Satu perkara yang kita semua rindukan sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tentunya adalah kompleks membeli-belah ataupun shopping malls.
Lebih sebulan kita tidak menapak ke sana dan TBH, we miss them terribly. Jom lihat 6 shopping malls utama di sekitar Lembah Klang yang telahpun sah memulakan operasi sejak 4 Mei lalu.
SURIA KLCC
Mall popular ini telahpun dibuka semula pada 4 Mei lalu, namun hanya beroperasi dari jam 10 pagi hingga 8 malam saja. Demi keselamatan, bahagian pawagam, gimnasium, salun rambut, salun kecantikan, spa dan pusat refleksologi masih ditutup.
SURIA KLCC juga mengambil berat mengenai pemeriksaan suhu bagi kebaikan staf, peniaga dan pengunjung.
SUNWAY PYRAMID
Mall di Bandar Sunway Petaling Jaya ini amat aktif berhubung melalui media sosial sejak musim PKP bermula. Ia juga telah dibuka sejal 4 Mei lalu dengan syarat-syarat ketat.
Antaranya termasuklah proses menyah-kuman pada bakul dan troli, pemeriksaan suhu dan mengehadkan jumlah pelanggan di dalam kedai mengikut sesi.
Ads
PARADIGM MALL
Syarikat pengurusan Paradigm Mall Petaling Jaya, Paradigm Mall Johor Bahru, Skypark Terminal dan gateway@KLIA 2 ini memulakan operasi pada 4 Mei lalu dengan kapasiti hanya sebanyak 30 peratus saja.
Ini bagi mengehadkan jumlah pelanggan di dalam kedai pada satu-satu masa. Istimewa di Paradigm Mall PJ, pelanggan yang berbelanja melebihi RM200 dalam 3 resit maksimuk akan ditawarkan baucar redemption bernilai RM20.
Paradigm Mall PJ dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam, Paradigm Mall JB (12 tengah hari hingga 8 malam), Gateway@KLIA 2 (10 pagi hingga 10 malam) dan Skypark Terminal (8 pagi hingga 8 malam).
Bahagian gimnasium, ruang solat, pawagam, tempat duduk awam dan lokasi hiburan masih ditutup.
Ads
1 UTAMA
Mall di Bandar Utama ini masih mengekalkan waktu operasi dari 10 pagi ke 10 malam seperti biasa. Namun, ia turut mengambil serius perintah PKPB yang sedang berlangsung dan tidak membuka pawagam, gimnasium, pusat karaoke, salun rambut, salun kecantikan, ruang menukar pakaian dan surau.
1 Utama juga menggunakan sistem penapisan udara bagi memastikan udara di dalam mall tidak tercemar. Dari semasa ke semasa, mereka juga sering mengemas kini senarai stor yang telah dibuka.
THE CURVE
Ads
Lokasi kegemaran keluarga untuk membeli belab sebelum Aidilfitri ini juga telah dibuka pada 4 Mei lalu mengikut langkah-langlah keselamatan yang diketatkan.
Jumlah pelanggan dihadkan dan semua orang diwajibkan memakai topeng muka ketika berada di dalam mall.
Bahagian Fashion Mall (dalam) beroperasi dari 11 pagi hingga 7 malam, manakala bahagian F&B & The Street pula dibuka dari 11 pagi hingga 9 malam.
Menariknya, The Curve menawarkan parkir percuma dari sekarang hingga 17 Mei ini.
PAVILION KL
Dan akhir sekali, kami tahu ramai yang tidak sabar untuk menapak ke Pavilion Kuala Lumpur semula. Ya, ia kini dibuka sejak 4 Mei dan menetapkan syarat-syarat utama semasa membeli-belah.
Di bahagian parkir, suhu badan pemandu akan diperiksa sebelum kereta dibenarkan masuk. Ruang di dalam lif juga ditampal dengan pelekat pada bahagian lantai bagi menggalakkan penjarakkan sosial.
*
Boleh je untuk kita pergi shopping semula, tetapi perlu diingat kita berada dalam situasi norma baharu. Perlu sentiasa berjaga-jaga okay!
Penyanyi berkumpulan wanita Dolla, Sabronzo menamatkan segala spekulasi mengenai status perhubungannya dengan deejay antarabangsa terkenal, Dash Berlin apabila memuat naik foto-foto perkahwinannya pada 29 September.
Terdahulu pada minggu lepas, ramai netizen mula berteka-teki sama ada Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli selamat melangsungkan pernikahan bersama jejaka pilihannya itu setelah tular foto yang menampakkan wanita menyerupai Sabronzo dan Dash di lokasi bersebelahan pantai.
Tambahan pula, foto majlis tersebut yang kelihatan menyerupai adat kebaratan menghangatkan lagi spekulasi pasangan tersebut Sabronzo memilih jejaka asing sebagai pasangan hidupnya.
Kini, semua boleh menarik nafas lega apabila Sabronzo menyelitkan foto yang menampakkan proses akad nikah di samping beberapa lagi foto romantis bersama suaminya.
