Tahun ini kelihatan ramai selebriti yang baru sahaja bergelar sebagai ayah. Tahniah kami ucapkan kepada mereka! Menjadi seorang ayah bukanlah mudah, begitu juga buat mereka yang bergelar ibu.
Namun, korang tahu tak sebenarnya ada diantara selebriti di Hollywood ini juga menyambut Hari Bapa buat pertama kalinya, dan semua selebriti ini adalah selebriti yang korang kenal dan diminati ramai.
Bintang terkenal antarabangsa, dan pelakon utama Crazy Rich Asians Henry Golding ini telah menimang cahaya matanya yang pertama bersama isteri Liv Lo, pada bulan Mac yang lalu. Henry juga berkata yang kehadiran anak mereka ini telah merubah kehidupan mereka 360 darjah, dan semestinya ianya juga membawa kebahagian kepada mereka berdua.
Penyanyi kumpulan Jonas Brothers ini juga menyambut Hari Bapa buat kali pertama! Hasil daripada perkahwinannya bersama pelakon Sophie Turner, mereka telah menimang bayi perempuan yang diberi nama Willa, pada Julai tahun lalu.
Bintang pop terkenal, Jason Derulo juga merupakan salah seorang new father. Hasil daripada perkahwinannya bersama influencer Jena Frumes, mereka menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Jason King Derulo pada Mei yang lalu.
Pasangan selebriti terkenal Zayn Malik dan Gigi Hadid telah menimang bayi perempuan pada September 2020 yang lalu. Bayi perempuan itu telah diberi nama ‘Khai’. Zayn berasa sangat terharu dan masih berasa seakan tidak percaya yang beliau kini telah mempunyai seorang anak. Ianya merupakan sebuah pengalaman yang baru buatnya.
Pelakon Game of Thrones Kit Harrington dan juga Rose Leslie telah menimang cahaya mata pertama mereka pada Februari yang lalu. Perasaan yang kedua-dua pasangan ini alami semestinya tidak dapat digambarkan. Mereka berdua berasa sangat teruja, terutama sekali buat Kit sendiri!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang aksi legenda Thailand, Tony Jaa, kini sedang melalui fasa paling mencabar dalam hidupnya apabila dilaporkan menjalani rawatan kanser pundi hempedu sejak didiagnosis pada Jun 2024.
Menurut laporan media Thailand, aktor terkenal itu pada awalnya mengalami sakit perut berpanjangan serta simptom jaundis yang berterusan. Keadaan tersebut mendorong beliau menjalani pemeriksaan lanjut sebelum doktor mengesahkan kehadiran kanser pundi hempedu.
Lebih membimbangkan, penyakit berkenaan dilaporkan telah berada pada tahap 3 dan hampir ke tahap 4 ketika diagnosis dibuat. Tahap ini lazimnya memerlukan rawatan segera dan agresif kerana risiko komplikasi yang tinggi serta kesan serius terhadap fungsi organ dalaman.
Situasi ini nyata mengejutkan peminat, memandangkan Tony Jaa dikenali sebagai figura yang sangat menjaga kecergasan fizikal dan disiplin latihan sejak awal pembabitannya dalam dunia seni mempertahankan diri.
Rawatan Agresif Tunjukkan Perkembangan Positif
Bagaimanapun, sumber terdekat memaklumkan bahawa Tony Jaa bertindak pantas dengan menjalani rawatan agresif, termasuk pembedahan dan beberapa sesi kemoterapi yang dirancang oleh pasukan perubatan pakar.
Langkah pantas itu kini menunjukkan perkembangan positif, sekali gus memberi harapan baharu dalam perjuangan melawan kanser pundi hempedu.
Laporan oleh Channel 3 Thailand menyatakan keadaan Tony Jaa kini berada dalam keadaan lebih stabil.
Walaupun begitu, beliau masih memerlukan pemantauan rapi dan rawatan susulan sepanjang tempoh pemulihan bagi memastikan kesihatannya terus terkawal.
Pasukan perubatan dilaporkan sentiasa memantau tahap tindak balas tubuhnya terhadap rawatan, terutamanya kesan kemoterapi terhadap stamina dan sistem imun.
Kebimbangan peminat mula tercetus selepas aktor itu kelihatan semakin kurus dalam beberapa hantaran di media sosial kebelakangan ini.
Perubahan fizikal tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi, lebih-lebih lagi apabila tiada kenyataan rasmi dibuat di laman Facebook rasminya mengenai masalah kesihatan sebenar.
Dalam muat naik terbaharu pada 31 Januari, Tony Jaa hanya berkongsi aktiviti penggambaran video muzik baharunya berjudul One More Round, tanpa menyentuh sebarang isu berkaitan kesihatan.
