
Kalau dah namanya selebriti, bukan hanya diri sendiri malah orang disekeliling mereka juga turut mendapat perhatian. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, rasanya inilah pepatah yang paling sesuai digambarkan tentang kejelitaan anak dara selebriti Malaysia yang sudah meningkat dewasa.
Ada yang mengikut jejak langkah ibu mereka, namun ada juga yang lebih selesa mengikut haluan masing-masing. Namun, apa yang menarik perhatian adalah kecantikan yang tetap diwarisi oleh si ibu.
Berikut kami senaraikan anak gadis selebriti wanita yang sering mendapat perhatian netizen.
1. Dr. Puteri Julia Nabilah Tan Sri Megat Junid
Anak kepada Datuk Ziela Jalil

2. Erysha Emyra
Anak kepada pelakon Datin Seri Noniswara

3. Marissa Dania
Anak kepada Abby Abadi

4. Siti Nurunnyssa
Anak perempuan kepada Siti Saida Taruddin

5. Athalia Deena Buswani
Anak kepada penyanyi Sharifah Zarina

6. Wan Nur Khaleda Aziz
Anak kepada Datuk Sheila Majid

Sama cantik persis si ibu kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang Pop Kris Wu Ditangkap Di China Atas Tuduhan Rogol

Bekas ahli kumpulan K-pop EXO, Kris Wu dilaporkan telah ditahan di Beijing, China semalam kerana disyaki melakukan pemerkosaan membabitkan beberapa mangsa wanita.
Mahkamah China secara rasmi telah bersetuju dengan penangkapan bintang pop popular itu atas tuduhan permerkosaan. Berita penangkapan Kris ini serta-merta menjadi topik paling diperkatakan di laman Weibo China sehingga menerima 1.6 bilion ‘status’ berkaitan dengannya oleh warganet China.
Kris Wu terlebih dahulu pernah ditahan pada 31 Julai 2021 akibat tuduhan sama. Selebriti berusia 30 tahun ini dituduh melakukan penderaan seksual kepada seorang remaja bernama Du Meizhu yang berusia 19 tahun. Ketika berusia 17 tahun, Meizhu yang merupakan seorang pelajar jurusan Komunikasi di University of China, Beijing dibiarkan mabuk dan kemudiannya diperkosa di rumah Kris walaupun niat asal gadis itu ke sana adalah untuk menghadiri uji bakat.
Pelajar itu turut menyatakan bahawa masih ramai lagi gadis telah menjadi mangsa Kris selain dirinya termasuk gadis bawah umur. Biarpun Kris menafikan tuduhan itu, beberapa jenama terkenal telah menamatkan kontrak bersamanya.
BACA: Padah Dituduh Pemangsa Seksual, Jenama Produk Tamat Kontrak Dengan Kris Wu

Semasa siasatan dijalankan, beberapa individu lain muncul dan mengaku pernah menjadi mangsa penderaan seksual melibatkan Kris.
Pada 11 Ogos 2021, The China Press melaporkan seorang wanita Cina yang tinggal di Los Angeles bertemu pihak peguam untuk meminta sokongan undang-undang dan mengaku pernah didera secara seksual oleh Kris beberapa tahun lalu.
Difahamkan, mangsa ketika itu masih belum berusia 18 tahun dan bertemu Kris ketika menghadiri perjumpaan peminatnya di Los Angeles. Gadis itu bertukar ID WeChat dengan Kris dan didakwa didera secara seksual pada pertemuan kali kedua mereka.

Jika disabitkan bersalah, sudah tentu ia bakal ‘menggelapkan’ masa depan kerjaya Kris setelah sekian lama penat dibinanya. Dengan bakat dan rupa yang ada, selebriti ini nampaknya cuba untuk menghancurkan kariernya sendiri.
Untuk pengetahuan, Kris membuat penampilan sulung bersama EXO pada tahun 2012. Namun dia meninggalkan kumpulan itu pada 2014 kerana berhadapan masalah melibatkan kontraknya dengan syarikat label EXO, SM Entertainment. Setelah mendapat persetujuan mahkamah, SM Entertainment dan Kris Wu mencapai penyelesaian di mana kontraknya dengan SM Entertainment masih lagi sah sehingga tahun 2022.
Selepas meninggalkan EXO, Kris mencipta nama kemunculan sebagai penyanyi, pelakon, model dan penerbit di China. Pengaruh yang dimiliki bukanlah calang-calang sehinggakan banyak jenama terkenal ingin menjadikannya sebagai duta mereka.
Ini merupakan kes jenayah kedua melibatkan selebriti K-pop yang menjadi perhatian pada bulan ini selepas kes bekas ahli Big Bang, Seungri.
ARTIKEL BERKAITAN : Seungri Terima Hukuman Penjara Selama 3 Tahun – REMAJA
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa masih ingat Juara Lagu Dulu-Dulu? Persembahan Terbaik Untuk Penyanyi, Gelaran Utama Pula Untuk Komposer

