Selalunya, trend berhijab hangat diperkatakan di kalangan social influencer dan selebriti daripada negara majoriti beragama Islam.
Contohnya di Indonesia, Malaysia, Brunei, UAE, Dubai dan sebagainya. Di Malaysia sendiri, kita mempunyai ramai gadis yang sudah menjadi peneraju kepada gaya berhijab yang pelbagai warna, bentuk dan gaya.
Antaranya termasuklah Nabila Razali dengan gaya hijab kemas dan baju off-shoulder, Neelofa dan Yuna dengan gaya berturban serta pelakon senior negara, Nurkumalasari dengan gaya hijab dan mekap yang sentiasa on point walaupun sudah lebih berusia.
Bagaimanapun, penulis pada kali ini ingin menonjolkan sisi berlainan apabila selebriti dari Hollywood pula yang menyarung hijab. Bukan semata-mata kerana tuntutan agama, namun kerana ingin menghormati adat agama dan kebudayaan di negara mejoriti Islam yang dikunjungi mereka.
Lady Gaga
Lady Gaga mengenakan hijab dan berlitup serba hitam semasa melawat kejiranan Nisantasi di Istanbul, Turki. Penyanyi berusia 29 tahun itu sedang dalam rangka lawatan konsert di Turki untuk artRave: The ARTPOP Ball Tour.
Ads
Kate Middleton
Masih ingat dengan lawatan keluarga diraja Britain ke Kuala Lumpur yang diwakili Putera Williams dan Kate Middleton pada tahun 2012? Semasa melawat Masjid As Syaqerien di KLCC, mereka berdua mengenakan pakaian sopan, dan Kate turut mengenakan hijab yang kelihatan seakan sama dengan pakaian serta hijab yang disarung oleh Princess Diana dulu.
Ads
Kendal Jenner & Gigi Hadid
Kendall, Gigi dan beberapa rakan model yang lain menangkap gambar selfie semasa melawat Sheikh Zayed Grand Mosque di Abu Dhabi. Mereka mengenakan abaya dan tudung polos.
Dua Lipa
Turut mengambil kesempatan untuk melawat masjid yang sama semasa berada di Abu Dhabi UAE ialah penyanyi British, Dua Lipa.
Ads
Rihanna
Turut tak ketinggalan ialah Rihanna, juga di masjid yang sama!
Angelina Jolie
Melalui tugas beliau selaku wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, Angelina Jolie selalu melawat negara Islam yang memerlukan perhatian dunia. Antaranya termasuklah di Pakistan, Iran dan Arganifstan. Di sinilah lokasi beliau menyarung hijab.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lisa BLACKPINK telah disahkan menghidap COVID-19 tengah hari tadi (24 November).
Tiga ahli BLACKPINK yang lain belum lagi diklasifikasikan sebagai kenalan rapat, tetapi mereka segera melakukan ujian PCR selepas mendengar keputusan positif COVID-19 Lisa, dan mereka sedang menunggu keputusan mereka.
Kami sudah pun berkongsi maklumat ini dengan wakil dan kakitangan, dan pihak kami juga mengambil langkah pencegahan yang kukuh walaupun di luar garis panduan pihak berkuasa kesihatan.
Kami tidak akan berputus asa untuk memberikan sokongan terhadap tahap kesihatan artis dan kakitangan yang berkaitan dan mereka tetap akan menjadi keutamaan pihak agensi. Kami akan sentiasa memaklumkan laporan terkini dan akan memberitahu orang ramai dengan segera.
Get well soon Lisa dan semoga ahli kumpulan Blackpink yang lain dihindari dari wabak pandemik ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dulu, ramai hijabi mengelak daripada memakai tudung bawal.
Kononnya nampak ‘kampung’ lah, tak ada stail lah..
Tetapi semua itu sudah berubah kerana trend bawal sudah melakukan comeback kebelakangan ini. Salah satu jenama tudung yang membawa perubahan kepada trend stail tersebut ialah hos dan personaliti, Ameera Zaini yang berbangga dengan stail tersebut sejak kecil.
“Saya mula memakai tudung pun dengan bawal, dan saya berbangga dengan identiti hijabi di Malaysia yang selesa dengan bawal,” katanya ketika pelancaran koleksi Ameera Zaini AZPrint Euphoria.
Sebenarnya, tudung bawal tak semestinya bermaksud boring. Kalau pandai dan rajin menggayakannya, cantik je sis! Jom tengok 5 stail berbeza yang Ameera cuba dengan tudung koleksi barunya ini.
01
Twist Tepi
Kod: Hazel
Lipat tiga segi dan pinkan ke inner scarf. Lebihkan bahagian kiri, tarik bahagian kanan ke belakang dan pintalkan seperti ponytail.
02
Flowy
Kod: Crimson
Bagi yang lebih berani, pinkan saja tudung bawal ke inner scarf korang. Done!
03
Tarik Belakang & Cantum
Kod: Black
Stail ini lebih complicated sedikit berbanding yang lain. Seperti yang korang boleh lihat, tarik bahagian kanan ke tepi dan pinkan secara kemas. Kuncinya adalah kekemasan lipatan di tepi.
04
The Best
Kod: Bisque
Macam biasa, pinkan saja di tengah dan ikat ke belakang!
Inilah stail yang menjadi kegemaran REMAJA pada hari ini. Sama saja seperti memakai tudung bawal, tetapi ikatkan bahagian tepi tudung ke arah kiri. Kemudian sembunyikan kesan ikatan di dalam. Voila!
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akhirnya tampil menjernihkan kekeliruan mengenai status pernikahan pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose.
Dalam satu kenyataan rasmi, JAIP mengesahkan bahawa perkahwinan pasangan itu adalah sah dan menepati hukum syarak.
Menurut jabatan tersebut, berdasarkan Rekod Pendaftaran Nikah Negeri Pahang, pasangan berkenaan telah dinikahkan pada 4 November 2021, jam 9.30 malam di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.
“Majlis akad nikah dijalankan dengan persetujuan dan kehadiran wali mujbir pengantin perempuan, iaitu bapa kandungnya, Nik Sen Mat Ripin.
“Bapa pengantin perempuan mewakilkan (wakalah wali) kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Kawasan Bentong 1 untuk menjalankan akad nikah itu,” kata JAIP.
Jabatan itu turut menjelaskan bahawa majlis pernikahan tersebut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa akibat penularan COVID-19.
“Jabatan ini memperakukan bahawa akad nikah yang berlangsung memenuhi semua rukun nikah dan sah dari sudut hukum syarak,” jelas JAIP lagi.
Pengesahan ini secara tidak langsung meredakan spekulasi mengenai status perkahwinan pasangan berkenaan yang kini dikatakan berdepan kemelut rumah tangga.
Terdahulu, Uqasha mencuri perhatian apabila memuat naik satu hantaran di Instagram mendakwa dirinya telah diperbodohkan oleh Kamal dan keluarga selepas mendapati tarikh pernikahan pada sijil berbeza dengan hari sebenar mereka dinikahkan.
Pelakon itu mendakwa dia sebenarnya dinikahkan pada 5 November 2021 jam 9 pagi, namun tarikh pada sijil pernikahan menunjukkan 4 November 2021 jam 9.30 malam. Bagaimanapun, hantaran tersebut kini telah dipadam daripada akaun Instagram miliknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.