Begitupun, penyanyi berkenaan tidak berkongsi makluman lanjut mengenai kedua-dua majlis tersebut.
Persahabatan Dolla Kekal Hingga Ke Hati Ini
Seperti yang pernah berlaku sewaktu bekas ahli Dolla, Syasya Rizal mengambil keputusan untuk berkahwin pada 21 April 2024; kesemua anggota Dolla mengambil pendirian untuk tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai majlis ahli yang lain sebelum empunya badan membuka mulut.
Untuk momen bahagia Sabronzo kali ini; Syasya, Angel dan Tabby hanya menantikan perkongsian foto semalam sebelum menghantarkan ucapan ringkas masing-masing di ruangan komen hantaran tersebut.
“Saya amat gembira untuk kamu, kakakku. She’s the baddest bride ever existed.” – Angel
“Tahniah sis.” – Syasya Rizal
“Sayang kamu sis. Tahniah dan saya tidak boleh percaya! Amat-amat gembira untuk kamu. Satu lagi memori indah untuk disertakan ke dalam kehidupan Dolla kami.”
Meninjau respon daripada iDolla khususnya, masing-masing menghargai persahabatan atau ‘sisterhood’ yang masih terjalin di antara mereka berempat biarpun ada yang telah meninggalkan grup dan dua daripada mereka telahpun menamatkan zaman bujang.
“Friendship never ends.”
“Sisterhood is still alive!”
“You girls are each other’s biggest supporters and we love to see it!”
Seperti yang kita tahu, bukan mudah untuk sesebuah kumpulan nyanyian sama ada di persada muzik lokal mahupun di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan hubungan baik di antara ahlinya.
Dolla yang telah menempa nama sejak tahun 2019 telah melalui pelbagai ranjau sejak awal kemunculan mereka dan REMAJA pasti, masing-masing tidak akan memutuskan hubungan mereka begitu sahaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila tiba Ramadan ni mula la tekak terasa nak minum air macam-macam. Kalau hari biasa langsung tak pernah hairan, tapi masuk je bulan puasa lain macam pula selera tekak ni.
Sirap bandung antara pilihan popular untuk menu berbuka. Kalau beli di bazar Ramadan harga seplastik boleh mencecah RM3, tapi rasanya belum tentu sedap.
Untuk lebih puas hati, apa kata harini korang cuba untuk buat sendiri. Lebih jimat dan pastinya berbaloi boleh minum hari-hari. Hiks!
Tapi tak nak la minum sirap bandung biasa je kan. Kalau nak kasi power sikit try campur dengan soda. Time berbuka nanti, korang je tahu nikmatnya macam mana.
Berikut merupakan resipi Sirap Bandung Soda Power yang dikongsi oleh Habibah Badar Bajrai untuk korang cuba. Bahannya simple saja dan cara membuat pun tak susah. Korang boleh refer pada video yang dikongsi dalam facebooknya.
Bahan-bahan:
– 1 botol air ice cream soda 1.5 litres
– Sirap ros
– 1 sudu teh essence vanilla
– 1 sudu besar susu pekat
– 1 tin susu cair
– Ais
Simple je kan bahan-bahannyaNampak biasa, tapi kalau dah rasa confirm secawan tak cukup beb
Amacam, telan air liur kan? Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Irama dan lirik lagu Antara Anyir Dan Jakarta merupakan sebuah naskah seni yang malar segar. Keindahan dan harmoni lagu tersebut cukup mesra sebagai halwa telinga, masih relevan sehingga sekarang biarpun sudah lebih tiga dekad usianya.
Kelmarin khabar duka melanda dunia muzik nusantara apabila komposer lagu tersebut, Oddie Agam telah disahkan meninggal dunia. Turut berduka mendengar perkhabaran itu adalah Datuk Sheila Majid yang merupakan penyanyi lagu popular tersebut.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya, ibu kepada empat cahaya mata ini berkata, “Kami amat berdukacita dengan khabar Ini. Saya sudah lama mengenali arwah. Sebelum menjadi penyanyi lagi.
“Dialah pencipta lagu Indonesia yang pertama yang telah mengharumkan nama saya ke Indonesia dengan lagu-lagu seperti Antara Anyer dan Jakarta, Aku Cinta Padamu,Tua Sebelum Waktu , Begitulah Cinta dan beberapa lagu lagi, malah sebelum mengenali dia sebagai komposer dia juga adalah rakan keluarga kami.”
Selain itu Shiela juga menyifatkan yang pemergian komposer tersebut ibarat hilangnya sebahagian karier muzik dalam hidupnya.
“Saya berasa sangat sedih, ibarat sebahagian karier muzikal saya telah hilang. Muzik anda akan sentiasa bersinar dihati kami Agam. Terima kasih untuk semua lagu-lagu indah yang anda tulis. Semoga tenang di sana,” jelas beliau lagi.
Memetik laporan Kompas, komposer tersebut meninggal dunia di Rumah Sakit Persahabatan, Jakarta Selatan pada usia 68 tahun akibat kegagalan fungsi buah pinggang. Allahyarham juga dilaporkan pernah diserang angin ahmar pada tahun 2017.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.