Pelembap dengan tekstur gel yang ada dalam produk ini memberikan penghidratan yang tahan lama untuk kulit wajah, mengandungi arbutin yang dapat membantu meringankan nada kulit dan bintik-bintik gelap bagi menjadikan kulit lebih licin.
Tambahan vitamin C dapat memulihkan kembali penampilan kulit kusam yang disebabkan oleh sinaran UV. Ia juga dapat memberikan keseimbangan pada pH kulit dan jangan risau kerana produk ini bebas daripada wangian, minyak mineral, alkohol dan pewarna.
2. Elianto Calming & Moisture Texas Aloe Vera Soothing Gel 300ml
Pelembap ini dapat memberikan keselesaan untuk kulit sensitif dan paling penting, ia dapat mengawal minyak yang berlebihan. Mengandungi 99% kandungan lidah buaya yang mampu mengatasi masalah dan melembapkan kulit. Produk ini bebas daripada paraben, pewarna tiruan, minyak mineral, minyak haiwan dan silikon. Gel ini tidak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit.
Pelembab yang memberi bauan daun teh dan mudah resap ke dalam kulit wajah. Ia dapat membantu mengawal minyak dan memastikan kulit muka dalam pH yang sepatutnya dan lebih menarik lagi, ia tidak mengeringkan kulit korang.
Ads
Selepas beberapa kali penggunaan, korang akan merasakan kulit jadi lebih ringan, bebas jerawat dan kekal segar walaupun setelah seharian berada di luar.
4. OLAY Regenerist Revitalising Hydration Cream SPF 15
Menyediakan penghidratan optimum pada siang hari dan melindungi kulit daripada sinaran UVA/UVB yang berbahaya dengan SPF 15. Ia membantu mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit.
Selain itu, produk ini juga dapat mengawal kulit berminyak dan memperbaharui lapisan permukaan kulit dengan sempurna.
Krim pelembap ini mengandungi perlindungan UV tambahan, SPF15 yang memberi kesan dalam melindungi kulit daripada cahaya yang merbahaya. Ia turut membantu untuk menyelesaikan masalah seperti garis penuaan, kulit berminyak, kusam dan tidak sekata. Kesan seawal tiga minggu dapat dirasai dengan tekstur ringan dan lembut pada kulit wajah.
Menjadikan kulit lembap sepanjang hari dengan krim daripada bahan dasar air dan membantu mengawal minyak yang berlebihan pada wajah. Produk ini telah diuji secara klinikal dan selamat untuk digunakan.
Krim pencerah dan pelembap ini mengandungi volcanic mineralite dan ekstrak pemutih lemon yang membantu melawan masalah kulit dalam satu sapuan. Produk ini juga dapat mengawal minyak yang berlebihan dan menutup pori-pori besar agar kulit kekal dalam pH yang diperlukan.
Bukan itu saja, ia membantu mencerahkan kulit dan mengekalkan kelembapan pada kulit supaya bebas minyak.
Krim gel ringan dan tidak berminyak ini sesuai untuk digunakan setiap hari agar kulit licin dan bebas minyak. Diperkaya dengan ramuan istimewa yang memberikan tiga manfaat iaitu menyerap dengan cepat ke dalam kulit, menghidratkan kulit dan memberi kulit licin sempurna.
Krim ini telah diuji secara dermatologi, bukan komedogenik, bebas minyak mineral dan paraben.
Dalam lapan jenis produk ni, ada ke yang korang pernah guna?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
PELAJAR jurusan undang-undang dari Republik Czech, Krystyna Pyszková dinobatkan sebagai Miss World 2024 dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan di Mumbai, India, pada malam Sabtu lepas.
Gadis cantik berusia 25 tahun ini berjaya mengalahkan 112 peserta yang lain untuk merebut gelaran tersebut.
Isu Penjagaan Kesihatan Wanita
Memberikan jawapan bernas ketika ditanya tentang isu berkaitan penjagaan kesihatan wanita, yang mana dia berpandangan bahawa masyarakat harus membuang stigma dan rasa malu untuk membicarakan perihal menstruasi (haid).
Dia yang juga seorang model berkata’ menjadi wanita adalah satu anugerah’ dan menstruasi tidak sepatutnya menjadi subjek tabu.
Impian Jadi Kenyataan
Malah, Krystyna Pyszková yang teruja dengan kemenangannya turut menyatakan impiannya menjadi kenyataan.
