Dengan semangat untuk meraikan ulang tahun ke-40 pencarian Dewi Remaja, REMAJA pasti ramai yang sudah sabar lagi menantikan tarikh uji bakat terbuka Dewi Remaja 2025 yang bakal berlangsung pada Sabtu, 26 Julai 2025 ini.
Bertempat di The Saujana Hotel Kuala Lumpur (berhampiran dengan Ara Damansara, Selangor), uji bakat terbuka ini dijangka akan menarik ratusan gadis-gadis tempatan dari segenap pelusuk Malaysia untuk mencuba nasib memartabatkan masa hadapan mereka sebagai seseorang yang boleh memberikan inspirasi kepada generasi baharu.
Top 5 Dewi Remaja 2018/19, Anna Jobling.Naib juara Dewi Remaja 2019, Adriana Ghafar
Saban tahun, korang pernah pun melihat kelibat para peserta yang berada di uji bakat Dewi Remaja, bukan? Begitupun, kami percaya ramai yang masih tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk mereka mempersiapkan diri sebelum berdepan dengan barisan juri yang dilantik kali ini?
Nah! REMAJA kongsikan 10 tip agar korang tampil lebih bersedia pada hujung minggu ini.
Apa Yang Perlu Dibawa?
Bawa salinan kad pengenalan (bahagian depan dan belakang) dan minimum dua keping foto berukuran 4R.
Nak Pakai Baju Apa?
Baju berwarna putih, seluar denim biru dan kasut tumit tinggi. Untuk yang berhijab, pastikan pemakaian hijab anda kemas.
Juara Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol.Top 5 Dewi Remaja 2019, Syamira Nazir
Ads
Umur Saya Layak Kah?
Uji bakat pencarian Dewi Remaja 2025 terbuka hanya kepada gadis warganegara Malaysia berusia 18 hingga 25 tahun (pada 31 Disember 2025). Peserta perlulah berketinggian 152cm ke atas dan belum pernah berkahwin / bujang.
Berapa Peringkat Yang Perlu Dilakui Untuk Uji Bakat Terbuka?
Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui oleh peserta uji bakat yang berjaya.
Peringkat 1: Pendaftaran diri
Peringkat 2: Uji bakat tertutup dengan barisan juri pertama.
Ads
Peringkat 3: Uji bakat tertutup dengan barisan juri kedua.
Peringkat 4: Sekiranya anda berjaya melepaskan diri dan memperolehi kad ‘Tahniah’, anda akan ditemubual secara tertutup oleh pohak produksi dan foto profil anda akan dirakamkan oleh penganjur.
Dewi Favourite 2018/19, Arena WanJuara Dewi Remaja 2019, Shaza BaeJuara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin.
Di Manakah Saya Boleh Dapatkan Info Lanjut?
Info lanjut dan kemas kini uji bakat Dewi Remaja 2025 boleh diketahui menerusi laman web rasmi, wwww.remaja.my/dewi dan di media sosial Remaja seperti Instagram, TikTok, Facebook dan YouTube.
Ads
Apakah Kriteria Yang Dicari Oleh Juri?
Yakin, bercita-cita tinggi, berketerampilan menarik, positif, mempunyai karakter dan aura tersendiri, berani dan komited untuk menyertai Dewi Remaja 2025.
Top 5 Dewi Remaja 2018/19, Tunku Affie Rania Tunku Fauzi.
Apa Persediaan Yang Boleh Dilakukan Berbaki 2 Hari Lagi?
Just be confident. Ketahui sebab dan niat anda untuk menyertai Dewi Remaja 2025. Lakukan sedikit homework mengenai Majalah Remaja dan sejarah pencarian Dewi Remaja. Selain itu, anda juga perlu bersedia untuk menyerlahkan apa sahaja bakat yang ada di hadapan juri kelak.
Finalis Dewi Remaja 2023, Dr. Adrina Kamarudin.
Adakah Saya Perlu Persembahkan Bakat Saya?
Tentulah! Tidak kiralah jika anda memilih untuk berlakon, menyanyi, mengacara dan apa-apa bakat lain yang anda punyai, kami terbuka untuk melihatnya. Dari situ, kami boleh tentukan sekiranya anda berpotensi dan sesuai untuk dipilih sebagai salah seorang finalis Dewi Remaja 2025.
Haa, kalau korang tidak mempunyai idea untuk melakonkan watak apa dan skrip bagaimana, REMAJA boleh cadangkan agar korang melakonkan babak di bawah yang dipetik daripada drama popular masa ini; Thariq Ridzuwan, His Treasure.
Muka surat 1.Muka surat 2.Muka surat 3.Muka surat 4.Muka surat 5.Muka surat 6.Muka surat 7.
Good luck girls and see you there!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah seminggu kelahiran anak sulung kepada Fattah Amin dan isterinya, Nur Fazura, akhirnya pasangan glamor tersebut telah mendedahkan nama cahaya mata perempuan mereka seperti yang dijanjikan.
