Filem merupakan sebuah medium penceritaan yang mampu membawa kita untuk ketawa, menangis, gembira, sedih dan jatuh cinta. Pengalaman menonton wayang sememangnya unik dan berbeza daripada menonton televisyen atau video di komputer atau telefon pintar.

Setiap orang ada sebab berbeza mengapa mereka menonton wayang. Ada yang ingin habiskan masa lapang, aktiviti berpacaran, tak mahu ketinggalan dengan trend dan juga sebagai hobi yang dianggap cukup eksklusif. Tidak kurang juga yang menganggap filem sebagai sebuah karya seni terbaik pernah dicipta oleh manusia.

Disebabkan itulah kita perlu sentiasa ada etika ketika berada di dalam panggung wayang. Pertama sekali kerana kita berkongsi ruang dan layar dengan orang yang tidak kita kenal. Sepanjang tempoh satu jam setengah atau dua jam kita akan sama-sama berada dalam satu ruang untuk menikmati perkara yang sama. Jadi janganlah melakukan 5 perkara yang REMAJA nyatakan di bawah.

MENJAWAB PANGGILAN TELEFON

5 Perkara Tak Bertamadun Yang Perlu Korang Elak Semasa Menonton Wayang

Bayangkan ketika korang tengah asyik dibuai dengan jalan cerita tiba-tiba diganggu oleh deringan telefon yang cukup kuat. Lebih menyakitkan hati apabila panggilan telefon itu dijawab dengan suara yang kuat! Janganlah kita mnjadi orang yang tak ada budi bahasa seperti ini. Tetapkanlah telefon dalam nada senyap atau vibration sahaja. Jika perlu menjawab penggilan kecemasan keluarlah dari dewan panggung.

IKLAN

MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR

5 Perkara Tak Bertamadun Yang Perlu Korang Elak Semasa Menonton Wayang

Ada sesetengah orang yang tak bertamadun mereka suka menggunakan telefon pintar ketika tayangan filem sedang berjalan. Lebih menyakitkan hati apabila skrin telefon mereka yang cukup terang itu menggangu penglihatan orang sekeliling. Lebih hebat lagi mereka langsung tidak mempedulikan tayangan malah sempat lagi bermain permainan video. Agaknya kenapalah orang seperti ini wujud?

BACA: 6 Perkara Menunjukkan Korang Kaki Drama Korea Tegar

IKLAN

PENGULAS TAK BERTAULIAH

5 Perkara Tak Bertamadun Yang Perlu Korang Elak Semasa Menonton Wayang

Spoiler merupakan satu perkara yang cukup pantang bagi penggemar filem. Malah mereka sanggup mengelakkan diri daripada menggunakan laman media sosial atau membaca sebarang review untuk lari daripada spoiler. Jadi bayangkan ketika sedang menonton kita diganggu oleh perbualan orang berdekatan yang mengulas filem tanpa henti kepada kawannya. Lebih parah apabila dia datang menonton buat kali kedua dan menjelaskan terperinci apa yang akan berlaku. Orang seperti ini selayaknya baik duduk rumah layan drama swasta sahaja!

IKLAN

KAKI UPDATE

5 Perkara Tak Bertamadun Yang Perlu Korang Elak Semasa Menonton Wayang

Salah satu ‘virus’ terbaru yangh wujud di kalangan pengguna laman media sosial terutamanya Instagram adalah kecenderungan untuk share semua benda di dalam Instagram Stories mereka. Begitu juga jika menonton filem di panggung wayang. Orang seperti ini suka merakam babak yang berlaku di layar ke IG Stories. Adakah merreka tidak tahu bahawa perbuatan ini merupakan kesalahan dari segi undang-undang?

BIKIN WAYANG SENDIRI

5 Perkara Tak Bertamadun Yang Perlu Korang Elak Semasa Menonton Wayang

Ini bukanlah perkara yang berlaku dalam masa terdekat sahaja. Malah ia telah berlaku sejak bergenerasi lamanya sejak industri perfileman diperkenalkan. Menonton wayang merupakan antara aktiviti pasangan bercinta yang paling popular. Amat jarang untuk kita temui pasangan masa kini tidak menonton wayang bersama. Tetapi bagi mereka yang tak bertamadun ini mereka menggunakan suasana gelap di dalam panggung untuk melakukan aksi-aksi bercengkerama yang kebiasaannya berlaku di tempat duduk belakang dan tersorok. Bak kata orang, mereka membikin ‘drama’ sendiri di belakang. Lebih menjengkelkan lagi jika mereka berterusan melakukan adegan sebegitu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI