
Gambar Hiasan AI
Seramai 500,000 pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia bakal menerima Baucar Buku Madani bernilai RM100 bermula 28 Ogos hingga 12 Disember 2025. Inisiatif ini diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hasil persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut kenyataan media KPT, pemberian ini melibatkan pelajar di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti serta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Menariknya, pelaksanaan baucar ini akan dijalankan sepenuhnya secara digital melalui portal MySiswaPlace
, yang menjadi platform sehenti untuk semakan kelayakan, penjanaan baucar, penebusan dan pembelian bahan bacaan.Lebih best, MySiswaPlace menawarkan lebih 1 juta judul bahan bacaan daripada lebih 250 rakan niaga. Pelajar boleh memilih sama ada mahu membeli buku fizikal atau e-book mengikut keperluan masing-masing. Jadi, sama ada anda perlukan buku akademik, bahan rujukan, bacaan ilmiah atau sekadar buku santai untuk hiburan, baucar ini boleh digunakan.
Inisiatif ini dilihat sebagai langkah tepat kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan pelajar sekaligus menggalakkan budaya membaca di kalangan belia. Dengan kos buku yang semakin meningkat, bantuan ini pasti memberi kelegaan besar terutama buat pelajar yang sedang mencari rujukan untuk tugasan dan peperiksaan.
Jadi, buat semua pelajar IPT, jangan lepaskan peluang ini! Pastikan anda menyemak kelayakan di portal rasmi MySiswaPlace dan gunakan baucar RM100 ini sebaik mungkin. Ingat, ilmu adalah pelaburan paling bernilai untuk masa depan anda.
BACA LAGI : Kiosk Sentuhan MADANI Pertama Di Alamanda Putrajaya! ‘Settle’ Urusan JPJ, KWSP, TNB Dan …
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.