5 Perkataan Yang Hanya Orang Malaysia Faham Maksud Sebenarnya

Share

 

Soal bahasa di Malaysia ni memang ‘berwarna-warni’.

 

Kita memang kaya dengan kepelbagaian bahasa. Dah lah ada bahasa berbeza, malah ada juga loghat kenegerian yang kadangkala sukar untuk difahami mereka yang berasal dari negeri lain.

Bukan itu saja, perkataan yang kita tuturkan pun ada maksud yang berbeza kalau nak dibandingkan dengan maksud perkataan itu di negara luar.

Jom tengok antara perkataan favourite korang:

 

01

Federal

 

Di negara orang : Federal merujuk kepada ibu negara di mana kerajaan pusat beroperasi. Contohnya, Ottawa – Kanada, Canberra – Australia atau Tokyo – Jepun.

Di Malaysia : Federal merujuk kepada Lebuhraya Persekutuan. Contohnya, “Weh, lalu Federal lagi dekat ke NPE..?”

 

02

On

Di negara luar : On merujuk kepada lokasi atau perbuatan menyalakan suis elektrik. Contohnya, “Have you see my book on the table?”

Di Malaysia : On bermaksud ONNN! untuk memastikan aktiviti yang ingin dilakukan bersama menjadi. Contohnya, “On tak on lepak mamak malam ni?

 

03

Action

Di negara luar : Merujuk kepada genre sesebuah filem. Contohnya, Mission Impossible boleh dikategorikan sebagai sebuah filem action.

Di Malaysia : Kalau ada orang yang action dengan kita, memang nak kena tangan sekali. Iyalah siapa nak kawan dengan orang yang selalu berlagak atau action tak tentu pasal?

 

04

Slumber

Di negara luar : Selalunya dilakukan oleh gegadis dengan kawan baik mereka. “Girls, lets have a slumber at my house tonight.” Mulalah mereka menyolek rakan masing-masing sambil menonton filem White Chicks.

Di Malaysia : Basically, slumber bermaksud relaks dan tak kisah langsung. Contohnya, “Slumber je dia makan depan kita, padahal bulan puasa.”

05

Tackle

Di luar negara : Kalau ada orang nak tackle korang, better be prepared with your first aid kit. Maksudnya, dia nak belasah cukup-cukup! Terutamanya ketika sedang bertanding di atas padang sukan.

Di Malaysia :100% berlainan dengan maksud tackle oleh orang Malaysia, ada seseorang yang sukakan korang. Eh eh, senyum je bila ada yang nak cuba tackle. Tapi kalau cara dia tackle terlalu menjengkelkan, tu yang buat kita nak ‘tackle’ dia betul-betul!

 

IKLAN