Oh My! Dah bulan Julai ke? Filem apa ya yang keluar bulan ini?
Kalau bulan Mei dan Jun lalu menyaksikan banyak filem-filem blockbuster menjengah ke pawagam, bulan ini juga tidak kurang hebatnya.
Bagi mereka yang tercari-cari apa agak filem untuk ditonton pada bulan ini, mungkin boleh lihat list ini. Mana tahu ada yang menarik perhatian.
Spiderman: Far From Home (3 Julai)
Filem Marvel kali ini merupakan kesinambungan selepas Avenger: End Game yang keluar pada hujung April lalu. Tatkala dunia masih lagi bersedih dengan kehilangan Iron Man, Spiderman terpaksa berdepan dengan musuh baru.
Crayon Shin Chan” Dangerous Honeymoon- The Lost Daddy (11 Julai)
Ads
Kartun anime kegemaran ramai kini ke layar perak mengisahkan percutian keluarga Shin Chan ke Australia bertukar menjadi huru-hara apabila Hiroshi diculik.
The Lion King (17 Julai)
Ads
Antara filem Disney yang dinanti-nantikan apabila filem animasi Lion King dijadikan live action. Apatah lagi karakter Simba, Timoon, Pumba dan Nala merupakan kegemaran ramai.
Rocketman (25 Julai)
Filem biografi berkisarkan tentang kehidupan penyanyi lagenda, Elton John bermula dari awal kariernya hinggalah menjadi seorang superstar.
Ads
Doraemon: Nobita Chronicles of the Moon Exploration
Animasi kegemaran ramai iaitu Doraemon kembali ke layar perak. Bermula dengan kejadian aneh apabila Nobita perasaan perubahan terhadap bulan hinggalah terjadinya pengembaraan penuh epik yang perlu dihadapi oleh skuad tersebut.
Wow! Banyaknya filem menarik bulan ini. Harap-harap dapatlah tonton kesemuanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Teringin nak minum kopi dekat tempat class sikit, tapi segan sebab tak tahu nak order yang mana satu?
Ha, mesti ada di antara kita yang pernah mengalami situasi seperti ini bila first time nak try minum kopi mahal sikit. Biasa dekat kedai mamak kita order je kopi ais satu, zasss terus sampai. Tak payah nak pening kepala pilih yang mana satu kopi paling sedap.
Tapi, kalau pergi kedai yang up sikit macam Starbucks ni, mula la garu kepala tengok menu yang ada. Nak mintak macam-macam takut salah pilih, habis berpuluh-puluh ringgit melayang macam tu je.
Jadi, untuk korang yang mungkin masih noob nak beli kopi di Starbucks tu boleh la ikut cara yang bro ni ajar di laman twitternya.
1. Kenal pasti jenis-jenis minuman
2. Pilih saiz
3. Pilihan jenis kopi
4. Tengok menu di board
5. Kenali perasa tambahan
6. Pilihan untuk tea dan chocolate
7. Bagi NAMA
Semoga perkongsian ini dapat hilangkan sikit la blur korang yang baru first time nak mencuba tu.
Tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun ini masih belum diketahui. Namun, rakyat Malaysia rata-rata sudah bersedia untuk menempuhinya, kecuali golongan pengundi muda atau dipanggil sebagai first timer voters ini.
Seperti kebiasaan, saat kali pertama kita melakukan sesuatu, pasti rasa ragu-ragu itu wujud.
“Betul ke cara ni, adakah keputusan aku ini tepat atau apakah hasil daripada tindakan aku?”
Di sebalik ketidak pastian itu, kami yakin ada satu perkara yang akan dipersetujui oleh semua golongan muda tanpa mengira kepercayaan parti. Kami semua sama sekali tidak menyokong politik yang berpaksikan bangsa dan sama sekali tidak menyokong politik yang berpaksikan umur.
* * * * *
Mudah bagi masyarakat untuk menjatuhkan persepsi kepada golongan muda. Kononnya, kami generasi yang disuap, kami tidak tahu erti kepayahan zaman dan kami tidak mengerti apa itu politik dan inti patinya.
Maka, mengapa generasi muda harus ‘kesah’ mengenai hala tuju politik negara? Mengapa mereka perlu menagih perhatian agar suara mereka didengari.
Semua persepsi sempit itu mungkin boleh berkesan 30 atau 40 tahun yang lalu. Kini, golongan muda bukan lagi boleh dianak tirikan apabila tiba masa untuk meluahkan hasrat dan pendapat mereka.
Salah satu daripada hasrat tersebut adalah untuk melihat hentinya sentimen umur dan bangsa ketika masyarakat memilih teraju negara tidak lama lagi melalui Pilihan Raya Umum 2018.
Ahli politik muda daripada kedua-dua cabang Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Harapan (PH) pada amnya menyokong cadangan agar sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan dilakukan secara terbuka, tulus dan centralized.
Namun, apabila tiba masa untuk menghentikan politik yang bersifat umur dan bangsa, semua orang berdiam diridan mengundur ke belakang. Kata mereka, ahli politik muda tidak mempunyai kuasa dan hak untuk berdepan dengan ombak majoriti senior yang sudah terbiasa dengan sentimen umur dan bangsa.
