Kalau korang sentiasa tercari-cari diskaun makanan dan minuman yang murah, jangan lepaskan peluang keemasan ini. 😀
Rupanya banyak promosi yang dilancarkan oleh restoran-restoran favourite rakyat Malaysia bulan Jun ni. Ini Remaja senaraikan promosi makanan dan minuman yang korang boleh grab, tapi kena cepat kebanyakkannya berakhir Jun ni.
Jom serbu!!!
1. The Chicken Rice Shop
Promosi Ulang Tahun ke20! Hidangan 3 Orang Hanya RM20 sahaja
Ye betul! RM20 je untuk hidangan 3 orang!
– 3 Nasi
– 3 Sup
– 1/4 Ayam (Roast, Steamed, Soy Sauce)
– Satu hidangan ayam (Roast, Steamed, Soy Sauce)
– Sayur Pak Choy atau taugeh
– 3 minuman
Promosi ni terhad untuk 20,000 hidangan sahaja dan hanya untuk dine in!
Tarikh Promosi: Dari 18 Jun 2020
Lokasi Promosi: The Chicken Rice Shop outlets in Malaysia (kecuali Genting Highlands Premium Outlets dan KLIA2)
2. Subway
Subway menawarkan tawaran istimewa! 2 inch Subs Hanya RM20 sahaja!
Terdapat 4 rasa untuk korang pilih! Termasuk
Ads
Veggie Deluxe
Meatball Marinara
BBQ Chicken
Subway Seafood Sensation
Kalau pilih antara menu diatas anda boleh nikmati harga RM20!
Boleh dine in atau take away!
Tunggu apa lagi? Pergi ke Subway hari ini untuk menjamu selera!
Tarikh Promosi: Mulai sekarang
Lokasi promosi: Subway Malaysia (kecuali KLIA2, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Genting Highlands dan Sunway Lagoon)
3. Pizza Hut
Promosi beli 1 percuma 1!
Dapatkan Pizza Biasa hari ini dan pizza hut akan belanja lagi satu
Promosi Pizza Hut waktu terhad!
Ads
Boleh nikmati secara dine-in atau pun boleh order melalui Piza Delivery sahaja!
Untuk order boleh terus klik disini: https://www.pizzahut.com.my/category/promos
Tarikh Promosi: Dari sekarang
Lokasi Promosi: Pizza Hut & Pizza Hut Online
Promosi Tamat : 30 Jun 2020
5. A&W
Promosi hari-hari ni special untuk weekdays dari hari Isnin sehingga Jumaat hanya RM8.90 sahaja!
– Isnin: 2 ketul ayam goreng hanya RM8.90 sahaja
– Selasa: Chicken Coney + kentang goreng hanya RM8.90 sahaja
– Rabu: Junior Mozza + kentang goreng hanya RM8.90 sahaja
– Khamis: Chicken Sandwich + kentang goreng hanya RM8.90 sahaja
– Jumaat: 6 sesame chicken bites + kentang goreng hanya RM8.90 sahaja
Semua hidangan ini setiap hari yang ditetapkan hanya RM8.90 sahaja!
Ads
Jom nikmati hidnagan A&W dengan family dan kawan-kawan guys!
Tarikh Promosi: Dari sekarang
Lokasi Promosi: A&W
6. Secret Recipe Promosi 3 Potong Kek Hanya RM26.90!
Kek Mania yang ditunggu-tunggu telah kembali lagi!
3 potong kek hanya berharga RM26.90! RM26.90! RM26.90!
Cukup beli kupon di Lazada dan tebus di Secret Recipe!
Kek Secret Recipe 3 potong yang berharga RM35.40 pada asalnya kini hanya RM26.90!
Tetapi dengan kupon, korang boleh menebus kek di cawangan Secret Recipe yang telah ditentukan!
Nak makan kek Secret Recipe? Tunggu apa lagi?
Tarikh Promosi: Mulai sekarang hingga 28 Jun 2020
Lokasi promosi: LazMall Secret Recipe
* tertakluk kepada terma & syarat
So apa tunggu lagi, jom lah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah TV siri yang diterbitkan kira-kira 43 tahun lepas, Fantasy Island kini telah pun difilemkan atas arahan sutradara Jeff Wadlow. Menampilkan genre thriller seram, kami pasti filem ini sesuai dengan ‘selera’ rakyat Malaysia yang sukakan perasaan ‘tense’ ketika di dalam panggung.
Fantasy Island menceritakan tentang Mr. Roarke yang menunaikan segala impian rahsia pengunjungnya di resort mewah yang terletak di sebuah pulau tropikal terpencil menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, ia tidak seindah yang disangka apabila fantasi berubah menjadi mimpi ngeri. Untuk mencari jalan keluar dan meneruskan hidup, pengunjung-pengunjung tersebut perlu menyelesaikan misteri pulau itu terlebih dahulu.
Dibarisi pelakon-pelakon seperti Michael Pena, Lucy Hale, Maggie Q, Portia Doubleday, filem ini turut membawa korang untuk berfantasi kerana apa sahaja impian bakal terlaksana di pulau indah tersebut.
Tapi.. Bila dah berlaku beberapa insiden yang menakutkan, angan-angan korang akan terhenti disitu dan terus bersyukur dengan apa yang korang ada. Hiks!
Fantasy Island merupakan sebuah filem yang pada asalnya nampak straight forward, namun dipertengahan jalan cerita, ia akan membuatkan penonton berfikir dan merasa cemas. Mempunyai beberapa plot cerita untuk difahami, Fantasy Island mengungkap kisah fantasi lima individu yang berbeza dalam satu cerita yang sama.
