Hari ini sejarah bakal terukir bagi negara. Perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 adalah satu sejarah yang tidak pernah berlaku sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Sekitar jam 9.30 malam nanti, Tun Dr Mahathir akan mengangkat sumpah di hadapan Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara sekaligus perlantikannya memecah monopoli kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional tumbang buat kali pertamanya dalam sejarah pilihanraya.
Di sebalik sejarah yang tercipta, apa agaknya perkara pelik dalam PRU ke 14 yang membabitkan Tun M kali ini ya.
Perdana Menteri Tertua di dunia – Ya, buat pertama kalinya, sejarah tercipta dan Tun M mencipta sejarah mengenainya. Bukan saja dalam Malaysia tetapi juga di dunia kerana Tun Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri tertua di dunia. Ini juga bermakna Tun Hasmah kembali menjadi Wanita Pertama Negara untuk kali kedua buat kesekian kalinya.
Dilantik 2 kali sebagai PM – Ini memang rekod ya. Sebabnya belum pernah ada Perdana Menteri Malaysia “repeat” dilantik dua kali sebagai PM dan Tun M membuktikan, usia bukan penghalang baginya. Lagipun memang rakyat Malaysia sayangkan ayahanda yang dilihat mampu membawa satu perubahan besar yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat jelata yang selama ini menjadi “silent killer” dan ternyata tsunami rakyat membuktikan, kuasa adalah di tangan mereka.
Ads
Bakal dapat TPM Perempuan – Ok, ini juga sejarah ya. Selalu orang cakap orang perempuan adalah tunjang lelaki dalam aspek rumahtangga tetapi dengan perlantikan Datin Seri Wan Azizah sebagai TPM selepas dipersetujui oleh Pakatan Harapan, bermakna orang nombor dua di belakang Tun M adalah perempuan. Belum pernah ada dalam sejarah negara, golongan wanita menerajui HOT SEAT ini (selangkah lagi kaki dah sampai ke PM kan) tetapi ternyata Wan Azizah berjaya membariskan dirinya duduk sebaris dengan lelaki yang sering kali diangkat sebagai pemimpin.
Poster Dirinya Dibuang & Menjadi Viral – Ingat lagi tak poster gergasi memaparkan wajahnya dibuang oleh seorang petugas SPR yang begitu gigih membuang gambar Tun di Johor semasa kempen pilihanraya. Di sebalik SPR mengikut arahan, ternyata membuang gambarnya, menghitamkan wajahnya malah bermacam tingkat laku pelik, ternyata kejadian itu membuatkan orang ramai makin bersimpati dan beranggapan peristiwa ini sesuatu yang sukar diterima. Kata mereka kenapa perlu takut dengan orang tua berusia 93 tahun tetapi ternyata dengan usianya itulah, Tun M berjaya mengubah lanskap politik negara dengan tumbangnya UMNO yang telah mewarisi kejayaan sejak 60 tahun lalu dalam pentadbiran negara.
Ads
Dulu Tun M Orang Umno tapi kini Pengerusi PPBM – Kalau nak tahu, dulu Tun M pernah jadi Presiden UMNO tetapi beliau telah menubuhkan sebuah parti baru iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang kemudiannya telah dibatalkan pendaftarannya sehari sebelum Kabinet dibubarkan. Kebijaksaannya membuatkan Tun M berpakat dan bertanding di bawah satu logo iaitu Pakatan Harapan kerana katanya di usianya kali ini dan selepas “mengaku ada membuat sedikit kesilapan”, beliau memilih menyelamatkan Malaysia dari semua “bencana” akibat perbuatan rakus dan tamak kepimpinan sebelum ini.
Pakatan Harapan Tumbangkan BNDengan Aura Tun M – Semua ada “mata panda” semalamkan. Ramai yang menunggu-nunggu keputusan penuh debar kerana sekitar jam 4 pagi baru semua keputusan diumumkan oleh SPR. Malah Tun M juga membuat sidang akhbar sekitar jam 3 pagi memaklumkan bahawa Pakatan Harapan berjaya tumbangkan BN. Debar rakyat begitu terasa kerana ramai mengakui amat pelik kenapa mereka perlu tertunggu-tunggu dalam satu tempoh yang agak lama tentang keputusan piliharaya kali ke -14 ini.
Ads
Paling Lama Menunggu Untuk Angkat Sumpah Sebagai PM – Inilah isu yang menjadi bualan rakyat Malaysia yang dari pagi membawa ke petang. Dari petang membawa ke malam dan sebentar tadi ada makluman berita bahawa angkat sumpah hanya akan dilakukan pada jam 9.30 malam. Ramai yang bersimpati melihat ayahanda Tun M menunggu-nunggu dari jam 4.40 petang.
Apa pun, Malaysia sudah mempunyai Perdana Menteri ke – 7 yang baru dan ianya diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat mampu memulihkan kembali ekonomi Malaysia selain menyelesaikan masalah-masalah besar yang wujud pada pertadbiran sebelum ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi gadis-gadis yang mengimpikan majlis perkahwinan dihadiri oleh sanak saudara dan rakan karib, sudah boleh mengorak senyuman ya. Memandangkan momen indah ini akan kita lalui sekali sahaja seumur hidup, sudah pasti kita mahukan yang paling indah tercipta.
Sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan Merangkap Menteri Pertahanan), Dato’ Sri Ismail Sabri memberikan berita gembira kepada pengusaha catering yang sudah lama terjejas berikutan PKP dengan mengumumkan bahawa semua jenis kenduri sudah boleh dibuat mulai 1 Julai 2020.
