5 Tanda Boyfriend Dah Mula Muak Dengan Perangai Korang

Share

 

Antara perkara paling penting dalam hubungan romantik di antara dua insan adalah  persefahaman dan keinginan untuk menerima satu sama lain  seadanya.

Baik atau buruk perangai si dia akan diterima dengan hati terbuka. Tapi, korang tahukah bahawa kesabaran lelaki juga ada hadnya ? Kadangkala dia sudah lama muak dengan  perangai korang tapi dipendamkan sahaja di dalam hati.

Tak mahu perkara seperti ini berlaku? Sebelum terlambat jom sama-sama lihat 5 petanda dia sudah muak dengan korang!

 

1. Semakin lama semakin tidak kisah

Di awal perhubungan, apa sahaja yang keluar dari mulut pasangan umpama pujian yang membuatkan kita senyum melebar. Namun, jika korang mula perasan semakin lama dia  semakin tidak endah dengan apa yang korang perkatakan, itu tanda awal dia sudah muak.

 

2. Selalu lambat bila nak jumpa

Berbeza betul dengan masa dia nak ‘mengorat’ dulu. 2 jam menunggu di luar kelas korang pun dia sanggup lakukan demi berjumpa. Tapi sekarang, bila ajak jumpa je, mesti dia lambat. Datang pun dengan muka seperti terpaksa.

 

3. Sikap kelakarnya lesap begitu saja

Lelaki kelakar ini sebenarnya mudah untuk mendapat perhatian perempuan, termasuklah korang. Jika tiba-tiba dia dingin, itu petanda dia sebenarnya sudah naik bosan dengan kamu. Sudahlah tidak buat lawak, dia buat pula muka ‘sepuluh sen’!

 

4. Tidak call atau mesej

Hubungan semakin dingin bila dia seakan kekeringan idea semasa ingin berborak menerusi panggilan telefon atau mesej pesanan ringkas.

Jika dulu, mesej dialah yang pertama menyambut kamu bangun tidur. Tapi sejak kebelakangan ini, nak cakap ‘hai’ pun payah. Haaa, itu salah satu tanda dia muak!

 

5. Kamu tidak mampu membuat dia tersenyum

Dulu – tak perlu effort

pun, senyuman korang boleh membuatnya cair. Tapi  lama-kelamaan mukanya masam semacam je. Tambahan pula, lelaki sukar untuk menyembunyikan perasaannya.

*

Bagi REMAJA, jika seorang lelaki tidak lagi menghargai korang, sudah muak atau bosan dengan korang atas alasan yang tidak munasabah, tinggalkan sajalah dia.

Jangan letakkannya  sebagai fokus utama hidup kamu. Buat apa terus stay dengan orang yang tak boleh hargai diri kamu, tak gitu?

IKLAN