Drama Korea bukan hanya mendapat tempat di hati peminat tempatan, namun ia turut menjadi bualan hangat oleh peminat di luar negara, terutamanya Malaysia dan Indonesia. Setiap kali muncul di kaca televisyen, pasti menjadi trending kerana jalan ceritanya yang menarik dengan barisan pelakon berbakat.
Walau bagaimanapun, bukan semua drama Korea mendapat sambutan hangat, malah ada yang dipendekkan tayangannya gara-gara tidak mendapat sambutan.
Jom kita lihat antara k-drama yang dipendekkan kerana tidak mendapat rating yang tinggi dan kurang sambutan.
1. A Beautiful Mind
Drama ini sepatutnya mempunyai 16 episod dan walaupun mendapat sokongan daripada penonton luar negara, namun siri ini dikurangkan menjadi 14 episod. K-drama ini hanya mempunyai rating sekitar 3.7 peratus dan ia adalah sangat rendah bagi drama yang disiarkan di saluran awam.
Ads
2. Mom is Acting Up
Asalnya, drama ini sepatutnya mempunyai 120 episod tetapi sebaliknya ia telah dipendekkan menjadi 27 episod. Kekurangan penonton yang berterusan menyebabkan MBC hanya memotong rancangannya dan beralih ke projek lain.
3. A Piece of Your Mind
Ads
Drama ini juga sepatutnya mempunyai 16 episod namun ia tidak berjaya menarik perhatian masyarakat umum dan hanya mencatatkan rating 2.4 peratus. A Piece of Your Mind dipendekkan menjadi 12 episod sahaja.
4. Ex-Girlfriend’s Club
Ads
Episod pertama drama ini hanya mencatatkan rating sebanyak 1.16 peratus dan selepas episod 1, drama ini tidak pernah mendapat rating penonton yang melebihi 1 peratus. Disebabkan itu, drama 16 episod ini dipendekkan menjadi 12 episod.
5. Love Frequency 37.2
Drama ini sepatutnya mempunyai 12 episod namun dipendekkan menjadi 6 episod kerana ia tidak mendapat perhatian daripada masyarakat umum.
Hasil sentuhan pengarah muda tersohor, Syafiq Yusof sekali lagi membuahkan hasil cemerlang apabila filem arahan terbarunya, Sheriff pantas meraih kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal atau sneak preview pada 17 April lalu.
Sheriff sekaligus menguasai tangga teratas dalam carta Top 10 Golden Screen Cinemas (GSC) Malaysia dan mengenepikan beberapa filem antarabangsa yang sedang ditayangkan seperti filem Godzilla X Kong: The New Empire, Winnie The Pooh: Blood And Honey 2, The First Omen dan Badarawuhi Di Desa Penari.
Sheriff yang diterbitkan oleh Skop Productions bersama Astro Shaw juga dijangka akan terus meluncur ke hadapan dengan jumlah kutipan yang lebih tinggi setelah ia memulakan tayangan rasminya semalam di pawagam seluruh negara.
Syafiq, 32 dalam pada itu meluahkan rasa syukurnya apabila Sheriff mendapat sambutan memberangsangkan dan menjangkakan penonton akan mengambil kesempatan musim percutian Aidilfitri pada hujung minggu ini untuk ke pawagam bagi menonton filem tersebut.
“Kami mengharapkan Sheriff mampu menepati cita rasa penonton. Ajak rakan-rakan atau keluarga meluangkan masa bersama dengan menikmati Sheriff yang memaparkan subjek ‘polis tangkap polis’ dari lakonan mantap pelakon-pelakon tanah air,” katanya.
Untuk memeriahkan kehadiran penonton ke pawagam, barisan pelakon Sheriff seperti Shafiq Kyle, Zul Ariffin, Aaron Aziz, Elizabeth Tan dan Azira Shafinaz dijadualkan bakal berada di pawagam-pawagam sekitar Lembah Klang pada 20, 21, 27 dan 28 April ini.
Sebagai info, Sheriff menampilkan watak Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.
Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.
Dalam masa yang sama, Sheriff, seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selebriti Korea sering mendapat perhatian peminat bukan hanya di negara mereka, malah seluruh dunia. Memetik laporan Koreaboo, laman web KingChoice telah membuat tinjauan berkaitan k-pop untuk peminat mengundi siapakah pelakon wanita paling cantik.
Berikut adalah 10 selebriti Korea yang telah mendapat undian tertinggi bagi kategori pelakon paling cantik. Jom kita lihat siapa yang berjaya memikat hati peminat di Korea.
1. Kim Jisoo
Hebatnya, tahniah BLACKPINK Jisoo! Memiliki bentuk wajah yang sempurna dengan sepasang mata semula jadi; inline eyelids menjadikan BLACKPINK Jisoo diundi wanita paling cantik 2023.
Jisoo, yang merupakan ahli Blackpink, dilahirkan pada 3 Januari 1995 dan memulakan kerjayanya pada 2016. Beberapa drama yang paling terkenal termasuk The Producers (2015) dan Snowdrop (2021-2022).
2. Chae Soo Bin
Chae Soo Bin memang dikenali dengan wajah yang menawan. Dia berada dalam senarai teratas artis wanita Korea paling cantik pada tahun 2023. Beberapa drama Korea popular lakonan Chae Soo Bin ialah Love in the Moonlight (2016), The Rebel (2017), A Piece of Your Mind (2020), Rookie Cops (2022), dan The Fabulous (2022).
3. Kim So-hyun
Kim So-hyun antara artis Korea wanita paling cantik pada tahun 2023. Kim So-hyun dilahirkan pada 4 Jun 1999 dan memulakan kerjayanya pada tahun 2006. Dia menjadi lebih terkenal selepas membintangi Moon Embracing the Sun (2012), Missing You (2013), Pure Love (2016), River Where the Moon Rises (2021) dan Love Alarm (2021).