Ia merangkumi kenduri kahwin, tunang, tahlil, akikah, ulang tahun termasuk reunion dengan kehadiran tidak melebihi 250 orang tetamu dalam majlis yang diraikan.
“Jumlah tetamu ini bergantung kepada kapasiti lokasi pemilihan majlis. Jika tempatnya kecil, jumlah tetamu mungkin kecil tetapi tidak boleh melebihi jumlah dinyatakan tadi,” jelasnya.
Walau sudah diberi kelonggaran mengadakan pelbagai majlis, tetapi jika sebelum ini kita biasa mengambil makanan sendiri iaitu hidangan secara buffet di majlis-majlis tetapi memandangkan kita masih di dalam perintah larangan sehingga 31 Ogos ini, dalam setiap majlis hidangan akan disajikan oleh pramusaji.
*media[210227]**
“Ini bermakna tiada hidangan buffet sebaliknya hidangan disajikan oleh pramusaji di majlis diadakan. Namun setiap tetamu perlu mematuhi semua prosedur ditetapkan iaitu penjarakan sosial, suhu badan diambil di pintu masuk serta perlu melengkapi app My Sejahtera bagi mengelak penularan COVID-19 yang belum menemui penawarnya,” katanya dalam sidang akhbar sebentar tadi.
Dalam pada itu, ibadah haji yang bakal berlangsung juga dibenarkan namun jumlah kehadiran dihadkan termasuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dilarang berada di tempat ibadah korban dilakukan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang sebagai pengguna laman media sosial terutamanya di Twitter dan Facebook pastinya sudah tahu akan berita tular tentang ‘rendang’ yang hangat diperkatakan sejak semalam.
Ia gara-gara komen daripada dua juri MasterChef UK iaitu John Torode dan Gregg Wallace kepada peserta rancangan tersebut yang berasal dari Kuantan, Malaysia. Peserta dari negara kita yang bernama Zaleha Kadir Olpin tampil mempersembahkan nasi lemak bersama rendang ayam.
Namun, apa yang keluar dari mulut dua juri ini telah ‘menggegarkan’ laman media sosial di Malaysia. Komen yang mengatakan rendang dimasak oleh Zaleha tidak cukup cirspy dan tidak sesuai dihidangkan bersama nasi lemak telah menimbulkan kemarahan netizen.
Apa tidaknya, sejak bila RENDANG itu CRISPY?!
Pelbagai reaksi telah diberikan terhadap komen dari dua juri yang nampaknya seakan tidak tahu tentang perkara paling asas dalam masakan rendang.
Netizen pantas memberikan rekasi dan komen yang memerli dua juri tersebut. Menariknya, isu ‘rendang’ ini juga telah menyatukan rakyat dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Brunei yang sama-sama mengecam kedangkalan dua juri tersebut.
Antara ikon yang turut bersuara ialah chef kebanggan negara iaitu Datuk Chef Wan. Jelasnya menerusi menerusi Instagram, “Buat salah minta maaf sajalah. Jelas, dua badut ini memang tidak tahu apa-apa tentang penyediaan juadah Malaysia.”
Apa yang memburukkan lagi keadaan ialah respons oleh John Torode kepada salah seorang pengguna Twitter. Owhhh no, he did not! OMG!
Cubaannya untuk memecah belahkan rakyat Malaysia dan Indonesia berkenaan rendang ternyata tidak berjaya. Lebih menjengkelkan lagi dia turut mengakhiri ucapan dengan ‘namaste’ yang obviously merupakan kata-kata berasal dari India. Adakah dia beranggapan semua negara Asia ini sama? Sangat condescending bukan?
Pemimpin negara juga turut memberikan respons mereka di Twitter dan antara yang paling mendapat perhatian ialah daripada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohammad Najib Bin Tun Abdul Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bagaimana pula dengan netizen? Bak kata pepatah ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Natijahnya mereka ‘digoreng’ dan kena troll habis-habisan di Twitter dan Facebook.
Malah ada juga yang nakal pergi ke laman Wikidepedia John Torode dan mengubah info peribadya yang mengatakan dia percaya rendang sepatutnya dijadikan ‘crispy‘.
Nakal betul!
Diharapkan di masa akan datang tidak akan berlaku lagi kesilapan seperti ini oleh mana-mana juri masakan dalam apa jua program TV. Don’t mess with Malaysia food!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas menjadi tular dalam insiden sidang media mengenai kemalangan yang membabitkan dua tren LRT. Dato’ Seri Tajuddin Abdul Rahman telah ditamatkan perkhidmatannya serta merta sebagai pengerusi bukan eksekutif Prasarana. Perkara ini telah disahkan oleh Kementerian Kewangan apabila satu surat bertarikh 26 Mei 2021 telah tular di media sosial.
Dalam surat berkenaan tertulis, “Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat.”
Sebelum ini tular dimedia sosial apabila satu petisyen supaya beliau diturunkan jawatan tular di media sosial. Setakat artikel ini ditulis sebanyak 136,201 tandatangan telah diturunkan oleh warganet yang mahukan beliau meletak jawatan.
Tajuddin merupakan ahli parlimen Pasir Salak dan telah dilantik sebagai pengerusi Prasarana bermula 11 Mei 2020 bagi menggantikan Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletak jawatan pada 7 Mei 2020.