Malam ini akan berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-35 menyaksikan 12 lagu dipertandingkan dalam majlis tertutup memenuhi prosedut operasi standard yang ditetapkan. Pertandingan yang dianjurkan saban tahun sejak 1986 ini merupakan antara pertandingan paling lama bertahan dalam sejarah penyiaran di Malaysia menggunakan konsep yang sama dengan sedikit perubahan dari tahun ke tahun.
Mula diadakan pada tahun 1986, lagu Sekadar Di Pinggiran nyanyian Francisca Peter dijulang sebagai juara sulung dan Manan Ngah merupakan komposer pertama diangkat sebagai juara. Apa yang menarik perhatian adalah bagaimana penganugerahan dibezakan untuk komposer dan juga penyanyi.


Bagi edisi sulung tersebut, biarpun Francisca Peter menyanyikan lagu hanya Manan Ngah yang naik ke pentas untuk menerima hadiah kerana beliau merupakan komposer lagu tersebut, sesuai dengan pertandingan ini sebagai pertandingan yang mengangkat komposer dan penulis lirik. Namun begitu Francisca Peter tidak pulang dengan tangan kosong apabila dia memenangi tempat kedua bagi kategori persembahan terbaik. Kategori persembahan terbaik untuk edisi pertama ini dimenangi oleh Alleycats yang mempersembahkan lagu Sampaikan Salam Cintaku.

Itulah uniknya pertandingan Juara Lagu ketika itu, tiga anugerah untuk lagu terbaik dan tiga anugerah untuk persembahan terbaik. Kategori lirik terbaik pula mula diadakan pada edisi kedua Juara Lagu 1987 menyaksikan penulis lirik terkenal, Habsah Hassan diangkat sebagai pemenang sulung menerusi lirik puitisnya untuk lagu Menaruh Harapan.


Namun begitu format ini diubah pada tahun 1992 yang mana menyaksikan pemenang diasingkan mengikut kategori lagu dan kemudiannya juara keseluruhan dipilih dari tiga lagu terbaik setiap kategori. Dan kini bermula tahun 2009, Anugerah Juara Lagu edisi ke-24 format telah kembali seperti dahulu yang mana tiada kategori lagu diadakan dan disamping pemenang utama untuk komposer dan penulis lirik, barisan penyanyi berpeluang merebut gelaran vokal dan juga persembahan terbaik.
***P/S- Tengok penyanyi wanita dulu-dulu pertandingan pakai baju kurung je. Simple dan cantik!
Sumber gambar: YouTube TV3
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kim Jong Kook Umum Bakal Kahwin, Sedia Tamatkan Zaman Bujang Pada Usia 49 Tahun

Penyanyi dan pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Jong Kook baru-baru ini mencuri perhatian para peminat apabila beliau memaklumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.
Khabar gembira yang diumumkan sendiri oleh Jong Kook pada pagi 18 Ogos menerusi sepucuk surat tulisan tangan yang dimuat naik di laman fan cafe rasminya. Dalam surat tersebut, personaliti rancangan Running Man itu mengakui beliau kini sedang sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan.
“Saya selalu mempersiapkan diri untuk menulis surat seperti ini, tapi bila betul-betul menulisnya sekarang, saya rasa lebih gementar dan berdebar daripada yang saya bayangkan. Saya akan berkahwin,” tulisnya.


“Sebenarnya saya sudah memberi sedikit ‘hint’ dari semasa ke semasa, tapi saya tahu pasti ramai yang rasa ini agak mengejutkan. Tahun ini genap 30 tahun sejak saya debut, walaupun saya belum hasilkan album yang saya idamkan, saya sudah temui pasangan hidup saya,” ujarnya.
Menurut pelakon yang kini berusia 49 tahun itu, meskipun agak lewat, beliau tetap menganggap perjalanan ini sesuatu yang sangat bermakna dan penuh rasa syukur.
Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan bahawa majlis perkahwinannya akan diadakan secara sederhana dalam masa terdekat dan hanya akan dihadiri oleh keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat tanpa sebarang liputan media secara besar-besaran.


“Saya ingin berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa menjadi sumber kekuatan buat saya sejak sekian lama. Berkat sokongan anda, saya mampu melangkah ke fasa baharu dalam hidup ini,” katanya.
Sekadar info, dalam perkembangan terkini, Kim Jong Kook masih aktif berkongsi kandungan menerusi saluran YouTube peribadinya serta sebagai ahli tetap rancangan hiburan SBS ‘Running Man’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