Terdahulu selepas kelahirannya pada hari Jumaat (2 Oktober) lalu, Fattah dan Fazura masing-masing menerusi akaun Instagram mereka memohon masyarakat agar memahami keputusan mereka untuk merahsiakan nama serta wajah anak mereka selama seminggu selaras dengan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Hari ini setelah genap tujuh hari, Fattah dan Fazura mendedahkan nama anak mereka ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah.
Seloroh mereka menerusi Instagram @fattzuralovelife, ‘Fatima’ berkata, “Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.
“Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia!” catat mereka menerusi akaun Instagram khas itu.
REMAJA tertarik dengan makna di sebalik nama Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah.
Ia bermaksud..
Nur : Cahaya
Fatima : Puteri Rasullulah SAW, Yang Tidak Menyusu Lagi
Aisya : Isteri Rasullulah SAW, Hidup Bahagia
Abdul : Hamba Allah
Fattah : Penakluk
Indah bukan!
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Fattah dan Fazura.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah segala spekulasi yang berterbangan sejak akhir tahun lalu, akhirnya selebriti dan usahawan, Neelofa selamat diijab kabulkan kepada pasangannya, pendakwah Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, 26 kira-kira jam 11,30 pagi tadi.
Pada majlis yang telah disempurnakan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor itu, Neelofa menerima mas kahwin sebentuk cincin dan beberapa hantaran yang wajib saja.
“Syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT. InsyaAllah,” kata mereka.
Kredit Foto : Wedlocx.co.
Serba Putih
Kerjasama yang pernah berputik di antara keluarga Neelofa dengan pereka majlis Reka Teemor untuk majlis pernikahan Mohd Aqief dan Noor Nabila terus terjalin. Sekali lagi, Reka Teemor dipilih keluarga mereka untuk merealisasikan impian dekorasi Neelofa-PU Riz pula.
Biarpun berdepan sedikit kekangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) sejak hujung tahun lalu, segalanya berjaya dilaksanakan dalam masa sebulan saja.
Tema putih melambangkan kesecuian ikatan yang dibina oleh Neelofa dan PU Riz sejak mendalami diri masing-masing pada tahun 2019.
Kata Neelofa, “Kami sebenarnya mula berjumpa pada tahun 2017 dan pertama kali bekerjasama pada tahun 2018.
“Hanya setahun selepas itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing. Dia (Haris) merupakan seorang yang baik, lemah lembut dan matang. Dia juga seorang pendengar yang baik yang selalu cuba membantu bila saya berdepan kesukaran atau sebarang masalah. Banyak perkara boleh kami bincangkan dan itu membuatkan saya selesa.
“Sebagai persediaan untuk menjadi isteri ini, saya kerap bertanya kepada ibu dan rakan terdekat. Saya juga berkesempatan menghadiri kelas khusus persediaan memasuki alam rumah tangga dan banyakkan membaca.”
Soal Zuriat
Biarpun sedang sibuk dengan pelbagai urusan melibatkan perniagaannya, Neelofa tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan zuriat pada masa yang terdekat.
“Soal zuriat, saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki pada masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka,” tuntas Dewi Remaja 2009/2010 ini.
Semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa mekar diiringi doa semua yang mengenali mereka. Bukan mudah untuk Neelofa dan PU Riz tiba ke saat ijab kabul ini dan REMAJA harap agar keluarga baharu ini terus diberkati serta dirahmati olehNya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Namanya pernah viral selepas kemunculan dalam Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) sebagai pembawa trofi menarik perhatian penonton. Malah, Remaja juga pernah menemu bual anak muda yang berusia 19 tahun ini, Jabir Meftah.
Tidak mahu melepaskan peluang yang ada, Jabir turut mengambil kesempatan untuk datang ke sesi uji bakat Hero Remaja 2020.
"Jabir masuk Hero Remaja sebab Jabir nak jadikan semua orang yang pada hari ini seorang juara. Macam mana Jabir nak buat? Kena tunggu.. Hehe!
"Jabir nak buat satu perubahan yang orang selalunya jadikan sebagai satu standard dalam pertandingan. Beauty and brain. Jabir nak bawa pendekatan ketiga iaitu budi bahasa. Semua orang ada beauty dan brain tapi tak semua memiliki budi bahasa,"
"Selain itu, Jabir juga ada misi untuk mengajak anak muda bersama-sama menggiatkan kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, kalau kita lihat 50 tahun lepas dan hari ini, boleh dikatakan hampir 50 peratus pokok-pokok telah pun ditebang. Jadi, tahun depan Jabir mempunyai misi untuk menanam 1 juta pokok dan saya perlukan sokongan anak muda untuk menjayakan matlamat ini," jelas Jabir.
Good luck kami ucapkan buat Jabir dan semua peserta uji bakat yang hadir hari ini. Untuk korang yang masih ingin mencuba nasib dalam Hero Remaja 2020, jangan lupa datang esok di hari terakhir uji bakat.
Pendaftaran bermula jam 9 pagi sehingga jam 4 petang di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam.
See you guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!