Boleh dikatakan apa sahaja lokasi penggambaran yang menarik ditayangkan di dalam filem atau drama luar negara, sudah pasti menjadi tumpuan masyarakat di negara kita sewaktu melancong ke sana.
Jika sebelum ini, filem Ada Apa Dengan Cinta 2 yang menjalankan penggambaran di Jogjakarta mendapat perhatian selepas ditayangkan di Malaysia, kini sebuah lagi drama Korea pula, Crash Landing On You bakal menjadi tumpuan pelancong untuk merakamkan momen yang sama seperti dalam drama trending tersebut.
Berikut merupakan antara beberapa tempat lokasi pengambaran Crush Landing On You yang korang boleh singgah sekiranya bercuti ke Korea.
1. Cheongsan Arboretum
Kalau korang masih ingat dengan adengan romantik Ri Jeong Hyeok membonceng Yoon Se Ri menaiki basikal ketika melewati pepohon di Cheongsan Arboretum. Disini terdapat lebih daripada 200 jenis bunga liar, pokok dan tanaman air seperti teratai dan bunga lili. Khabarnya, korang memerlukan lebih kurang dua jam untuk mengelilingi satu taman botani ini.
Biasanya penduduk disini akan berkunjung ke tempat ini pada bulan Julai dan Ogos untuk meraikan Festival Teratai Taean yang dipenuhi dengan lotus. Bayangkan kalau korang ke sini, mesti banyak port untuk ambil gambar OOTD?
Ads
2. Hutan Seogwipo
Hutan yang terletak di Pulau Jeju ini antara lokasi menarik yang korang boleh kunjungi kerana tempatnya yang nyaman, sesuai untuk menenangkan fikiran dan lari daripada kesibukan kota.
Lokasi ini juga adalah tempat dimana pertama kali mereka bertemu, ketika Yoon Se Ri tersangkut di atas pokok.
3. Wolfgang Steakhouse
Ads
Restoran mewah yang terletak di Kawasan Gangnam ini menjadi tempat makan malam di dalam adengan drama tersebut. Khabarnya restoran ini memang popular di seluruh dunia kerana pemiliknya memilki 40 tahun pengalaman bekerja sebagai pelayan di Peter Luger Steakhouse, salah satu restoran steak paling sukses di New York.
4. Tangeum Lake Rainbow Bridge
Jambatan ini menjadi saksi apabila Ri Jeong Hyeok dan Yoon Se Ri meluahkan perasaan antara satu sama lain. Lokasi ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat ‘dating’ dan ia akan mengeluarkan lampu dalam bentuk warna pelangi setelah matahari terbenam.
5. Pocheon Hantan River Sky Bridge
Ads
Disinilah tempat Ri Jeong Hyeok mengingat kembali sewatu di Switzerland dimana dia meminta wanita yang kelihatan seperti sedang mempunyai masalah untuk mengambil gambarnya bersama Seo Dan. Dia tidak tahu bahawa dia akan menyelamatkan nyawanya. Momen sweet ini berlaku di Sungai Hantan Sky Bridge Pochen, Korea Selatan.
6. Seonnyeo Rock Beach
Lokasi ini adalah adengan dimana Hyun Bin tiba setelah merangkak melalui terowong bawah tanah yang menghubungkan Korea Utara ke Korea Selatan. Ia menyusuri garis pantai yang terletak di Kota Incheon.
Okay macam mana, agak-agak ada yang merancang nak ke Korea ke? Korang bolehlah cari tempat yang kami senaraikan ini untuk melihat sendiri lokasi penggambaran CLOY. Nanti bolehlah ambil gambar banyak-banyak share dengan kami. Hiks!
Sebuah lagi filem seram yang kami ingin cadangkan untuk korang tonton di pawagam, The Black Phone arahan Scott Derrickson, lakonan Mason Thames, Madeleine McGraw, Jeremy Davies, James Ransone dan Ethan Hawke.
Sumber: United International Pictures
Filem ini menceritakan tentang Finney Shaw yang pemalu tetapi bijak berusia 13 tahun telah diculik oleh pembunuh kejam. Pembunuh memerangkapnya di ruangan bawah tanah kalis bunyi di mana tiada seorang pun akan mendengar jeritan mangsa. Apabila telefon yang terputus di dinding mula berdering, Finney mendapati dia dapat mendengar suara mangsa sebelum ini yang cuba membantunya melarikan diri.
