Ada rasa macam nak beli handphone baru tapi duit tak berapa nak cukup? Iye la, smartphone sekarang pun harga macam boleh buat deposit kereta.
Nah, jangan pening kepala dulu. Bila dah tahun baru ni, ada beberapa model smartphone dah mula membuat pengurangan harga. Jadi, bolehlah korang mendapatkan handphone baru.
Berikut adalah senarai enam smartphone yang dijual pada harga kurang RM1,000 dan menawarkan spesifikasi baik untuk kegunaan harian.
1. Xiaomi Mi A1
Mi A1 datang dengan spesifikasi pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625, bateri 3080mAh dan RAM 4GB dibantu storan dalaman 64GB.
Telefon yang dijual di Malaysia ini mempunyai dwikamera 12 megapiksel yang ditawarkan pada skrin 5.5 inci.
ASUS Zenfone 4 Max Pro nyata berbaloi sekarang apabila datang dengan harga lebih murah iaitu RM999 saja namun anda boleh memiliki kapasiti bateri besar sebanyak 5000mAh
Ia juga berfungsi sebagai ‘powerbank’ manakala kameranya pula mempunyai lensa berkembar beresolusi 16 megapiksel dan 5.0 megapiksel.
• HARGA: Anggaran antara RM849 hingga RM999
• PAPARAN: 5.5 inci HD penuh
Ads
• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 425
• RAM: 3GB
• OS: Android 7.0 Nougat, ZenUI 4.0
• STORAN: 32GB, slot kad microSD
• KAMERA: 16MP+5MP
• KAMERA DEPAN: 16MP
• BATERI: 5000mAh
3. Honor 6A Pro
Peranti yang didatangkan dengan paparan 1280×720 HD berukuran 5 inci ini dikuasakan oleh pemprosesan berkelajuan tinggi Qualcomm 8-core, sistem operasi EMUI 5.1 berdasarkan Android 7.0 Nougat, RAM 3GB serta kapasiti penyimpanan 32GB (boleh dikembangkan sehingga 128GB dengan kad microSD), menjanjikan pengguna prestasi terhebat tanpa kompromi.
• HARGA: RM699
• PEMPROSESAN: OS: Android 7.0 + EMUI 5.1
• STORAN: 32GB (menyokong sehingga 128GB)
• RAM: 3GB
• KAMERA: 13MP, 5MP (depan)
• SKRIN: 5”
Ads
• PAPARAN: HD
• RESOLUSI: 1280 x 720
• BATERI: 3,020mAh
• WARNA: Kelabu dan emas
4. Neffos X1 Max
Neffos mempunyai model X1 Max bersaiz 5.5 inci dengan pemprosesan MediaTek Helio P10 menjadikan operasi telefon lebih pantas serta menjimatkan bateri.
X1 Max menggunakan teknologi pengecas pantas dengan 30 minit untuk cas sebanyak 50 peratus.
• HARGA: anggaran harga dari RM750 hingga RM899 (RAM 3GB, ROM 32GB)
• RAM: 3GB
• STORAN: 32GB
• KAMERA: 13MP, 5MP (depan)
• KENIPISAN: 7.75mm
• CPU: Helio P10 octa core
• BATERI: 3000mAh
• WARNA: Kelabu/emas
Ads
5. Vivo V5S
Dengan kelebihan kamera hadapan 20 megapixel (MP) dengan ciri Selfie Softlight, imej swafoto dihasilkan Vivo V5s akan kelihatan lebih asli dengan kesan seperti cahaya studio fotografi.
Telefon pintar berkenaan hadir dengan kapasiti bateri 3,000 mAh serta mempunyai memori dalaman 64GB, yang boleh ditambah dengan kad microSD hingga 256GB.
• Harga: RM999
• PEMPROSESAN: Octa-core 64bit
• SISTEM OPERASI: Android 6.0.1 Marshmallow
• RAM: 4GB
• STORAN: 64GB
• KAMERA: 20MP, f/2.0 & 13MP, f/2.2 (belakang)
• BATERI: 3000mAh
6. ASUS Zenfone Live
ASUS Zenfone Live hanya berharga RM499 menjadi telefon pertama di dunia yang mampu menjalankan proses ‘beautification’ secara masa nyata sambil anda melakukan siaran langsung.
Ia bermakna anda tak perlu risau bersolek kerana telefon akan meletakkan solekan digital terus kepada anda.
Isu tulisan jadi baru-baru ini mendapat pendebatan hebat dikalangan masyarakat Malaysia. Namun, bukan isu yang kami ingin bangkitkan, sebaliknya ingin berkongsi bagaimana untuk menambah tulisan jawi pada peranti iPhone korang.
Bagi memartabatkan seni bahasa dan memperkaya pengetahuan seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu, mungkin ada diantara korang yang ingin mencuba menulis jawi dalam perbualan di telefon pintar.