4. Kim Ji Won
Kim Ji Won dilahirkan pada 19 Oktober 1992. Artis wanita Korea yang cantik ini memulakan kerjayanya pada tahun 2010. Dia telah membintangi beberapa drama yang berjaya, termasuk The Heirs (2013), Descendants of the Sun (2016), Lovestruck in the City (2020-2021), dan My Liberation Notes (2022).
5. Bae Suzy
Bae Suzy yang dilahirkan pada 10 Oktober 1994. Dia memulakan kerjayanya pada 2010. Beberapa projek yang paling terkenal termasuk Dream High (2011), While You Were Sleeping (2017), Vagabond (2019), Start-Up ( 2020), dan Anna (2022).
6. Han Hyo Joo
Han Hyo Joo dilahirkan pada 22 Februari 1987 dan memulakan kerjayanya pada tahun 2003. Beberapa projek terkenal yang pernah dibintangi oleh Han Hyo Joo ialah Cold Eyes (2013), Love 911 (2012), The Beauty Inside (2015) , Happiness (2021) dan The Pirates: The Last Royal Treasure (2022).
7. Kim Yoo Jung
Kim Yoo Jung dilahirkan pada 22 September 1999 dan memulakan kerjayanya pada tahun 2003. Beliau telah berjaya membintangi beberapa drama Korea, antaranya; Love in the Moonlight (2016), Because I Love You (2017), Backstreet Rookie (2020), The 8th Night (2021), Lovers of the Red Sky (2021), dan 20th Century Girl (2022).
8. Song Hye Kyo
Artis wanita Korea tercantik Song Hye Kyo menawan hati sesiapa yang memandang. Rata-rata peminat Kdrama mula mengenalinya melalui drama Autumn in my Heart. Selepas itu, Hye Kyo secara konsisten memukau peminat dengan beberapa siri drama Korea popular yang dibintanginya, antaranya Full House (2004), The Winter, The Wind Blows (2013), Descendants of The Sun (2016), Encounter (2018), kepada The Glory yang terkini.
9. Seo Yea Ji
Selain pandai berlakon, Seo Yea Ji termasuk dalam senarai artis wanita Korea paling cantik pada tahun 2023. Seo Yea Ji dilahirkan pada 6 April 1990 dan memulakan kerjayanya pada 2013. Beberapa drama terkenalnya termasuk Save Me (2017), Lawless Lawyer (2018), dan It’s Okay to Not Be Okay (2020).
10. Park Min Young
Park Min Young dilahirkan pada 4 Mac 1986 dan memulakan kerjayanya pada tahun 2005. Beberapa projek yang paling terkenal termasuk Sungkyunkwan Scandal (2010), What’s Wrong with Secretary Kim (2018), When the Weather Is Fine (2020), dan Forecasting Cinta dan Cuaca (2022).
Untuk info, daripada tinjauan tersebut terdapat beberapa nama yang termasuk dalam kategori artis wanita Korea tercantik pada tahun 2023. Ini melibatkan lebih 800 ribu undian.
Artis Korea manakah wanita paling cantik yang menjadi kegemaran korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa kata anak seni tempatan tidah boleh memasang angan-angan dan terbang tinggi hingga ke peringkat antarabangsa?
Pelakon kelahiran Melaka, Frederick Lee telah menerima pencalonan dalam kategori pelakon lelaki terbaik menerusi filem bergenre crime thriller Singapura, Mind’s Eye.
Hasil lakonan berkesannya sebagai seorang pembunuh bersiri, Frederick, 44 yang merupakan adik kepada seorang lagi pelakon tempatan, Christopher Lee (suami kepada Fann Wong iaitu seorang pelakon kelahiran Singapura) telah menerima perkhabaran istimewa itu daripada pihak New York Festivals TV & Film Awards semalam.
Acara tahunan itu mengiktiraf filem dan drama televisyen dari lebih 50 buah negara. Bercakap kepada rakan media di Malay Mail, Frederick menzahirkan rasa puas dan bersyukur di atas pencalonan ini.
“Untuk dicalonkan ada bagus dan jika ditakdirkan memiliki trofi itu adalah bonus. Tapi ia bukanlah sumber motivasi utama saya. Apa yang memotivasikan saya adalah kepuasan setelah menerima respon positif daripada penonton dan pengkritik filem.
“Namun jika saya ditakdirkan untuk memenanginya, sudah tentu saya amat gembira,” ulasnya
Bagi korang yang merasakan Frederick agak familiar, beliau sebenarnya bukanlah wajah baharu dalam dunia lakonan tempatan mahupun antarabangsa di Asia. Dua tahun lalu, Frederick telah menunjukkan lakonan mantap sebagai watak antagonis dalam filem The Scoundrels (2018) sehingga dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Terbaik di Taipei Film Awards 2019.
Manakala pada tahun 2014 pula, Frederick pernah membawa pulang anugerah Golden Awards untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem The Descendant.
Kelibat Frederick juga masih penulis ingati menerusi siri original yang ditayangkan di HBO Asia berjudul Trinity of Shadows – juga sebagai watak antagonis. Siri tersebut masih boleh ditonton di HBO Go dan HBO dengan episod baharunya ditayangkan pada setiap hari Ahad.
Biarpun beliau lebih banyak bergiat dalam dunia perfileman di Taiwan dan Singapura, Frederick teringin sekali untuk memperbaiki pertuturannya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris agar dia mampu menerima peluang untuk berlakon dalam lebih banyak drama Melayu dan Inggeris.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!