Datang dengan impian yang berlainan, namun segalanya saling berkait setelah tiba di Fantasy Island. Apa yang membuatkan filem ini menarik adalah kerana plot twist yang diberikan pengarah. Jika tidak, mungkin filem ini hambar dan korang pun tidak tahu bagaimana pengakhirannya.
Apa yang pasti, filem ini turut memberi mesej bahawa sudah menjadi lumrah kehidupan, dalam setiap impian yang korang inginkan, tidak semuanya berakhir dengan kebahagiaan dan kegembiraa. Korang perlu menerima segala ketentuan takdir yang telah ditetapkan pada setiap manusia.
Portia Doubleday and Lucy Hale in Columbia Pictures’ BLUMHOUSE’S FANTASY ISLAND.
Nah, kalau korang nak faham apa yang kami ceritakan ini, jangan lupa saksikan Fantasy Island yang akan ditayangkan bermula 27 Februari 2020 di seluruh pawagam tanah air.
Jangan ada yang takut pergi pulau pula ya lepas ni. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gal Gadot mencipta sejarah apabila menjadi pelakon kelahiran Israel pertama yang diberikan penghormatan bintang ‘Hollywood Walk Of Fame’ pada Selasa.
Dalam ucapan yang diberikan oleh Gadot pada majlis berkenaan, beliau beberapa kali merujuk kepada asal-usulnya sebagai seorang warganegara Israel malah sempat menyelitkan beberapa ayat dalam bahasa Ibrani atau Hebrew.
“Saya hanyalah seorang gadis dari sebuah bandar di Israel,” katanya dan menerima sorakan yang kuat daripada penyokong khalayak di sana.
Sambungnya, “Kepada semua orang muda terutamanya gadis-gadis di luar sana; sekiranya seorang gadis dari Rosh Ha’ayin (merujuk kepada dirinya) boleh menerima bintang di Hollywood Boulevard, tiada apa yang mustahil.”
Hari istimewa pelakon Wonder Woman ini juga turut disaksikan oleh suaminya, Jaron Varsano serta empat orang anak perempuan mereka iaitu Alma, 13; Maya, 8; Daniella, 3 dan Ori, 13 bulan.
Bagaimanapun, acara Hollywood Walk of Fame itu dicemari dengan cemuhan penunjuk perasaan pro-Palestin yang sedikit sebanyak menangguhkan acara selama 15 minit sebelum ia bermula.
Antara papan tanda yang dipegang oleh penunjuk perasaan itu termasuklah slogan seperti, ‘Disney menyokong pembunuhan beramai-ramai’ dan ‘Hollywood, soal kemanusiaan adalah untuk semua insan’.
Protes berkenaan bertambah semarak susulan serangan tentera Israel secara besar-besaran di Gaza pada Selasa sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh dalam serangan itu menurut media tempatan di sana.
Sebagai info, serangan terhadap Hamas di Gaza ini berlaku atas arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz atas alasan keengganan Hamas membebaskan tawanan warganegara Israel.
Berbalik kepada acara penganugerahan kepada Gadot tadi, bintang filem Disney Snow White itu juga secara lantang menyokong Israel seperti mana yang dilakukan Gadot sejak serangan pengganas 7 Oktober 2023 dan pencerobohan ke atas Gaza di media sosial dan secara terbuka di acara-acara yang dihadirinya.
Sentimen itu sekali lagi diucapkan Gadot sebelum acara semalam apabila beliau ditemubual oleh Variety.
“Saya tidak pernah membayangkan di jalan raya sekitar Amerika Syarikat dan di bandaraya seluruh dunia; kita akan melihat orang ramai tidak mengutuk kelompok Hamas tetapi meraikan serta bersorak pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi,” katanya.
Irama dan lirik lagu Antara Anyir Dan Jakarta merupakan sebuah naskah seni yang malar segar. Keindahan dan harmoni lagu tersebut cukup mesra sebagai halwa telinga, masih relevan sehingga sekarang biarpun sudah lebih tiga dekad usianya.
Kelmarin khabar duka melanda dunia muzik nusantara apabila komposer lagu tersebut, Oddie Agam telah disahkan meninggal dunia. Turut berduka mendengar perkhabaran itu adalah Datuk Sheila Majid yang merupakan penyanyi lagu popular tersebut.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya, ibu kepada empat cahaya mata ini berkata, “Kami amat berdukacita dengan khabar Ini. Saya sudah lama mengenali arwah. Sebelum menjadi penyanyi lagi.
“Dialah pencipta lagu Indonesia yang pertama yang telah mengharumkan nama saya ke Indonesia dengan lagu-lagu seperti Antara Anyer dan Jakarta, Aku Cinta Padamu,Tua Sebelum Waktu , Begitulah Cinta dan beberapa lagu lagi, malah sebelum mengenali dia sebagai komposer dia juga adalah rakan keluarga kami.”
Selain itu Shiela juga menyifatkan yang pemergian komposer tersebut ibarat hilangnya sebahagian karier muzik dalam hidupnya.
“Saya berasa sangat sedih, ibarat sebahagian karier muzikal saya telah hilang. Muzik anda akan sentiasa bersinar dihati kami Agam. Terima kasih untuk semua lagu-lagu indah yang anda tulis. Semoga tenang di sana,” jelas beliau lagi.
Memetik laporan Kompas, komposer tersebut meninggal dunia di Rumah Sakit Persahabatan, Jakarta Selatan pada usia 68 tahun akibat kegagalan fungsi buah pinggang. Allahyarham juga dilaporkan pernah diserang angin ahmar pada tahun 2017.