8 Resipi Mudah Minuman Detoks Yang Sedap & Sihat Untuk Korang Amalkan

Share

Ramai yang memilih untuk mengamalkan pengambilan minuman detoks kerana manfaat yang diperoleh sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.

Apa yang paling best, minuman ini dapat membantu untuk menurunkan berat badan.

Nak menyediakan minuman detoks ini juga tidaklah begitu susah dan kosnya juga tak terlalu mahal.

Minuman ini baik untuk diamalkan dalam dua kali seminggu. Kalau korang nak try, berikut kami senaraikan beberapa resipi ringkas minuman detoks yang menyelerakan.

1. Teh hijau + daun pudina + limau nipis

Foto: Medical News Today

Bahan-bahan:

– 1 uncang teh hijau
– Jus limau nipis (1 biji)
– 2 helai daun pudina
– Segelas air putih

Minum ketika suam atau sejuk, ia dapat membantu proses pembakaran lemak dan melancarkan proses pencernaan.

2. Kiwi + strawberi

Foto: Eating Richly

Bahan-bahan

– 1 biji kiwi (hiriskan)
– 2 biji strawberi (dibelah dua)
– Segelas air putih

Sejukkan minuman ini sebelum diminum untuk rasa yang lebih enak. Buah kiwi kaya dengan vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta dapat mengeluarkan toksin, manakala strawberi bagus untuk kulit korang.

3. Timun + lemon + halia + daun pudina

Foto: Living Fresh Daily

Bahan-bahan:

– Timun (dihiris)
– ½ lemon (dihiris)
– ½ inci halia (dihiris)
– 7 helai daun pudina
– 1 jag air

Campurkan kesemua bahan dan biarkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 2 hingga 3 jam. Air detoks ini dikatakan mampu untuk membantu mengempiskan perut.

4. Grapefruit + halia + lemon + limau nipis + daun pudina

Foto: Martha Stewart

Bahan-bahan:

– 1 biji grapefruit
– ½ batang timun
– ½ biji lemon
– 1 biji limau nipis
– Satu jag air

Campurkan bahan-bahan tersebut dengan beberapa helai daun pudina. Simpankan di dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum sedia untuk diminum. Khasiat yang diperoleh daripada grapefruit adalah membantu dalam pembakaran lemak, manakala lemon dan limau nipis bertindak menyingkirkan toksin dalam badan.

5. Strawberi + tembikai + daun pudina

Foto: Freepik

Bahan-bahan:

– 5 potong tembikai yang kecil
– Secawan strawberi
– 1 jag air

Kesemua bahan dicampurkan dan dimasukkan di dalam peti sejuk selama 4 hingga 6 jam sebelum diminum. Minuman ini berfungsi sebagai anti-radang dan untuk mencantikkan kulit.

6. Epal hijau + epal merah + kayu manis

Foto: Medical News Today

Bahan-bahan:

– 1 biji epal
– 1 biji epal merah
– 1 batang kayu manis

Epal hijau dan merah dihiris, kemudian dimasukkan ke dalam air putih bersama kayu manis. Sejukkan di dalam peti ais selama 1 jam sebelum diminum.

7. Halia + lemon

Foto: Distillata

Bahan-bahan:

– ½ halia
– 1 hirisan lemon
– Segelas air putih

Selain bahan-bahan yang mudah didapati, minuman detoks ini juga baik untuk sistem penghadaman dan pencernaan korang.

8. Lemon + pudina

Foto: Eat Yourself Skinny

Bahan-bahan:

– 1 hirisan lemon
– Daun pudina
– Segelas air putih

Juga mudah disediakan, minuman ini mampu membantu sistem tubuh menyahtoksin dan memecahkan lemak.

Walau bagaimanapun, korang tidak boleh hanya bergantung kepada rutin minuman detoks sahaja jika inginkan badan yang ramping dan sihat.

Pemakanan diet seimbang serta workout juga sangat membantu untuk buatkan korang lebih cepat kurus.

Tak percaya? Try lah!

IKLAN