
Wabak koronavirus yang semakin menjadi-jadi di negara kita membuatkan masyarakat panik dan ada pula individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu sehingga tular di media sosial dan menerusi aplikasi WhatsApp.
Terbaru, ada maklumat palsu di media sosial kononnya Hospital Shah Alam; Hospital Selayang; Sekinchan, Selangor; Jenjarom, Selangor dan Hospital Sunway, Cheras dikesan kes Covid-19.
Walau bagaimanapun, berita tersebut telah dinafikan oleh pihak KKM melalui laman Facebook mereka dan menegaskan supaya orang awam berhenti menyebarkan sebarang berita palsu.
Korang boleh didakwa sekiranya didapati bersalah kerana menyebarkan berita yang tidak benar.
Berikut mereka senaraikan antara 7 berita palsu yang tular di media sosial.

Jika korang dapat sebarang berita tentang virus koronavirus ini, selidik dahulu kebenarannya sebelum menyebarkan kepada orang lain. Jika berita tersebut tidak benar, korang pula akan didakwa nanti.
Hati-Hati guys!
Sumver: Kementerian Kesihatan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Parcel Tak Sampai-Sampai Dah Berminggu, Ini Cara Korang Buat Aduan Kepada Pos Malaysia

Viral di media sosial apabila terdapat lambakan parcel yang belum sempat dihantar gara-gara permintaan menghantar bungkusan sepanjang PKP dikatakan naik mendedak dek kerana ramai yang membeli secara online.
Menurut Harian Metro, Pos Malaysia menerima sehingga 770,000 bungkusan sehari dan jumlah ini meningkat melebihi kapasiti biasa Pos Laju iaitu 350,000 bungkusan sehari.
Mungkin ada yang merungut disebabkan parcel mereka tidak sampai-sampai lagi, jadi seorang pengguna di Facebook telah berkongsi tip bagaimana untuk korang mahu mengambil barang daripada pos laju sepanjang tempoh PKP ini.
Ada yang barang sudah tiga minggu lebih tak sampai, so ini cara penyelesaiannya kalau nak barang korang cepat sampai dalam masa dua hari sahaja selepas membuat aduan feedback kepada Pos Laju.
Jom cuba tip yang dikongsi oleh Maizura Mohamad ini.
1. Klik link www.pos.com.my

2. Pilih Track and Trace

3. Klik Continue eFeed…

4. Tekan e-Feedback

5. Terima email

6. Update


Apa-apa pun ini hanyalah salah satu usaha yang korang boleh cuba. Mana tahu berjaya kan. Tak salah mencuba. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Tunggu Kami Di Syurga Ya Nak…! Bapa 3 Anak Mati Lemas Kongsi Kisah Sedih

Tiga beradik yang lemas ditelan ombak ketika berkunjung ke Pantai Sura, Dungun selamat ditemui pagi tadi. Apa yang menyedihkan jarak ketiga beradik ini ditemui pada sekitar 1-5 kilometer antara satu sama lain.
Jenazah Nurain Sofia Zawawi, 8, ditemui Pasukan Mencari Dan Menyelamat SAR, pada jam 7.48 pagi dalam jarak 10 meter dari pesisir pantai di kawasan Teluk Gadung dalam keadaan terapung.
Manakala adiknya, Nurain Salsabila Zawawi, 6 tahun ditemui 9.40 pagi kira-kira 1 km dari darat dan terakhir ditemui adalah kakak mereka, Nurain Fatma, 10 tahun yang ditemui penduduk kampung pada jarak 5 km dari lokasi pada jam 11.03 minit pagi.


Suasana sedih kelihatan di mana ibu kesemua anak syurga ini, Nur Syahida Abdullah, pengsan beberapa kali di saat jenazah anak mereka ditemui.
Bapa kepada tiga anak ini, Zawawi Wahab pula berkata, biarpun sedih dengan semua ujian yang menimpa ini di mana kesemua anaknya pergi dalam sekelip mata, namun dia redha dengan ketentuannya dan akan menerimanya dengan tabah.
“Insya Allah anak-anak saya itu akan mendoakan untuk bertemu dengan kami di syurga,” kata Zawawi Wahab, 42, selepas kesemua jenazah anaknya itu ditemui, hari ini.

