Jenama telefon bimbit Nokia rasanya antara yang legend kerana telah menghasilkan beberapa model telefon yang popular sekitar era 90-an dulu.
Jika ditanya apakah jenama handphone pertama korang? Rata-rata daripada kita mesti menggunakan handphone keluaran Nokia. Time tu kalau dapat pakai memang rasa dah cukup mewah la hiks!
Tapi dek kerana susah sangat nak ingat nama model telefon tu, ramai yang memberi gelaran lain pada kebanyakan handphone Nokia ni.
Cuba korang tengok ni, confirm korang ingat!
1. Sabun (Nokia 6600)
Mungkin sebab bentuknya yang comel-comel bulat, ramai yang menggelarkan model Nokia 6600 ni sebagai ‘Nokia Sabun’.
Ads
2. Daun (Nokia 7610)
Model ni pun antara yang popular satu ketika dulu. Tengok je pun korang dah tahu kan kenapa panggil daun?
3. Nokia Sembilu (Nokia 3650)
Ingat lagi tak drama Sembilu lakonan Zed Zaidi dan Hetty Sarlene? Time tu, telefon ini digunakan oleh watak utama drama tersebut dan tak semena-mena naik pula nama Nokia Sembilu. Jangan main, main, harga handphone ni pun beribu wey!
Ads
Memang sesuailah dengan watak Hetty Sarlene yang jadi anak orang kaya dalam drama tu kan. Hehe!
4. Nokia Pisang (Nokia 8110)
Rekaan melengkung bagi model telefon ini yang membuatkan orang memberi gelaran ‘Nokia Pisang’.
5. Butterfly (Nokia 8250)
Ads
Nampak tak navigation button tu macam bentuk rama-rama? Ha, sebab tu la kot panggil Butterfly.
6. Nokia lipstik (Nokia 7280)
Berbentuk petak panjang seperti lipstik. Tapi susah nak menaip sebab tak ada keypad. Siapa pernah pakai?
Okay dalam keenam-enam handphone Nokia ni, mana satu yang pernah korang pakai?
Penggunaan panggilan video berkumpulan yang tinggi ketika virus pandemik Covid-19 ketika ini menyebabkan aplikasi Facebook meningkatkan keupayaan panggilan video.
Facebook sebelum ini telah pun mengumumkan bakal menawarkan perkhidmatan panggilan video telesidang melalui Messenger, dinamakan sebagai Messenger Rooms. Lanjutan daripada pengumuman, kini Messenger Rooms telah mula diperkenalkan secara berperingkat kepada semua.
Menariknya, Messenger Rooms membolehkan pengguna melakukan panggilan video dengan mudah. Pada sesuatu masa, sehingga 50 orang boleh menyertainya. Tiada had masa yang ditetapkan, selain ia ditawarkan secara percuma. Wow!
Pengguna yang ingin memulakan Messenger Rooms perlu mempunyai akaun Facebook. Sebaik sahaja suatu bilik dicipta dan panggilan dimulakan, korang akan diberikan suatu pautan khas untuk menjemput kawan-kawan lain. Mereka boleh menyertai panggilan video berkenaan walaupun tidak mempunyai akaun Facebook.
Ciri ini masih diperkenalkan secara berperingkat, dan korang akan dapat melihatnya pada akaun anda dalam masa terdekat ini. Untuk memulakannya, hanya perlu memulakan panggilan video melalui Messenger, dan kemudian menjemput rakan-rakan anda menyertainya.
Apa pendapat korang? Adakah Messenger Rooms mampu menandingi kehebatan serta populariti aplikasi video call yang lain ?
Selepas kematian George Floyd di tangan anggota polis Minneapolis baru-baru ini, Amerika Syarikat digegarkan dengan insiden tunjuk perasaan besar-besaran bagi menunjukkan solidarity kematian beliau.
Tular di media sosial apabila banyak butik-butik mewah dipecah masuk dan ramai yang mengambil kesempatan untuk mengambil barangan daripada butik yang telah dirusuh.
Gambar hiasan
Apple Store tidak terkecuali daripada menjadi mangsa ‘rompakan’, apabila iPhone, iPad, Apple Watch, MacBook dan iMac yang diletakkan di ruang pameran kedai dan stok di dalam stor telah dicuri. Namun, apa yang mungkin tidak diketahui si ‘perompak’ ialah peranti demo di Apple Store dilengkapi sistem akan menyahaktifkannya apabila ia dicuri.
Seorang individu yang dipercayai telah mengambil iPhone tersebut memuat naik gambar di media sosial dengan menunjukkan amaran yang dipaparkan untuk memulangkan semula dari lokasi ia dicuri serta peranti sedang dijejak oleh pihak berkuasa yang telah dihubungi.
Sistem GPS yang menjejak lokasi peranti boleh digunakan secara percuma dan disebabkan itu, peranti boleh dikesan dengan mudah oleh pihak Apple selagi ia dihidupkan. Semua peranti yang dicuri kini tidak lagi boleh digunakan dan hanya bernilai sebagai alat ganti haram.
Ha, dalam mimpi sahajalah mereka nak pakai iPhone secara percuma. Sudahlah tak boleh guna, tak pasal-pasal didakwa mencuri pula. Hiks!
Sejak beberapa hari lalu ramai yang memperkatakan tentang kad Touch ‘n Go baharu dengan sokongan NFC dan apa yang menariknya kad ini boleh ditambah nilai menerusi aplikasi TNG eWallet.
Kad ini dilengkapi dengan teknologi “Near Field Communication” untuk menambah nilai kad dengan Touch ‘n Go eWallet melalui teknologi NFC. Manakala kad versi lama tidak mempunyai teknologi ini.
Kad ini kini telah dijual secara rasmi melalui harga yang sama dengan kad TNG biasa iaitu RM10 di aplikasi TNG eWallet dan dikenakan caj sebanyak RM5 bagi kos penghantaran. Selain itu juga, korang boleh mendapatkan kad yang telah dinaik taraf ini di stesen Petronas dan Shell terpilih seluruh negara. Namun begitu, kad ini masih belum dijual di stesen-stesen LRT.
Berdasarkan senarai di laman web TNG, sebanyak 153 stesen minyak (klik sini) di seluruh negara telah menjual kad berkenaan dan dikatakan ia mempunyai tempoh hayat penggunaan selama tujuh tahun. Pengguna boleh merujuk pada tarikh luput yang tertera pada kad tersebut.
Untuk pengetahuan korang, kad ini juga ada waranti 30 hari selepas pembelian. Korang hanya perlu mengemukakan bukti resit pembelian jika terdapat sebarang masalah ketika menggunakannya. Kad Touch ‘n Go baharu ini pastinya akan mendapat permintaan yang tinggi dan sekiranya korang berminat, boleh mendaftar untuk mendapatkan notifikasi apabila stok ditambah semula.
Dengarnya memang kad ini ‘laku keras’. Mana tidaknya, ia lebih mudah kerana boleh ditambah nilai menerusi aplikasi TNG eWallet sahaja. Namun diingatkan telefon pintar korang perlulah mempunyai sistem NFC okay?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.