Makhluk halus ni memang dah disebut dalam Al-Quran tentang kewujudannya. Jin, Iblis dan Syaitan boleh berubah bentuk dan boleh menyerupai manusia juga. Di Malaysia sahaja pun kita dah ada banyak jenis makhluk mistik yang tok nenek kita pernah ceritakan pada kita waktu kecil dahulu.
Tahu tak korang sebenarnya di Filipina pun mereka ada mahkluk mistik legenda zaman dahulu kala yang mengerikan. Selain daripada keindahan pulaunya yang cantik, Filipina juga merupakan salah satu negara yang mempunyai makhluk mistik yang banyak!
Dikatakan jika korang terjumpa makhluk-makhluk ini semasa bercuti di pulau-pulau sekitar Filipina, cepat-cepatlah lari sepantas kilat.
Ini antara 5 jenis makhluk mistik legenda yang wujud di Filipina:
Tikbalang
Digelar sebagai jelmaan yang mempunyai susuk badan separuh manusia dan separuh haiwan, makhluk ini mempunyai badan yang sasa tetapi berkepala kuda. Tikbalang ini merupakan salah satu makhluk mistik yang digeruni, dan ditakuti disana.
Sumber: Barok and Takya
Makhluk ini wujud di sekitar pergunungan yang dalam dan dikatakan ianya akan melihat setiap gerak geri manusia yang masuk ke dalam kawasannya dan memerhati mereka. Mengikut kepercayaan orang Filipina, mereka menggelar makhluk ini sebagai mischievous god kerana kebolehupayaan makhluk ini untuk menipu manusia dan membuat mereka sesat didalam hutan secara sengaja.
Dikatakan cara untuk memecahkan tipu helah makhluk ini adalah dengan memakai baju korang secara terbalik, dan mungkin korang akan dapat jumpa jalan keluar semula.
2. Tiyanak
Sumber: Barok and Takya
Tiyanak ni lebih kurang macam pontianak dekat Malaysia je lah, tapi bezanya makhluk ni menyerupai seorang bayi kecil yang menangis di hutan, dan makhluk ni makan daging manusia tau!
Ads
Helah Tiyanak ni, dia akan menangis, lepas tu bila ada manusia yang datang untuk nak ‘tolong’ dia, dia muncul dan mula makan orang tu.
Seram bukan? Ye lah, siapa je boleh ignore bayi menangis kan?
3. Sigbin
Sumber: Barok and Takya
Sigbin ni apa pulak? Untuk pengetahuan korang, makhluk ini merupakan seekor haiwan yang menyerupai anjing, tetapi rupanya lebih mengerikan. Para penduduk di Filipina mempercayai jika korang mengambil sigbin sebagai haiwan peliharaan, makhluk ini akan menjaga keluarga korang.
Kalau dekat Malaysia kita panggil Saka lah kan. Sama je konsep dia, makhluk ini pun makan daging mentah, dan ianya lebih suka jika dihidangkan secara segar dan baru sahaja lepas disembelih. Orang melayu pasti familiar dengan kisah bagi saka makan ayam hitam kan? ha sama lah tu!
Ads
Tetapi, kalau korang tak jaga sigbin ni betul-betul, boleh jadi keluarga korang dan diri korang adalah mangsa dia.
4. Manananggal
Kalau di Malaysia kita gelar ianya sebagai penanggal. Makhluk ini mempunyai kepala sahaja, dan isi kandungan ususnya terburai dan ia akan keluar mencari mangsanya dan dipercayai dia akan memakan bayi yang baru lahir. Sama juga seperti Manananggal ini.
Ada yang kata kalau korang terdengar bunyi cakar di bumbung rumah, dan ada ahli keluarga korang yang sedang mengandung, ianya mungkin kerja si Manananggal ni.
Ads
Cara untuk mengalahkan makhluk ini adalah dengan menaburkan garam di sekeliling bahagian rusuk makhluk ini, tetapi korang kena carinya terlebih dahulu.
5. Wanita berbaju putih (White Lady)
Mengikut kepercayaan orang Filipina, White Lady ini sebenarnya seorang wanita yang pernah dibunuh pada suatu ketika dahulu dan kehilangan anaknya. Makhluk ini akan menangis sekuat mungkin dan sesiapa yang mendekatinya pasti akan dibunuh. Jelmaan ini sebenarnya merupakan seekor makhluk yang hanya menunggu untuk membalas dendam.
Di Mexico, makhluk ini digelar sebagai La Llorona, atau weeping woman dalam bahasa Inggerisnya.
Mungkin kalau korang pernah tengok filem The Curse of La Llorona, korang akan faham..
Sumber: IMDB
Jadi macam mana? Seram tak? Hati-hati okay kalau korang terjumpa dengan hantu-hantu ni..
Harga runcit bagi petrol nampaknya naik lagi dan menjadikan harga baharu untuk ketiga-tiga bahan bakar itu adalah RM1.93 (RON95), RM2.23 (RON97) dan RM2.11 (diesel). Ini berikutan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Berikutan daripada harga terkini petrol yang dilaporkan pada Jumaat lalu, mungkin ada diantara kita yang ingin mengambil inisiatif untuk menjimatkan minyak kenderaan.
