Kami pasti korang mesti bosan berkurung dirumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang dilaksanakan dibeberapa buah negeri. Malah di kawasan PKPB dan PKPP pun masih banyak aktiviti yang terbatas untuk dilakukan.

So apa kata korang hiburkan hari yang berduka itu dengan menonton 5 K-Drama ini. Mesti hari korang yang bosan disinari dengan gelak tawa. Berikut merupakan 5 senaraikan Kdrama yang korang kena tonton!

  1. ‘True Beauty’

“True Beauty” yang diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama, membawa kisah Im Joo-kyung yang berasa sangat tidak yakin dengan penampilannya lantas menggunakan bantuan solekan untuk kelihatan cantik di mata dunia. Dia kemudiannya berjumpa dengan Lee Su-ho iaitu seorang lelaki yang menyimpan luka jauh di lubuk hatinya. Bersama, mereka mengubah diri dan berkembang dengan berkongsi rahsia antara satu sama lain.

2. Mr. Queen

Mr. Queen mengisahkan tentang seorang lelaki dari dunia moden yang terperangkap di dalam badan seorang permaisuri pada zaman dahulu. Katanya drama ini sangat unik dan kelakar, kalau anda tidak percaya dengan review yang diberikan, mungkin anda boleh tonton sendiri dan kongsikan pendapat anda?

IKLAN

3.  Welcome To Waikiki

Berkisarkan tentang jatuh bangun kehidupan 3 sahabat yang mempunyai bisnes penginapan bernama Waikiki. Ketika sudah hampir muflis, keadaan jadi semakin kacau apabila seorang ibu tunggal datang bersama bayinya. Berlatarkan masalah kehidupan yang mungkin agak dekat dengan realiti kita, drama ini pastinya boleh membuatkan anda ketawa di samping memahami masalah yang dihadapi oleh setiap watak dari drama ini.

IKLAN

4.  Weightlifting Fairy Kim Bok Joo

Menceritakan tentang kisah cinta dan kehidupan para mahasiswa yang bersama-sama mengejar impian mereka untuk menjadi atlet. Difahamkan, drama ini diinspirasikan dari kisah benar atlet angkat berat Korea Selatan bernama Jang Mi-ran. Kalau anda ingin mengimbau kembali zaman percintaan dan kehidupan di universiti, anda bolehlah tonton drama yang dibintangi Nam Joo-hyuk dan Lee Sung-kyung ini!

IKLAN

5. Prison Playbook

 

Siapa sangka drama bertemakan kehidupan dalam penjara akan kelakar seperti ini! “Prison Playbook” membawa penonton menelusuri kehidupan seharian banduan dan juga staf penjara. Meskipun turut diselit dengan babak yang serius tetapi ia juga dipenuhi dengan momen lawak yang pasti akan membuatkan anda gelak tak kering gusi.

Oakay cukup la 5 kdrama ni dulu, nanti dah habis tonton semua ni penulis bagi list yang lain okay. Tapi apa-apapun jagan lupa jaga diri dan jaga SOP untuk melindungi diri korang dari pandemik Covid-19.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI