Drama Korea yang semakin menjadi sebutan peminat, Business Proposal berjaya mencuri hati penonton lebih-lebih lagi golongan muda yang sedang asyik dilamun cinta.
Selepas menonton k-drama ini ramai wanita yang menyimpan angan-angan untuk mencar boyfriend seperti Kang Tae Moo. Hiks! Gandingan Ahn Hyo Seop dan Kim Sejeong memang betul-betul serasi sehingga membuatkan penonton tidak sabar menunggu episod terbaharu drama tersebut.
Instagram: @imhyoseop
Aktor berzodiak Aries ini sebelumnya pernah dikenali menerusi drama Dr Romantic dan Abyss, namun kemunculan pemuda ini dalam Business Proposal benar-benar berbeza dengan karakter sebenarnya. Mungkin ramai yang tidak tahu fakta tentang pelakon ini dan ada juga yang ingin lebih mengenalinya.
Jom kita lihat siapa sebenarnya Ahn Hyo Seop ini.
1. Berpindah ke Kanada sewaktu berusia 6 tahun
Tidak hairanlah jika pelakon lelaki ini fasih berbahasa Inggeris kerana dia pernah menetap selama 10 tahun di Kanada kerana mengikut keluarganya yang berpindah di sana. Ahn Hyo Seop juga mempunyai nama lain iaitu Paul Ahn.
Instagram: @imhyoseop
2. Pernah menjadi trainee k-pop idol di JYP Entertainment
Ads
Tahukah korang JYP Entertainment pernah mencari Ahn Hyo Seop ketika di bersekolah tinggi di Kanada? Walaupun ditentang oleh ibu dan bapanya tetapi dia tetap menyakinkan mereka dan menghadiri uji bakat sebagai idol trainee.
3. Teman baik Jackson Wang
Pelakon ini juga turut berkawan baik dengan rapper terkenal Jackson Wang, iaitu ahli GOT7. Selain daripada pernah menjalani latihan di bawah JYP Entertainment, mereka juga teman yang boleh berbahasa Inggeris.
4. Memulakan karier menyanyi dan berlakon dalam tahun yang sama
Setelah gagal debut bersama GOT7, Hyo Seop memulakan debut karier muziknya bersama grup bernama One O One yang dianggotai oleh empat orang ahli. Namun, selepas melancarkan beberapa buah lagu mereka akhirnya tidak aktif.
Ads
Tetapi semua dalam keadaan baik-baik sahaja kerana dalam tahun yang sama selebriti ini muncul dengan drama pertamanya yang berjudul Splash Splash Love.
Instagram: @imhyoseop
5. Berjaya bawa watak utama
Ahn Hyo Seop muncul sebagai watak utama di rancangan televisyen berjudul Queen of the Ring yang mempunyai enam episod. Dalam drama tersebut dia memainkan watak sebagai Park Se Gun yang turut dibintangi oleh pelakon wanita Kim Seul Gi.
6. Sangat menyukai kucing
Ads
Pelakon ini juga dilihat sangat menyukai kucing dan buktinya, dia selalu memuat naik gambar kucing di akaun instagramnya.
Instagram: @imhyoseop
7. Ciri-ciri wanita idaman
Dalam satu rancangan variety show di Korea, Hyo Seop pernah berkongsi ciri-ciri wanita idamannya iaitu dia menyukai wanita yang cerdas, berenergi positif dan bijaksana.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ibu mana yang tidak gembira apabila anaknya cemerlang dalam pendidikan, menjadi impian orang tua untuk melihat anak menggenggam segulung ijazah.
Personaliti popular Malaysia, Rozita Che Wan hari ini berkongsi mengenai anak sulungnya, Ammar Effendy yang kini sudah berjaya menamatkan pengajian dan mendapat ijazah sarjana muda berganda.
Tulisnya di laman Instagram, “Alhamdulillah, syukur Allah SWT bagi saya anak-anak yang cerdik dan mudah untuk saya bela, 12 tahun menjadi ibu tunggal, dalam kepala cuma ada azam untuk besarkan anak-anak dan bagi yang terbaik untuk mereka. Tidak terfikir langsung untuk diri sendiri.”
Rozita yang mesra dipanggil Che Ta kemudiannya berkongsi mengenai perjalanan pendidikan anaknya dan juga pengalaman susah payah untuk menyekolahkan mereka.
Tambahnya lagi, “Mereka dapat masuk Maktab Rendah Sains MARA lepas tu upgrade masuk ke Kolej Yayasan Saad. Mereka kemudiannya dapat straight A’s dan masuk Taylor’s University.
“Untuk kami yang pendapatan tak tetap ketika itu hendak bayar yuran Kolej yayasan Saad, memang mencanak cari duit, tetapi Allah permudahkan segalanya. Hari ini Ammar Effendy pula yang bergraduasi! Double degree dalam tangan.”
