6 Calon Politik Muda & ‘Helok’ Diberi Kepercayaan Untuk Bertanding, Mampukah Mereka?

Share

Awal pagi ini, sesi penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-14 telah berlangsung sebelum jam 10 pagi.

 

Menariknya, tumpuan tidak hanya terarah kepada perletakan calon senior dan ‘matang’ di kawasan masing-masing.

Namun, ramai juga yang tertarik dengan keputusan parti politik untuk memberikan peluang kepada calon muda di bawah usia 35 tahun untuk bertanding pada kali ini.

Sama ada ini merupakan taktik untuk menarik pengundi muda atau mereka sememangnya melihat kuasa calon muda ada potensi untuk pergi jauh, itu terpulang kepada parti.

Apa yang lebih utama adalah calon muda semakin mendapat tempat (selayaknya) dan pandangan mereka akan diambil lebih serius selepas ini.

Jom lihat siapakah 8 calon muda lagi ‘helok’ yamg bakal bertanding.

 

01

Chrisnadia Sinam (PKR), 35

Bekas jurutera Sabah di Jabatan Kerja Raya (JKR) ini akan bertanding di kerusi Parlimen P170 Tuaran.

 

02

Mordi Bimol (PKR – DAP), 35

Beliau pernah bertanding untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun 2016 untuk kawasan Tasik Biru tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional, Henry Jinep dengan majoriti 1,288 undi.

Kali ini, beliau akan bertanding untuk kerusi Parlimen P192 Mas Gading pula.

 

03

Shahril Sufian Hamdan (BN – UMNO), 32


Tak sangka rakan Instagram kami ini tercalon di kerusi Parlimen P112 Kuala Langat!

Sebelum berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat minyak dan gas, Shahril pernah bertindak sebagai pegawai polisi kepada YB Khairy Jamaluddin.

 

04

Ho Kwok Xheng (BN – MCA), 30

Mirip kepada perjalanan cerita Speaker DUN Selangor, Hannah Yoeh dari DAP, Kwok Xheng juga merupakan calon yang betul-betul berasal, membesar dan tinggal di kawasannya iaitu di kerusi Parlimen P106 Damansara.

 

05

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PKR), 26

Ketua Pemuda Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ini pernah menolak tawaran untuk menyambung pengajian di Universiti Oxford, UK untuk menumpukan kepada bidang politik.

Beliau yang merupakan calon termuda pada PRU 14 ini akan bertanding untuk kerusi parlimen P146 Muar.

 

06

Ahmad Nawfal Mahfodz (PAS), 34

Graduan jurusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini merupakan anak kepada Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed.

Dahulunya, beliau selalu menolong ayahnya itu untuk berkhidmat bagi rakyat di Pagoh. Kini, beliau pula tercalon untuk kerusi parlimen P143 Pagoh.

* * * * *

Walaupun berbeza anoligi politik, penulis berharap agar kemasukan mereka ke dalam bidang politik ini adalah atas dasar inginkan kebaikan untuk rakyat dan negara.

All the best, guys!

IKLAN