Apa saja masalah yang dihadapi, umur dan bangsa akan diungkit dulu. Demi memancing undi, umur dan bangsa dijadikan faktor utama. Sampai bila strategi lapuk umur dan bangsa ini akan diteruskan jika kita ingin melihat negara berkembang; bukan saja dari aspek pembangunan fizikal tetapi juga dari aspek mentaliti individu serta masyarakat.
Eksko pemuda UMNO, Rahman Husin pernah berkata, politik bersifat bangsa adalah hasil daripada sistem supply & demand.
Rahman Hussin semasa sesi wacana kendalian akhbar Sinar Harian.
Dalam bahasa mudah, jika masyarakat di sesuatu kawasan majoritinya adalah dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama, maka figura pemimpin yang akan tercalon juga haruslah seiring dengan identiti masyarakat. Bukannya disebabkan kebolehan dan perwatakan kemimpinan yang ada.
Syed Saddiq Abdul Rahman pula berkata institusi politik Malaysia harus terlebih dahulu dibebaskan daripada konkongan umur mahupun bangsa. Dalam dialog bersama Sinar Harian bulan lalu, Syed Saddiq berpendapat politik Malaysia masih mampu melihat gabungan pemimpin berpengalaman dan pemimpin baru.
Namun, sekiranya tampuk kepimpinan parti pembangkang juga masih dipelopori oleh pemimpin berusia 93 tahun (Tun Mahathir), Datuk Seri Dr Wan Azizah (64), Datuk Seri Anwar Ibrahim (70) mahupun Lim Kit Siang (76), peluang untuk melihat suara dan pengaruh golongan muda dalam kepimpinan negara dilihat amat samar.
Mahu atau tidak, kita harus akui bahawa sukar untuk golongan pemimpin senior menukar corak pemikiran dan cara pentadbiran. Sama ada BN mahupun PH, kedua-duanya enggan mengubah formula pentadbiran lama.
Terma ‘berubah’ dalam hal ini bukan setakat mengubah tampuk kepimpinan negara. Namun, golongan muda ingin melihat perubahan yang lebih mendalam. Mampukah kerajaan yang akan datang meninggalkan formula lapuk politik umur dan bangsa di mana mereka tidak lagi memisahkan kepentingan dan keperluan rakyat berdasarkan kategori?
Mampukah? Sebagai pengundi muda, kamu mampu mencorakkan perubahan tersebut pada Pilihan Raya Umum kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ramai antara korang dah tengok filem romantik remaja ‘To All The Boys I’ve Loved Before’ (TATBILB) yang ditayangkan eksklusif di Netflix.
Kepada yang belum tengok lagi… what are you guys doing? Sila pergi tengok filem hebat ini sekarang!
Filem yang diadaptasi daripada novel berjudul sama karya Jenny Han ini mengisahkan kehidupan seorang remaja bernama Lara Jean Covey. Ia berkisar tentang pengalamannya jatuh cinta buat beberapa kali dengan jejaka yang datang daripada latar belakang serta personaliti berbeza.
Pelakon utamanya iaitu Lana Condor telah menarik perhatian ramai peminat dengan kemampuannya melakonkan watak yang penuh colorful sebagai Lara Jean.
Adakah korang kenal dengan pelakon kecil molek bernama Lana Condor ini? Jom kenalinya dengan 10 perkara di bawah!
RAPAT DENGAN NOAH CENTINEO
Menerusi TATBILB, Noah membawakan watak sebagai Peter, salah seorang bekas kekasih Lara Jean yang paling utama. memariknya mereka berdua merupakan kawan rapat di luar set.
LAHIR DI VIETNAM
Dia telah dibesarkan oleh sebuah keluarga angkat dan membesar di Chicago. Lana merupakan seorang berbangsa Vietnam yang telah diambil sebagai anak angkat oleh ibunya yang berasal daripada Ireland dan bapanya, Hungary.
PELBAGAI ETNIK
Membesar di dalam sebuah keluarga yang berbilang etnik menjadikan Lana sebagai seorang gadis yang berfikiran cukup terbuka. Dia dan abangnya merupakan orang Asia manakala kedua ibu bapanya dari Eropah. Dan dia membesar di Amerika Syarikat!
CINTA PERTAMA
Berlakon di dalam filem tentang bagaimana seorang remaja membesar dengan cinta naif merupakan satu perkara yang pernah dilaluinya. Menurut Lana cinta pertamanya ialah ketika dia berusia 12 tahun.
Selain memiliki bakat berlakon, Lana juga merupakan seorang penari balet dan pernah berlatih di sekolah balet profesional seperti Joffrey Ballet and the Alvin Ailey American Dance Theater.
Mungkin korang tak perasan sebenarnya Lana pernah muncul di dalam filem ‘X-Men: Apocalypse’ membawakan watak sebagai Jubilee. Pada tahun hadapan juga dia dijadualkan berlakon di dalam drama aksi sains fiksyen, ‘Deadly CLass’.
Yes guys. Dia sudah berpunya! Teman lelaki Lana merupakan seorang pelakon bernama Anthony Dela Torre dan mereka telah menjalinkan hubungan selama 3 tahun.
Walaupun kadangkala iras mukanya nampak serius tapi sebenarnya Lana adalah seorang yang laid back dan kelakar. Lihat sahaja feed foto Instagram miliknya yang sentiasa disertakan dengan kapsyen mencuit hati.
AKAN DATANG
Pada tahun depan, Lana akan muncul di dalam sebuah filem komedi remaja berjudul ‘Summer Night’ dan membawakan watak sebagai Lexi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!