Zawawi berkata, dia menerima berita berhubung tragedi yang berlaku ke atas ketiga-tiga anaknya itu kira-kira 7 malam semalam.
“Saya dan isteri, Nur Syahida Abdullah, 35, sangat terkejut menerima berita sedih yang menimpa anak kami dan saya tidak putus berdoa supaya mereka ditemui selamat.
“Kali terakhir saya menemui mereka bertiga pada pagi kejadian ketika saya membawa mereka membeli buku pelajaran,” katanya.
Katanya, selepas menerima berita sedih itu, dia dan isterinya segera bertolak ke Dungun dan tiba di Dungun 1 pagi tadi.
“Ketika itu luluh hati saya dan isteri apabila mengenangkan kesemua anak saya pergi meninggalkan kami sekaligus dalam sekelip mata. Alhamdulillah kesemua anak saya telah dijumpai dan biarpun tidak bernyawa sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka semua,” katanya.
Katanya, mereka sekeluarga baru sahaja pulang bercuti di Hatyai, Thailand, Sabtu lalu.
“Saya mengizinkan ketiga-tiga anak mengikut ibu saudara mereka, Suriani Abdullah, 41, serta beberapa ahli keluarga lain bercuti ke Dungun selepas dijemput kenalan di sana,” katanya.
“Saya dan isteri tak ikut kerana kepenatan serta terpaksa menyelesaikan beberapa urusan penting termasuk persekolahan anak-anak,” katanya.
Zawawi berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak berkuasa termasuk penduduk kampung yang bertungkus membantu sehingga kesemua anaknya ditemui.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang semalam, tiga beradik yang datang dari Kelantan untuk bercuti bersama ibu saudaranya hanyut ditelan ombak besar ketika bersiar-siar di tepi pantai.


Ibu pengsan banyak kali
Suasana pilu dan hiba menyelubungi Bilik Forensik Hospital Dungun di mana ibu kepada anak-anak syurga ini kelihatan sangat sedih sehingga pengsan beberapa kali sebaik melihat jenazah ketiga-tiga anaknya diusung anggota polis.
Kesemua ahli keluarganya berada di Bilik Forensik Hospital Dungun untuk menunggu selesai proses bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kesemua jenazah tiga beradik itu dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. Sebaik selesai proses bedah siasat, kesemua jenazah itu akan dibawa pulang ke kampung neneknya di Rantau Panjang Kelantan untuk dikebumikan,” katanya.
Al-Fatihah untuk anak syurga ini. Moga roh mereka dicucuri rahmat.
Sumber : HARIAN METRO / GAMBAR : SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengiran Muda Mateen Iringi Sultan Brunei Solat Jenazah Taib Mahmud

Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak, Kuching bersama ayahanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Dalam solat jenazah yang dipimpin Imam Besar Negeri Sarawak, Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi itu, ia turut disertai oleh Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pengiran Muda yang menyarungkan persalinan baju Melayu Cekak Musang serba hitam lengkap bersampin kemudiannya berangkat menyertai istiadat pengebumian Allahyarham di perkuburan keluarga berdekatan masjid berkenaan.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Pengiran Muda menyampaikan ucapan Al-Fatihah sambil berkongsi beberapa foto di sekitar majlis.
Terdahulu, Allahyarham meninggal dunia pada 21 Februari kira-kira jam 4.40 pagi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Jenazah kemudian dibawa pulang ke Kuching, Sarawak.
ARTIKEL BERKAITAN: Toh Puan Raghad Aminkan Solat Jenazah Suami Di Masjid Negara Sebelum Berlepas – REMAJA
Semalam, Allahyarham Abdul Taib telahpun diberikan penghormatan terakhir oleh orang ramai di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak. Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Demak sambil diiringi tembakan 87 das meriam oleh Rejimen ke-8 Artileri Diraja sebagai simbol penghormatan terakhir.
Turut kelihatan sewaktu jenazah diusung oleh pegawai tentera dan polis ke dalam masjid ialah isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan ahli keluarga yang lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Pembangunan & Pemodenan Sarawak, 10 Fakta Tentang Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud – REMAJA
Sewaktu jenazah dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 1.30 tengah hari, rakan pemberita di sana melaporkan ia berlangsung dalam suasana cuaca hujan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

