5 Tips Belajar Secara ‘Online’ Tanpa Gangguan, Ini Perkongsian Dr Amalina Bakri Yang Korang Boleh Try

Share

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh pihak kerajaan pada beberapa bulan lalu telah mengubah sistem pembelajaran di Malaysia.

Rata-rata pihak sekolah dan universiti bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia menggunakan keadah pembelajaran secara digital melalui sidang video.

Namun, mesti banyak cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh para pelajar sewaktu belajar di alam maya.

Kami faham bukan semua orang dapat belajar secara ‘online’dengan baik. Jadi untuk korang yang ada kelas secara ‘online’ ni, apa kata ikut saja tip yang pernah dikongsi oleh Dr. Amalina Bakri yang satu ketika dulu pernah menjadi pelajar cemerlang di negara kita.

Ini tipnya:

1. Tutup telefon pintar dan media sosial. Tetapkan had masa untuk bersosial menggunakan gajet anda.

2. Pasang matlamat harian dan jangka panjang. Buat jadual sendiri dan letakkan deadline.

3. Hadiahkan diri anda dengan ganjaran apabila berjaya mencapai sesuatu dan rehatkan diri.

4. Kumpulkan rakan-rakan untuk belajar secara berkumpulan di alam maya untuk meningkatkan motivasi.

5. Kongsikan matlamat dan impian anda kepada rakan-rakan supaya mereka sentiasa beringat antara satu sama lain dan tidak bertangguh.

“Selamat maju jaya buat pelajar semua. Kesungguhan adalah kunci kejayaan. Teruskan berjuang,” ucap Dr. Amalina.

Don’t worry guys. Practice makes perfect kan? So, mulai hari ini apa kata korang try tip yang dikongsikan oleh Dr Amalina ni.

Good luck!

Sumber : @DrAmalinaBakri

IKLAN