7 Universiti Mesir Mungkin Dikeluarkan Dari Senarai Akta Perubatan 1971

Share

Perhatian kepada individu yang ingin melanjutkan pengajian dalam jurusan perubatan di Mesir, korang wajib memenuhi syarat kelayakan minimum kemasukan yang ditetapkan kerajaan Malaysia bagi mengelakkan masalah pengiktirafan pengamal perubatan di negara ini.

Foto: Free Malaysia Today (Gambar hiasan)

Perkara ini telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Perubatan Malaysia (MPM) ke-407, selepas menerima pemakluman berhubung pengurangan tempoh pengajian melibatkan tujuh universiti di Mesir.

Presiden MPM, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya menerima pemakluman iaitu daripada enam tahun kepada lima tahun pengajian bagi kesemua tujuh buah universiti Mesir yang diiktiraf MPM, seperti yang tersenarai dalam Jadual Kedua, Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

Tujuh universiti tersebut adalah Universiti Iskandariah, Universiti Ain Shams, Universiti Cairo, Universiti Tanta, Universiti Mansoura, Universiti Zagagig dan Universiti Al-Azhar.

Universiti Al-Azhar (Foto: Medic Mesir)

Beberapa siri perbincangan diadakan MPM bersama pelbagai pihak termasuk Kementerian Pengajian Tinggi Mesir sebelum memutuskan seseorang itu wajib memenuhi syarat kelayakan minimum kemasukan iaitu sekurang-kurangnya lepasan matrikulasi atau asasi atau pra-universiti atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau A-Level atau lain-lain peperiksaan yang setara dengannya.

Sekiranya syarat kemasukan minimum itu tidak dipenuhi, bakal graduan daripada universiti tersebut mungkin berdepan dengan masalah untuk berdaftar bersama MPM.
Malah, MPM juga akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan universiti-universiti tersebut dari senarai universiti yang diiktiraf dalam Jadual Kedua, Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012) sekiranya perkara ini berlanjutan.

Semua pihak terutamanya badan-badan pemberi biasiswa atau bantuan pendidikan memastikan syarat ini dipatuhi supaya sebarang kesulitan dapat dielakkan bagi pelajar untuk berdaftar dengan MPM selepas tamat pengajian.

So guys, sekiranya korang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir, pastikan memenuhi segala syarat-syarat yang telah ditetapkan okay?

Sumber: (1)

IKLAN