Menurut wiser.my, pengguna iPhone yang telah mengemaskini iOS 13 mempunyai beberapa ciri baru yang diperkenalkan dan antaranya termasuklah 38 pilihan bahasa baru pada papan kekunci.
Tulisan jawi merupakan salah satu bahasa yang ada dan berikut merupakan cara-cara mudah untuk korang menambah tulisan jawi pada peranti iPhone.
Masuk ke dalam Setting > General > Keyboard, seterusnya pilih Keyboards
Kemudian, tekan pada Add New Keyboard dan pilih Malay (Arabic)
Setelah tulisan tersebut berjaya ditambah, korang boleh menukar ke tulisan jawi dengan cara hold pada simbol di atas pada papan kekunci dan pilih tulisan jawi
Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
TikTok bukan aplikasi yang asing lagi buat masyarakat Malaysia, malah ramai mengunakan medium ini untuk menyebarkan info dan ilmu yang berguna.
Walaupun sudah dilancarkan lama, tetapi di negara kita aplikasi ini baru sahaja ‘diterima’ kira-kira setahun yang lalu. Semuanya gara-gara PKP yang mana masyarakat sudah bosan duduk di rumah dan ingin melakukan sesuatu yang menghiburkan.
Namun, baru-baru ini TikTok menetapkan syarat baru untuk para penggunanya dengan membenarkan pengguna berusia 13 tahun ke atas mendaftar dan menggunakan aplikasi tersebut. Ini merupakan kali pertama TikTok mengenakan syarat umur berkenaan bagi membantu menjamin keselamatan pengguna.
Disebabkan itu, sebanyak 61,951,327 video telah dihapuskan kerana didapati melanggar polisi. Daripada angka tersebut, sebanyak 82 peratus video telah dihapuskan sebelum ditonton, 91 peratus sebelum dilapor penmgguna dan 93 peratus dalam 24 jam selepas dimuat naik.
Turut terkesan, 1,921,900 iklan ditolak kerana melanggar syarat pengiklanan. Jumlah keseluruhan, 11,149,514 juta akaun telah dihapuskan atas kesalahan melanggar terma dan syarat platform tersebut.
Tiktok dalam kenyataannya menekankan bahawa pihaknya tegas dalam melaksanakan peraturan baharu itu untuk melindungi penggunanya khususnya golongan remaja, termasuk menghadkan fungsi pesanan peribadi dan streaming secara langsung untuk pengguna berusia 16 tahun ke atas.
Januari tahun ini, TikTok memperkenalkan fungsi di mana penggunanya di bawah usia 16 tahun boleh menetapkan akaun mereka secara automatik ke mode peribadi. Walaupun begitu, aplikasi popular dari China itu sehingga ke hari ini masih menerima banyak pengguna baharu bawah umur.
Hmm…penulis sokong apa yang dilakukan oleh TIkTok ni, sebab banyak kes yang tidak diingini berlaku kepada pengguna baharu bawah umur ni.
Januari 2022 mungkin boleh dianggap sebagai bulan penuh mencabar buat pemain perseorangan badminton nombor satu negara, Lee Zii Jia setelah perkhabarannya meninggalkan skuad Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mendapat liputan meluas sehingga ke perhatian pemain badminton sedunia.
Bulan Februari nyata memberi lebih keceriaan buat Lee Zii Jia. Pemain berusia 23 tahun itu bukan hanya sedang bermain cemerlang pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC).
Malah baru-baru ini, jenama telefon pintar Oppo Malaysia telah mengumumkan perlantikan Zii Jia sebagai duta produk bagi siri telefon pintar OPPO Reno7 5G.
Menerusi perlantikan ini, Zii Jia meneruskan tugasnya sebagai duta siri OPPO Reno yang terkenal sebagai pakar lensa potret.
Dengan senario yang terpaksa dihadapi Zii Jia baru-baru ini, OPPO percaya pemain itu adalah individu tepat untuk mewakili suara anak muda sekarang yang tidak gentar membuat keputusan yang dianggapnya penting untuk mencapai cita-citanya.
Perlantikan kali ini juga menyaksikan sesuatu yang menarik bakal berlaku! Zii Jia difahamkan akan muncul dalam iklan pendek bersama OPPO tidak lama lagi.
Tentunya Zii Jia akan memperkenalkan kelebihan OPPO sebagai Portrait Expert (dahulunya dikenali sebagai Selfie Expert pada tahun 2016). Trend bersilih ganti dan pengguna kini tidak lagi mementingkan teknologi swafoto (selfie) atau swafoto bersama (wefie).
Kongsi OPPO, 76 peratus pengguna telefon pintar itu kini lebih memilih fungsi mengambil foto potret menggunakan kamera belakang berbanding 24 peratus yang masih setia menggunakan kamera hadapan untuk mengambil foto selfie.
Haa kalau nak tengok foto Lee Zii Jia menggunakan lensa potret siri OPPO Reno7, sama-sama nantikan pelancarannya pada 22 Februari 2022 (Selasa) depan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!