“Menjadi Miss World adalah impian yang menjadi kenyataan. “Saya amat berbesar hati untuk mewakili negara saya dan nilai-nilai ‘kecantikan dengan tujuan’ di platform global,” kata Pyszkova.
Miss World 2023, Karoline Bielawska dari Poland, menyerahkan mahkota kepadanya Krystyna Pyszková. Malah, para peserta memakai skirt dan blaus bersulam tebal serta menari mengikut lagu popular Bollywood. Pertandingan ratu cantik itu kembali ke India buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun.
Di sini Shetty dari India telah tersingkir selepas mara ke peringkat lapan akhir. Enam wanita India telah memenangi gelaran itu, termasuk Reita Faria (1966), Aishwarya Rai (1994), Diana Hayden (1997), Yukta Mookhey (1999), Priyanka Chopra (2000) dan Manushi Chillar (2017).
Pertandingan Miss World ke-71 itu dihoskan oleh pembuat filem Bollywood Karan Johar dan Miss World 2013, Megan Young dari Filipina.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…
Chatnalin Chotjirawarachat bukanlah nama asing dalam dunia ratu cantik di Thailand. Ogos lalu, dia dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat Miss Universe Thailand 2023. Namun langkahnya tidak terhenti di situ.
Gadis dengan ketinggian 178cm ini kemudiannya dipilih untuk menyandang gelaran Miss Intercontinental Thailand 2023 bagi mewakili negaranya ke peringkat antarabangsa. Pemilihannya terbukti tepat apabila dia berjaya menggondol gelaran juara.
Menerusi kemenangannya, ini menjadikan dirinya sebagai wakil kedua Thailand yang bergelar Miss Intercontinental selepas Patraporn Wang memenanginya pada tahun 2014.
Dilahirkan pada tahun 1998, kemenangan Chatnalin bukanlah mudah. Dia perlu mengalahkan lebih 63 peserta lain yang memberi saingan kompetitif dalam pusingan pakaian renang, gaun petang, kostum nasional serta temuduga tertutup.
Selain Chatnalin, kedudukan naib juara dimenangi oleh Christina Villegas dari Mexico, manakala pemenang tempat ketiga dan keempat ialah Lê Nguyễn Ngọc Hằng dari Vietnam dan Sara Damnjanović dari Serbia.
Miss Intercontinental Malaysia 2023, Lindsey Yap gagal untuk mara ke peringkat top 22 sekaligus akur sebagai peserta pertandingan sahaja. Kali terakhir Malaysia berjaya termbus ke peringkat separuh akhir adalah menerusi perwakilan Poorani Rajoo pada tahun 2021.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkahwinan di antara Puteri Beatrice dan Edoardo Mapelli Mozzi mungkin sudah berlangsung lebih setahun lalu. Namun momen cucu kepada Ratu Elizabeth II muncul di khalayak ramai menggayakan busana milik nendanya itu menarik perhatian, tidak kurang ramai tersentuh hati melihat busana tersebut ‘dihidupkan’ kembali.
Berkahwin pada 17 Julai 2020, pekahwinan pasangan ini sebelum itu pernah terpaksa ditunda disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Majlis yang dilangsungkan di The Royal Chapel of All Saints di Royal Lodge Windsor itu hanya diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat sahaja.
.
.
Berbicara mengenai gaun kembang ikonik tersebut, gaun rekaan pereka fesyen Norman Hartnell itu dipakai oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 1962 ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem Lawrence of Arabia di Odeon, Leicester Square, London.
Gaun yang direka dengan tali halus dibahagian bahu ini diserikan dengan perincian pada bahagian badan bagi memberikan sentuhan yang regal dan mewah. Menariknya khas untuk majlis perkahwinan tersebut, Angella Kelly dan Stewart Parvin yang selalu bekerja untuk Ratu Elizabeth II telah ditugaskan untuk memberi sentuhan khas dan juga menyedang busana tersebut agar terletak cantik pada tubuh Puteri Beatrice.
.
.
Busana asal digayakan oleh Ratu Elizabeth II tanpa tekaan lengan yang menutup bahu, namun untuk perkahwinan ini elemen tersebut ditambah agar nampak lebih sopan bagi sebuah majlis perkahwinan di gereja. Menambah lagi keserian Puteri Beatrice, dia turut mengenakan tiara dipakai nendanya ketika perkahwinannya pada tahun 1947.
Dalam perkembangan terbaharu, Puteri Beatrice sedang mengandung anak sulung dan dijangka bakal melahirkan pada musim luruh yang akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!