Usia 50 Tahun, Simbol Perjalanan Seorang Ikon
Tony Jaa, atau nama sebenarnya Tatchakorn Yeerum, baru sahaja menyambut ulang tahun ke-50. Usia tersebut cukup simbolik buat seorang figura yang terkenal dengan aksi fizikal ekstrem, keberanian melakukan aksi sendiri serta disiplin latihan luar biasa.
Bagi peminat, berita mengenaikanser pundi hempedu bukan sekadar kisah penyakit, tetapi ujian terbesar buat seorang legenda aksi yang selama ini sinonim dengan kekuatan luar biasa.
Nama Tony Jaa mula meledak di peringkat antarabangsa menerusi filem Ong-Bak (2003) yang menampilkan seni Muay Thai asli tanpa penggunaan stuntman atau CGI. Kejayaan itu membuka laluan besar ke industri filem Hong Kong dan Hollywood, sekali gus membina reputasi global sebagai ikon filem aksi Asia.
Antara karya besar yang mengukuhkan namanya termasuk Tom-Yum-Goong (2005), Furious 7 (2015), xXx: Return of Xander Cage (2017), Paradox (2017), Master Z: Ip Man Legacy (2018), Triple Threat (2019) dan Detective Chinatown 3 (2021).
Sokongan Keluarga & Doa Peminat
Sumber industri hiburan turut memaklumkan bahawa keluarga Tony Jaa sentiasa berada di sisi, memberikan sokongan penuh sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan.
Buat masa ini, aktor itu memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kesihatan berbanding komitmen lakonan.
Ruangan media sosial Tony Jaa kini dibanjiri ucapan semangat, doa dan sokongan daripada peminat seluruh dunia yang berharap ikon aksi itu kembali pulih sepenuhnya.
Sumber : Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi meningkat naik, Yonnyboii tidak lama lagi bakal bergelar bapa selepas isteri tercintanya, Nik Nazira mengumumkan kehamilan cahaya mata sulung mereka.
Berita gembira itu dikongsikan isteri penyanyi lagu Sakit itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya, baru-baru ini.
“Setelah beberapa bulan merahsiakan, kini saya mahu berkongsi kehamilan yang tinggal beberapa bulan dengan awak semua. Alhamdulillah, kami bakal menjadi ibu dan ayah kelak.
“Mohon doakan urusan kami dan anak kecil dipermudahkan (saya tahu saya kelihatan kurang berkongsi asalkan bayi selamat),” coretnya menerusi ruangan kapsyen.
Nik Nazira bagaimanapun masih tidak mendedahkan usia kandungan. Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen hantaran berkenaan dihujani ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebriti serta para peminat.
“So i’m gonna be aunty soon? Tahniah Nina!,” komen pengikutnya.
“Alhamdulillah! Tahniah Yonina!,” komen juga pengikut lain.
Sekadar informasi, YonnyBoii dan Nik Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Satu momen menyentuh hati melibatkan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza baru-baru ini mencuri perhatian warganet apabila beliau bertemu semula dengan seorang pemandu teksi yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan awal kerjayanya.
Difahamkan, individu tersebut merupakan pemandu teksi yang pernah menghantar penyanyi terkenal itu ke pertandingan Bintang HMI suatu ketika dahulu.
Momen tersebut menjadi lebih bermakna apabila penyanyi tersohor itu turut menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Nurjiwa bersama masyarakat setempat, selain menyampaikan sumbangan secara langsung kepada golongan yang memerlukan.
Menerusi satu perkongsian di media sosial oleh Yayasan Nurjiwa, ia memaparkan pertemuan semula Siti Nurhaliza dengan pemandu teksi veteran tersebut yang berlaku baru-baru ini di Kuala Lipis.
“Momen yang cukup mengharukan, pak cik inilah yang pernah memandu teksi membawa Datuk Siti Nurhaliza ketika beliau menyertai pertandingan Bintang HMI suatu ketika dahulu,” kata Yayasan Nurjiwa.
Menurut perkongsian itu lagi, pada hari Siti dinobatkan sebagai juara pertandingan berkenaan, beliau pulang ke kampung halaman bersama kedua ibu bapanya dengan menaiki teksi pak cik tersebut sambil membawa pulang sebuah televisyen besar yang dimenanginya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak apabila mengetahui pemandu teksi itu bukan sahaja menjadi saksi kepada perjalanan awal kerjaya Siti, malah individu yang membawanya pulang ke Kuala Lipis bersama kejayaan pertamanya.
“Terima kasih pak cik, sanggup terima permintaan dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur, semoga pak cik sihat selalu,” ujar pengguna Amirul Ashraf.
Dalam masa sama, seorang lagi pengguna turut memuji sikap Siti Nurhaliza yang dilihat tidak pernah melupakan individu yang pernah berjasa dalam perjalanan hidupnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.