
Berita baik buat korang yang tengah nak beli kereta, beberapa jenama kereta termasuk keluaran luar negara mencatatkan penurunan harga antara RM2,000 hingga RM3,000 selepas perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan sekurang-kurangnya lima jenama kenderaan termasuklah model Perodua, Honda, Toyota, BMW dan Volkswagen akan turun harga.
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, berkata berdasarkan struktur cukai baru, hampir semua model Perodua akan menyaksikan harga lebih rendah.
Wah, kalau macam ni ada chance la korang nak tukar kereta baru kan. Hiks!
Jom kita tengok antara senarai kereta yang bakal diturunkan harga.
1. Perodua Axia
Harga: RM40,390
Sebelum ini: RM41,497

2. Perodua MyVi 1.5
Harga: RM54,090
Sebelum ini: RM55,300

3. Honda Jazz 1.5
Harga: RM83,633
Sebelum ini: RM85,750

4. Toyata Vios
Harga: RM93,200
Sebelum ini: RM93,980

5. BMW
Harga: RM185,800
Sebelum ini: RM188,800

6. Volkswagen Polo
Harga: RM74,900
Sebelum ini: RM76,888

Moga dengan penurunan harga kereta ni dapatlah sedikit sebanyak membantu korang untuk beli kereta sendiri. Namun begitu, ukur baju di badan sendiri ya. Jangan sebab harga kereta turun, korang pergi beli yang diluar kemampuan pula.
Sumber: Astro Awani & Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menang Kategori Kostum Terbaik Oscars 2020, Little Women Antara Filem Wajib Tonton

Greta Gerwig kembali hadir dalam arahan filem terbarunya, Little Women yang diadaptasi oleh sebuah novel klasik tahun 1869 karya Louisa May Alcott dengan judul yang sama.
Berlatarkan pada tahun 1860an di Massachusetts, Amerika Syarikat selepas Perang Saudara, ia berkisarkan tentang kehidupan tiga beradik perempuan iaitu Meg, Jo dan Amy selepas berpindah keluar dari rumah keluarga mereka.
Filem ini juga bercerita tentang bagaimana kedudukan wanita pada zaman tersebut dalam mengejar impian dan masa hadapan yang baik. Jo memiliki keinginan untuk menjadi penulis dan berhijrah ke New York bagi mengejar cita-citanya. Jo juga seorang yang sangat dekat dengan ketiga-tiga adik beradiknya sehingga sanggup mengorbankan cinta kerana mendahulukan keluarga dan cita-cita.

Menerima enam pencalonan dalam anugerah Oscars dan baru sahaja tadi memenangi kategori Best Costume, ternyata filem ini menjadi antara yang wajib ditonton pada bulan Februari ini.
Apa yang menarik, kostum yang berlatar belakangkan sekitar tahun 1860an berjaya menambat hati juri. Tidak dinafikan, rekaan yang ditampilkan dalam filem ini memang menarik dan boleh membawa penonton menyelami semula era ratusan tahun yang lepas.
Jalan ceritanya lengkap dengan kisah keluargaan dan cinta yang mana masing-masing cuba untuk mendapatkan jodoh terbaik. Berasal dari keluarga miskin, makcik mereka cuba untuk mengubah nasib keluarga dengan ingin menjodohkan anak-anak saudaranya bersama lelaki yang kaya raya.

Namun, mereka mempunyai pilihannya sendiri yang akhirnya membawa kepada kebahagiaan masing-masing.
Walau bagaimanapun, kami merasakan durasi filem selama 2 jam 15 minit ini agak panjang bagi filem bergenre drama seperti ini. Walaupun jalan ceritanya mempunyai isi dan mesej, namun kerana kemeleretannya membuatkan kami rasa agak bosan di waktu awal permulaan cerita.
Sehinggalah di pertengahan filem, barulah kami merasakan pergerakan cerita semakin pantas dan mempunyai perkembangan yang menarik.

Ikatan kekeluargaan yang sangat erat
Apa-apa pun kami sangat tertarik dengan ikatan kekeluargaan yang ditonjolkan dalam filem ini. Keakraban mereka adik-beradik mengingatkan kehidupan norma kita bersama keluarga. Biasalah, dalam adik-beradik ada yang baik, degil, dan macam-macam perangai lagi.
Kami suka watak yang dimainkan oleh Florence Pugh sebagai Amy March. Seorang adik yang pernah merasa dengki terhadap kakaknya, tetapi dalam masa yang sama mengalah dalam cinta kerana mencintainya lelaki yang sama dicintainya kakaknya.

