5 Sebab Mengapa ‘Perempuan Kasar’ Best Untuk Dijadikan GF

Share

 

Tak semua perempuan itu sama. Kalau 10 orang perempuan disusunkan dalam satu barisan, besar kemungkinan mereka semua mempunyai personaliti dan minat berbeza.

Salah satu karakter perempuan yang wujud dalam kalangan rakan-rakan kita adalah perempuan yang mempunyai karakter yang sedikit ‘kasar’.

Ramai menganggap perempuan kasar sukar didekati. Malah, ada juga lelaki yang takut-takut nak tackle awek ‘kasar’ ni.

Kasar bukan bermaksud biadap atau berkelakuan tidak baik. Cuma mereka merupakan seseorang yang agak slumber

dan tak cover cun. Lebih sporting dan gila-gila.

So, ini antara 5 sebab kenapa perempuan kasar boleh menjadi pasangan yang best.

 

Berdikari

Sumber Foto: MyDomaine

Karakter kasar selalunya ‘didatangkan’ dengan ketegasan. Dah macam buy 1 free 1 pula.Mereka enggan bergantung harap kepada lelaki.

Mereka tahu apa yang diinginkan dan melakukan semuanya sendiri. Pendek kata, kalau lelaki dapat awek macam ini memang senanglah hidup. Tak adalah nak berkepit 24 jam.

 

Jujur

Siapa kata perempuan complicated?

Perempuan kasar diketahui ramai sebagai seorang yang menggemari gaya hidup yang ringkas dan tidak suka berdrama. Semua benda dia akan terus terang, itulah sebab kadangkala mereka boleh terlepas cakap. Opps!

 

Pandai Jaga Diri

Sumber Foto: South China Morning Post

Jika pasangan keluar dengan rakan perempuannya, si boyfie tak perlu risau kerana pasangan mereka ini seorang yang pandai menjaga diri sendiri.

Mereka tahu mengenai baik dan buruk sesuatu keadaan. Tidak terlalu naiflah, senang cerita.

 

Tak Kuat Cemburu

Bukanlah nak kata sampai tiada perasaan cemburu langsung pada boyfriend. Tapi, perempuan kasar bukanlah sejenis cemburu buta.

Kalau lelaki cakap dengan kawan perempuan mereka, perempuan kasar tidak akan memerah otak memikirkan pasangan mereka akan ‘diambil’ orang.

Mereka adalah seorang yang mudah memberi kepercayaan, namun jika kepercayaan itu ditikam dari belakang.. SIAPLAH korang.

 

Fun!

Sumber Foto: Pinterest

Perempuan kasar ni ada macam-macam perancangan yang best. Lelaki serious tak akan bosan kalau keluar dengan dorang ni. Asalkan ada minat yang sama, kira onz la!

IKLAN