat ke udara – Saat matahari nak terbenam, kita akan buat aksi lompat khususnya di tepi pantai. Buat pula ramai-ramai, ada yang boleh lompat tinggi tak kurang juga separuh darinya. Tapi rupanya gaya ini dianggap sudah konvensional kerana 11 peratus netizen tidak menyukai aksi ini semasa percutian.
Gaya 7 -9 – Gaya lain tidak disukai ialah aksi pose pura-pura menjauhi kamera, menulis nama atau sesuatu di atas pasir dan terakhir ialah bergambar di ikon tempat perlancongan seperti bangunan dan patung.
Cool je kan bila tengok view begini…Ini gambar di Grand Canyon
Tapi ada gambar paling disukai oleh netizen. Foto pemandangan adalah foto paling suka dilihat oleh pengguna media sosial kerana ia mengundang pelbagai perasaan. Sama ada mengkagumi, menghargai dan berbagai perasaan lagi.
Tak kisahlah apa aksi dan gaya gambar yang korang nak muat naik di media sosialkan, asalkan dengan niat bukan untuk mendapat banyak like sebaliknya adalah untuk kepuasan diri sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon dan penyanyi era 1980-an, Isma Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail yang meninggal dunia pada pagi Rabu di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, Selangor.
Menurut kenyataan ahli keluarga, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 8.30 pagi. Berita duka itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan ringkas yang dikongsikan kepada umum.
“Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirojiun, Isma Alif atau Latiff telah menghembuskan nafasnya, kembali kepada penciptanya baru sekejap ini. Jenazahnya masih di rumah,” tulis kenyataan tersebut.
Isma Aliff meninggal pada usia 62 tahun.
Sementara itu, menurut adik Allahyarham yang dikenali sebagai Angah memaklumkan, Isma Aliff sudah lama berdepan masalah kesihatan dan keadaannya dilaporkan semakin merosot sejak seminggu lalu.
Isma Aliff (62) merupakan antara figura popular era 1980-an yang mewarnai dunia hiburan menerusi pelbagai drama, filem dan program hiburan. Selain bergelar pelakon dan penyanyi, Allahyarham juga aktif sebagai pelawak serta pengacara.
Beliau sering digandingkan bersama rakan-rakan komedi tanah air pada zaman kegemilangannya, sekaligus mencipta momen hiburan yang masih diingati peminat sehingga kini.
Kredit foto: FB SIAR
Terdahulu, Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Ampang selepas mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru sehingga ditidurkan pada 15 Disember 2023.
Pemergian Isma Aliff pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, rakan artis serta peminat yang membesar dengan karya dan jenaka beliau, sekaligus menutup satu lagi lembaran penting dalam sejarah hiburan tanah air.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah masuk hari ke enam kita berada di bulan Ramadan yang mulia lagi penuh keberkatan. Dalam memikirkan nak masak apa untuk berbuka nanti, kami syerkan resipi ayam bakar berempah hasil masakan Pari Malar Thiraisingam yang dikongsikan di blog Masak Apa Hari Ini (MAHN). Menariknya resipi ini telah dikongsikan oleh 28k pengguna. Nampak sangat sedap dan rasanya pasti mengancam.
Ayam bakar berempah ini sesuai dimakan begitu saja atau makan dengan nasi ketika berbuka. Fuhh, memang menambah dua pinggan jawapnya. Lagipun bahan-bahannya agak mudah untuk kita dapati.
Jom try ayam bakar berempah petang nie..
Ayam bakar berempah
Bahan-bahannya :-
1 ekor ayam potong 4
1 labu bawang putih kisar
2 cm halia kisar
1 bawang merah kisar
4 sudu besar gula merah
1 kiub ayam hancurkan
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar kunyit
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk kasar jintan manis (buat sendiri)
1 sudu besar serbuk kasar jintan putih (buat sendiri)
Garam
3 sudu besar jus limau
2 sudu besar butter untuk disapukan atas ayam selepas keluar dari ketuhar
Gunakan pisau tajam dan buat potongan halus di atas ayam.
Cara memasak :
Gaul semua bahan dan sapukan di ayam. Perap selama 2 jam. Bakar diketuhar 250c selama 60 mins.
Nah, siap untuk menu berbuka korang nanti
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti, bakal mengubat rindu peminatnya di Malaysia menerusi Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti yang dijadualkan berlangsung pada Jun ini.
Krisdayanti, atau mesra disapa KD, merupakan antara penyanyi Indonesia yang terus memikat hati peminat di Malaysia sejak pertama kali mencuri perhatian dengan lagu Menghitung Hari lebih tiga dekad lalu. Konsert yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung pada 22 Jun 2025, jam 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Konsert ini dijangka akan memberi momen penuh nostalgia buat peminat yang merindui penampilan KD selepas kali terakhir beliau mengadakan konsert di Malaysia pada 2017 menerusi Konsert Romansa Krisdayanti.
Bagi Krisdayanti, konsert ini amat istimewa sebagai medium untuk terus mengeratkan hubungan cinta dan kasih sayang yang telah terjalin sekian lama dengan peminat di Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.
“Saya akan membawa penonton mendengar dan kembali mengingati lagu-lagu yang penuh nostalgia cinta diiringi pemuzik di bawah pengarah Erwin Gutawa.
“Saya akui bertuah kerana terus disayangi dan diterima baik dan saya berharap terus mendapat sokongan anda semua hadir pada malam Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti nanti,” kata Krisdayanti.
Malam penuh cinta itu pastinya akan menjadi kenangan manis antara KD dan peminatnya, dengan deretan lagu hits yang sentiasa menjadi siulan ramai.
Baru-baru ini, penampilan KD di pentas akhir Gegar Vaganza 11 turut mencuri perhatian ramai, menunjukkan dirinya yang sentiasa anggun meskipun bakal memasuki usia 50 tahun pada Mac ini.
Tiket untuk Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti akan mula dijual di UberTickets bermula 23 Februari 2025. Peminat boleh mendapatkan tiket mereka melalui platform tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.