Jadi apa yang korang boleh buat, cuba tip yang telah dikongsi oleh laman SafetyGear ini.
1. Biarkan enjin kereta sekurang-kurangnya 30 saat sahaja setelah enjin dihidupkan. Tidak perlu tekan pedal minyak untuk memanaskan enjin kerana ia hanya akan membazirkan minyak sahaja.
2. Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ia mempunyai wap yang berlebihan. Jika korang mengisi minyak pada waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar daripada tangki minyak.
Oleh yang demikian, bagi mengurangkan kerugian petrol ‘hilang’ ditelan angin, jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.
Tapi, kalau minyak kereta dah nak habis sangat, janganlah korang tunggu pagi esoknya. Hiks!
3. Isi minyak dengan perlahan-lahan, cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangka dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak kereta. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.
4. Tayar kereta juga memainkan peranan. Pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah 5 peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.
8. Jika korang sudah tahu nak berhenti dimana, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur dan elakkan brek mengejut.
9. Apabila cuaca sudah sejuk (malam atau di tanah tinggi), bolehlah matikan aircond kereta. Selain itu, korang juga boleh matikan aircond sekiranya sudah hampir tiba ke destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.
10. Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakkan kereta. Jika tidak, kereta akan mengalami rintangan angin menyebabkan kereta bergerak perlahan dan menyebabkan korang menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.
Ada beberapa tip yang biasa kita dengar dan tak kurang juga tip baru yang dipelajari. Jadi, pilihan tetap ditangan korang sama ada ingin cuba tip yang dikongsikan ini atau tidak.
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meraih perhatian netizen apabila mendedikasikan ucapan istimewa buat putera sulungnya, Ammar Ahyan sempena ulang tahun kelahiran yang ke-16 tahun.
Menerusi perkongsian video di platform TikTok miliknya, penyanyi lagu popular Abang Nak Tegur itu dilihat memberi kad kreditnya kepada Ammar untuk membeli hadiah dan berbelanja bagi mengadakan majlis hari jadi di rumah mereka.
Dalam hantaran tersebut, Aliff sebagai bapa memohon maaf andai ada kesalahan yang dilakukan sepanjang membesarkan cahaya matanya itu.
“Minta maaf, abah buat video dalam bilik je tengah baring-baring. Kepada anak abah selamat hari jadi yang ke 16 tahun, cepatnya masa berlalu.
“Abah nak minta maaf kalau selama ini abah jadi abah yang jahat, abah yang garang ataupun yang serba kekurangan daripada abah.
“Niat abah cuma nak anak abah jadi orang yang lebih hebat daripada abah, anak yang berjaya dunia dan akhirat, anak yang sentiasa mendoakan ketika abah tak ada lagi,” katanya.
Majlis tertutup tersebut hanya dihadiri oleh rakan karib Ammar dan pembantu rumah, manakala Aliff tidak dapat bersama-sama mereka berikutan perlu ke kediaman ibunda tercinta yang juga usahawan, Bonda Rozita.
Pada masa sama, usahawan berusia 37 tahun itu turut mendoakan dan menitip nasihat buat Ammar agar menjadi anak yang baik dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.
“Menghargai orang tua, menyayangi abah dan juga mama. Sentiasa menjadi abang sulung yang terbaik dan menjadi seorang pewaris kepada perniagaan abah.
“Abah yakin anak abah anak yang hebat. Doa abah, jadilah orang yang disenangi dan disayangi masyarakat. Amin,” tuturnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bersabarlah duhai bakal pengantin bila akad nikah ditunda….
Jika sebelum ini perlaksanaan akad nikah secara online atau melalui sidang video ketika Perintah Kawalan Pergerakan telah pun dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak pasangan pengantin untuk melangsungkan perkahwinan ketika musim PKP.
Berita terbaru, melalui hantaran di Facebook sebentar tadi, Jais memutuskan untuk menangguhkan upacara akad nikah dalam apa juga bentuk dan cara di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkuatkuasa hari ini sehingga 30 Jun depan.
Keputusan tersebut diambil setelah diperhalusi dan demi membantu keberkesanan dasar semasa dan kepentingan banyak pihak sepanjang tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan di seluruh negara.
Semalam, Jais mengumumkan bahawa majlis akad nikah serta semua perkhidmatan di negeri itu ditangguhkan bermula 1 Jun sehingga 14 Jun tetapi ditukar hari selepas Sultan Selangor perkenan titah penutupan selama 1 bulan dari 1 Jun sampai 30 Jun 2021. Pengumuman semalam adalah terbatal.
Rata-rata warganet di media sosial meluahkan rasa sedih kerana terpaksa menangguh majlis akad nikah.
Sumber Gambar: Facebook JAIS
Kami pasti ramai pasangan pengantin yang terpaksa menangguhkan pernikahan mereka ekoran arahan PKP dan penutupan beberapa sektor ekonomi yang dilaksanakan disebabkan kes positif COVID-19 yang tinggi. Tak apa lah jika ini terbaik untuk kita semua. Bak kata pepatah tak lari gunung dikejar.
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...