Sis, Jangan Lakukan 6 Perkara Ini Kepada BF Jika Mahu Hubungan Kekal

Share

Wanita tidak dapat lari dengan sikap caring dan penyayang, lebih-lebih lagi kepada lelaki yang dicintai. Pendek kata, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi melihat pasangannya bahagia.

Setiap wanita mengimpikan perhubungan yang bahagia dan berkekalan, sehingga tidak sedar kadang kala mereka sudah mengambil peranan lelaki di dalam sesuatu hubungan itu. Malah, ada yang sanggup mengorbankan kebahagiaan mereka hanya semata-mata kerana cinta.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang tidak seharusnya dilakukan oleh wanita jika ingin perhubungan korang bersama pasangan kekal selamanya.
Jom check senarai enam perkara yang wanita tidak boleh lakukan untuk lelaki yang mereka cintai.

 

1. Cuba untuk menyelesaikan segala masalah pasangan

 

Walaupun pasangan korang mempunyai isu di tempat kerja atau masalah kewangan, korang tidak harus cuba untuk mengeluarkan dirinya daripada masalah-masalah tersebut.

Dengan berbuat demikian, mereka akan merasa seperti tidak bertanggungjawab untuk masa hadapan dan menganggap korang ragu-ragu untuk memilihnya sebagai pasangan kerana masalah yang dihadapinya.

 

2. Sering memberi hadiah mahal

 

Adalah lebih baik jika ingin memberi mereka hadiah, berilah yang sama nilai dengan pemberiannya kepada korang. Ini untuk mengelakkan pasangan berasa janggal dan rendah diri kerana tidak mampu untuk membalas hadiah mahal.

Jangan anggap hadiah mahal dapat membeli cinta lelaki yang ikhlas. Jika pasangan korang gemar diberikan hadiah yang mahal-mahal tanpa membalasnya kembali, awas mungkin mereka hanya mahukan duit sahaja.

 

3. Jadi orang untuk dia mengadu bila bersedih

 

Tidak seperti wanita, lelaki tidak akan jatuh cinta dengan seorang gadis yang kasihan kan dirinya. Walaupun korang sering menjadi tempat mengadu emosi si lelaki, tidak bermakna dia menaruh harapan kepada korang.

Seorang wanita yang bijak akan menyokong dan memberi inspirasi kepada pasangannya dan ini merupakan salah satu rahsia hubungan yang bahagia.

 

4. Jangan cakap “What did I tell you?”

 

Jangan sesekali mengatakan ungkapan “What did I tell you?” kepada pasangan walaupun korang berada di pihak yang benar. Ini akan membuatkan mereka merasakan rendah diri dan menganggap korang lebih bijak daripadanya. Melihatkan sikap dominan ini akan membuatkan mereka tercabar.

 

5. Melepaskan kehidupan peribadi dan kerjaya

 

Hanya kerana korang ingin mendirikan rumah tangga, tidak bermakna korang harus melepaskan kehidupan bersama rakan-rakan dan kerjaya. Jika v mengorbankan semua kehidupan bahagia itu, tidak mustahil pasangan korang akan meninggalkan korang satu hari nanti dan akhirnya, korang tidak lagi punya apa-apa.

 

6. Ubah penampilan secara drastik

 

Jangan mengubah penampilan diri korang semata-mata merasakan perlu sentiasa kekal menawan di hadapan pasangan. Lelaki yang ikhlas akan menerima korang seadanya tetapi jika dia meminta untuk korang berubah sedikit, apa salahnya korang turuti untuk kebahagiaan bersama kan?

IKLAN