Babak inilah yang mengusik emosi penonton apabila melihat pengorbanan yang dilakukan dua beradik ini.
Ha, tak bolehlah cerita panjang lebar lagi. Korang kena saksikan sendiri Little Women yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 13 Februari 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktif Sukan Rugbi & Wakili Malaysia Ke Eropah, Remaja SPM 9A Ini Mampu Lakukannya

SPM 2017 yang baru diumumkan membawa seribu cerita kepada pelajar yang sudah mendapat keputusannya. Ada yang cemerlang, tidak kurang yang keputusannya hanya biasa-biasa sahaja.
Bila bercerita tentang kecemerlangan keputusan, agak tidak hairan jika kebanyakan pelajar yang mendapat result bagus adalah mereka yang “ulat buku”. Mungkin mereka kurang aktif dalam sukan padang dan kokurikulum di sekolah.
Luar biasa sebenarnya untuk menemui pelajar yang mendapat straight A tetapi masa yang sama sibuk di atas padang. Inilah yang dibuktikan oleh seorang remaja bijak, Arif Hakimi Mohd Nazil. Mendapat 9A dalam SPM 2017 yang baru diumumkan, remaja ini juga cukup aktif bermain sukan rugby bukan saja di peringkat negeri malah negara.
Membanggakan apabila dia kini sedang sibuk berlatih bagi mewakili Malaysia ke kejohanan Paris World Games 2018 di Paris, Perancis bawah 18 pada 3-8 Julai 2018 yang akan datang.
Terpilih dalam program National Rugby Development Program (NRDP) di bawah Kementerian Belia & Sukan atas idea Menteri Belia & Sukan, YB Khairi Jamaludin, kebanyakan pemain yang dipilih ke Europe ini sangat istimewa kerana mereka terdiri dari pelajar bijak dan masa yang sama aktif bersukan



Inilah ciri kelainan yang ada di bawah program NRPD kerana mereka mencari remaja yang mementingkan dua elemen ini dalam kehidupan seharian.
Dalam temubual bersama Remaja dan ditanya tentang rahsia belajarnya, menurut Arif Hakimi dan mesra di sapa Kimi yang merupakan bekas pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, dia tidak mempunyai apa-apa rahsia belajar tetapi sering memberi tumpuan ketika guru mengajar. Masa yang sama, dia akan mengulang kaji pelajaran semasa prep.
“Bila pulang ke rumah, saya ada ketikanya akan menonton perlawanan rugby selain menonton video permainan sukan ini. Bagi saya sukan rugby ini mampu membentuk disiplin diri kepada individu,’ kata anak bongsu dari dua beradik ini.
Menceritakan terpilih di bawah National Rugby Development Program, ini merupakan tahun pertama pemilihan.
“Ada dua kategori, satu di bawah usia 16 dan satu lagi bawah 18 tahun. Kesemua pemain yang terpilih akan mewakili Malaysia dalam kejohanan Paris World Games 2018.
Kejohanan ini satu pendedahan yang baik dan saya begitu bersemangat dan akan terus aktif pada masa-masa akan datang,” katanya yang meminati pasukan rugby terkenal dunia, All Black.


Bagaimana aktif sukan dan masa yang sama bijak pelajaran?
Kata Kimi, pembahagian masa yang betul, disiplin diri dan kena tahu untuk mencapai “goal” adalah rahsia kejayaannya.
“Kita tak boleh aktif dalam sukan saja dan masa yang sama abaikan pelajaran. Masa memang banyak di padang latihan tetapi kena bijak bahagikan masa itu sendiri. Kita kena tahu pilihan tepat dan masa yang sama, keluarga juga mendorong dan memberi galakan kepada saya,” katanya memaklumkan, bapanya, Prof MadyaDr Mohd Nazil bin Salleh merupakan Timbalan Dekan Penyelidikan & Pengajian Siswazah di UNISEL manakala ibunya, Prof Madya Dr. Norashikin Shamsudin pakar dermatologi di Universiti Putra Malaysia.
Jom tengok apa pencapaian remaja bijak ini.
- Presiden Pembimbing Rakan Sebaya (2016-2017)
- Kapten Pasukan Rugby Sekolah Sultan Alam Shah 2017 (7s aside)
- Naib kapten Pasukan rugby 2016/2017 (15s aside)
- Pemimpin Pelajar untuk Internasional Friendship di Jepun (Kokusai Gakuin Junior & Senior High School)
Penyertaan & pencapaian dalam sukan rugby
2013 – KGV 10s Tournament (Plate Champion)
2014 – Iskandar 10s Tournament (Plate Champion)
*SDAR 10s Tournament (3rd Cup)
*Allied Pickford 15s Tournament (3rd Cup)
*KGV 10s Tournament (Plate Champion)
*Centaurs Tournament (3rd Cup)
2015 – VI 10s Tournament (Bowl Champion)
*Kejohanan Ragbi Malaysia 10s (Bowl Champion)
2016 – Ansara 10s Tournament (Runner-up Cup)
*KL Saracens 10s Tournament (Runner-up Bowl)
*MCKK Premier 7s Tournament
*KPM SALBROS Tournament MSSM 7s
*Super Six School Rugby 15s (Bowl Champion)
*COBRA 10s Tournament (Shield Champion)
*Medini 7s Tournament (Bowl Champion)
*MSSM Rugby 15s U18 Tournament (Bowl Runner-up)
*SBP 10s Tournament
2017 – MCKK Premier 7s Tournament (Bowl Champion)
*MSSM RUGBY 15s U18 Tournament
*Arsad Ahmad Cup (Champion)
*Super Six School Rugby 15s (Runner-up Cup)
*MAB Cup 15s Tournament (Runner-up Plate)
2018 – Rembau 7s Tournament (Cup Champion)
*Currently playing for ASAS Rugby Club in Putrajaya League
*Selected for Malaysia U18 rugby team (under national rugby development program NRDP)