Sumber: United International Pictures
Pada mulanya, kami agak sedikit ragu-ragu kerana menyangkakan jalan ceritanya agak perlahan kerana kebanyakan filem psycho atau thriller mempunyai plot yang agak slow di permulaan cerita. Tetapi sangkaan kami meleset kerana garapan cerita dibuat dengan baik dan membuatkan penonton ternanti-nanti apakah yang akan berlaku seterusnya.
Nak kata cerita hantu tidak juga, tetapi ada juga babak menyeramkan. Hiks!
Lakonan pelakon remaja Mason Thames dan Madeleine McGraw juga wajar dipuji kerana mereka berjaya membawa watak yang diberikan dengan begitu baik. Penuh emosi dan meyakinkan!
Sumber: United International Pictures
Finney yang diculik mencari jalan keluar berdasarkan panggilan telefon yang diterima daripada mangsa-mangsa sebelum ini. Persoalannya, adakah remaja ini berjaya menyelamatkan diri? Ha, korang kenalah tonton sendiri di pawagam. The Black Phone sudah pun mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 23 Julai 2022.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tinggal beberapa hari lagi musim ketiga siri popular The Penthouse bakal disiarkan di kaca televisyen. Ramai yang sudah tidak sabar menantikan kemunculan drama tersebut untuk melihat kesudahan kisah yang penuh mendebarkan di Hera Palace.
Baru-baru ini, SBS telah pun melancarkan teaser pertama bagi drama hit tersebut. Video bermula dengan adengan sebuah kereta meletup dengan kuat dan Shim Soo Ryun mengatakan “Logan telah mati. Dia pergi ke suatu tempat untuk mengimbau kenangan bersama Logan Lee dan mengungkapkan “Pasti ada seseorang di sana” ketika Joo Dan Tae tertawa di belakang.
Joon Dan Tae muncul dan berkata “Aku merindukanmu, Shin Soo Ryun dan Joon Seok Hoon memberitahu Bae Ro Na, “Kita tidak akan berpisah sekali lagi”
Terdapat juga watak baru yang dibawa oleh On Joo Wan sebagai Baek Joon Gi, orang yang datang ke Korea bersama Logan Lee dan Chun Seo Jin mengatakan “Oh Yoon Hee tidak boleh berkomunikasi secara rahsia dengan Joo Dan Tae, bolehkah dia? Hati-hati dengan wanita itu”
Joo Dan Tae dilihat dengan marah menikam seseorang dan berkata “Shim Soo Ryun akan mati”. Chun Seo Jin dengan malu-malu mengatakan, “Seperti yang diharapkan Joo Dan Te.” Yoo Dong Pil (Park Ho San) juga sepertinya tidak ada gunanya, dan Shim Soo Ryun menolak seseorang dari tebing ketika dia menyatakan dalam suara, “Saya akan membawa mereka pada bila-bila masa. Saya akan mengambil nyawa mereka”.
Wah makin panas nampaknya musim ketiga ni.
So guys, jangan lupa saksikan musim ketiga The Penthouse yang dijadualkan akan bersiaran pada 4 Jun depan. Harapnya kesudahan filem ini buat penonton puas hati ya. Hiks!
Kehilangan yang besar buat industri perfileman Thailand apabila pelakon filem seram popular Thailand, Nang Nak, Winai Kraibutr, 54, dilaporkan meninggal dunia.
Winai yang cukup terkenal menerusi watak Mak dalam filem romantik seram, Nang Nak (1999) meninggal dunia akibat penyakit Bullous Pemphigoid pada 20 Mac yang lepas, lapor portal 8days.
Ia merupakan penyakit kanser kulit yang jarang ditemui dan mendiang menderita penyakit tersebut sejak lima tahun lepas.
Menerusi satu hantaran di media sosial isterinya, Chonrada Saenrangsi memaklumkan mendiang meninggal dunia di Hospital Bangkok selepas alami masalah tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada salur darah.
Kata isterinya lagi, tahap kesihatan Winai merosot sejak 15 Mac yang lepas, sebelum diserang sawan dua hari kemudian. Selepas itu, mendiang dilaporkan tidak sedarkan diri dan akhirnya disahkan meninggal dunia minggu lepas.
Menurut 8days, kehidupan Winai berubah selepas dia didiagnosis menghidap Bullous Pemphigoid, penyakit autoimun yang menyebabkan lepuh pada kulit pada tahun 2019.
Untuk info, Filem Nang Nak dilaporkan tersebut menempa kejayaan yang sangat hebat apabila menjadi filem pertama negara tersebut yang mencecah jualan tiket mencecah nilai 150 juta bath dan dia mendapat gelaran Hundred Million Hero.
Takziah kami ucapkan buat ahli keluarga Winai Kraibutr.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...