Bukan calang-calang ibu yang berjaya membesarkan anak dengan baik, ternyata penat lelah wanita anggun ini tidak sia-sia. Ammar sebelum ini cemerlang memperoleh semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Sebelum ini adiknya, Aniq Ezra terlebih dahulu bergraduasi dan tamat dan turut dianugerahkan ijazah sarjana muda berganda.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah Malaysia membenarkan pawagam seperti Golden Screen Cinemas (GSC) dan Tanjung Golden Village (TGV) kembali beroperasi selepas musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai peminat filem negara yang tak sabar untuk ke pawagam. Tak kurang juga yang sedikit kecewa kerana seleksi filem yang ditayangkan kini tidak bervariasi. Sikit sangat pilihan!
Namun, dengan tayangan filem Disney, Mulan bermula September ini, kita boleh menjangkakan lebih banyak filem yang dinanti-nantikan akan menemui pawagam. Inilah masa yang terbaik untuk korang layan semula filem di skrin layar lebar.
Sambil layan tu, apa kata korang buat pilihan bijak dan berjimat dengan aplikasi Klook.
Semasa tayangan perdana Mulan tempoh hari, REMAJA mendapat tahu bahawa Klook kini juga menyediakan perkhidmatan membeli tiket filem di atas talian (online). Haa, rupanya Klook bukan lagi sekadar platform untuk membeli tiket bercuti saja tau.
Menerusi kategori ‘Movies’ di dalam apps tersebut, peminat wayang boleh menikmati baucar daripada 600 buah pawagam GSC dan TGV di seluruh negara. Baucar tersebut boleh dibeli terlebih dahulu dan terpulang kepada korang bila dan di mana untuk menggunakannya. Kira macam baucar open-dated lah ni. Beli dahulu, gunakan pada bila-bila masa.
Menurut Ketua Pemasaran Klook Malaysia iaitu Emily Tan, filem Mulan menandakan permulaan servis baharu ini di Klook. Apps itu juga komited untuk menyediakan lebih banyak lagi tawaran menarik untuk peminat wayang dalam masa terdekat ini.
Cuba korang lihat perbandingan harga di antara pembelian di Klook dan pembelian di kaunter TGV dan GSC untuk filem Tenet dan Mulan ini.
Bagi peminat Mulan, kini Facebook Klook sedang melangsungkan sebuah peraduan dari sekarang hingga 20 September ini tau. Seramai 5 oang pemenang bertuah akan memenangi merchandise rasmi Mulan daripada Disney. Korang boleh mencuba nasib di SINI.
Jadi selepas ini, korang dah tau kan di mana untuk membeli tiket wayang. Layari saja klook.com dan rebut diskaun yang ada di sana.
Nak tahu pelakon Mulan, Liu Yifei dengan lebih dekat? Ini dia..
Penulis gerenti la remaja mahupun kanak-kanak sekarang sudah mempunyai smartphone sendiri. So kita dapat lihat smartphone ini kini menjadi trend ‘permainan’ anak-anak sekarang.
Korang tahu tak undang-undangdi negara Barat banyak yang menetapkan 21 tahun sebagai umur matang belia mereka. Disebabkan itu jugalah belia yang berusia 21 tahun dilarang untuk menggunakan tembakau (merokok) dan memiliki senjata api.
Menariknya baru-baru ini , undang-undang had umur untuk belia 21 tahun ke bawah turut di tambah dengan larangan penggunaan telefon pintar jika usia belia belum mencapai 21 tahun.
Undang-undang yang baharu diperkenalkan di Vermont, sebuah negeri di negara Amerika Syarikat oleh Senator John Rodges kerana beliau berpendapat sebelum mencapai usia 21 tahun, individu berkenaan belum matang sepenuhnya untuk mengendalikan telefon pintar dengan selamat.
Dalam kertas cadangan tersebut, mereka turut menyatakan antara sebab yang menyebabkan cadangan itu diusulkan adalah kerana kes buli (peras ugut dalam talian) yang semakin meningkat
Bukan itu sahaja, kes kemalangan yang melibatkan kereta kerana penggunaannya semasa memandu juga semakin tinggi di Amerika Syarikat terutamanya dalam kalangan remaja.
Menurut rang undang-undang tersebut, sekiranya individu bawah 21 tahun didapati memiliki telefon pintar, beliau mungkin akan berdepan dengan hukuman setahun penjara dan denda sebanyak USD1,000 (+-RM4,076).
Walaupun ada yang menolak dengan menyatakannya sebagai tidak masuk akal, rang undnag-undang ini sebenarnya bagi membuktikan had umur 21 tahun untuk pemilikan senjata api juga sebenarnya adalah tidak masuk akal.
Bagi Senator John, undang-undang memiliki senjata api juga sebenarnya sama dengan undang-undang memiliki telefon pintar dan keduanya sepatutnya dipertahankan sama rata.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.