Sukan disertai:
*2015 – MSSM Olahraga Putrajaya 1500m
*2016 – MSSM Olahraga Putrajaya 1500m
Anugerah :
*2017 – Anugerah Pengetua Lonjakan
*2015 – Anugerah Pengetua Lonjakan Saujana
*2014 – Trends In International Maths and Science Study (certificate of excellence)
Hobi & minat
*Main rugby
*Latihan kecergasan (gym)
*Main futsal & bola sepak
*Bina permainan lego
*Membaca isu semasa, politik dan kisah sejarah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Relax Guys, Neelofa Bukannya Akan Berjalan Di Pentas Victoria’s Secret Fashion Show 2017

Jika korang merupakan seorang peminat tegar kepada pelakon, pengacara dan ahli perniagaan, Neelofa, pastinya korang telah mengikuti berita gembira yang disampaikan olehnya di laman Instagram.
Beberapa posting yang dimuat naik oleh Neelofa sejak tiga hari lalu mengesahkan bahawa dirinya telah menerima jemputan untuk sama-sama memeriahkan acara pertunjukan fesyen pakaian dalam eksklusif, Victoria’s Secret Fashion Show 2017 (VSFS) yang ditunggu-tunggu oleh peminat fesyen dunia.

Neelofa menjadi selebriti Malaysia pertama yang dijemput ke (VSFS) atas tiketnya sebagai duta kepada produk OPPO F5 (Red Edition) yang merupakan rakan telefon rasmi acara tersebut pada tahun ini.
Pastinya, ramai peminat fesyen tertunggu untuk menyaksikan rekaan busaan yang bakal disarung Neelofa di atas karpet merah nanti.
Jika pada acara khas Swarovski yang dihadiri Neelofa di Itali pada September lalu, dia telah memilih pereka fesyen tempatan, Fizi Woo dengan busana merah tea length. Kali ini, mungkin Neelofa sekali lagi sekali mengejutkan kita dengan pemilihannya.


Apa yang penting, Neelofa bukannya akan berjalan di atas pentas peragaan Victoria’s Secret. Ada sebahagian pengikut di Instagram yang mempertikaikan mengapa Neelofa akan menghadiri acara fesyen yang sedikit seksi dan ‘naughty’ itu.
Guys, she will be sitting, not walking down the runway. Bagi REMAJA, tidak salah pun untuk Neelofa berada di lokasi tersebut apatah lagi jenama pakaian dalam tersebut sememangnya diminati oleh ramai wanita. It is meant for women and it is worn by women. Jadi tiada apa pun yang perlu dipertikaikan.
Dalam pada itu, REMAJA tidak sabar untuk melihat jika Neelofa sempat untuk bergambar bersama mana-mana ‘angels’ pada malam ini. Jika dulu, foto bersama Karlie Kloss pernah dibidik olehnya. Mungkin kali ini, Neelofa berkesempatan untuk berdiri di sebelah Joan Smalls, Bella Hadid, Taylor Hill, Alessandra Ambrosio dan Lily Aldridge?
Yang pasti, jika Neelofa berswafoto bersama Harry Styles yang dijadualkan menghiburkan penonton di acara tertutup itu, we will all be JEA – LOUS.
Have fun babe! xx
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

