4 Wanita Cantik Tapi Sado, Onz Ke Tak?

Share

Kalau sebut tentang lelaki sado rasanya semua orang biasa dengar dan sekarang ni dah ramai pun lelaki yang berbadan sado. Tidak ada apa yang nak dihairankan lagi.

Tidak semua perempuan mahu kelihatan seperti ‘princess’ dan sentiasa bermekap tebal. Ada diantara mereka yang memilih untuk bergiat aktif dalam dunia bina badan.

Why not kan? Semuanya terletak pada pilihan masing-masing. Bukan mereka tidak memiliki wajah yang cantik, tapi hanya lifestyle saja yang berbeza.

1. Reika Saiki

Merupakan seorang professional wrestler, bodybuilder dan model, Reika Saiki mempunyai badan yang berotot dan juga dikenali sebagai salah seorang anggota Cheer

1, koleksi model wanita untuk Liga Pro Wrestle-1.

Memiliki ketinggian hanya 150 cm, Saiki baru berusia 26 tahun dan berasal dari Saitama, Jepun. Wanita ini sering ke gymnasium dan mengambil protein untuk dietnya. Maka, tak hairanlah kalau gadis ini berbadan sado.

2. Jhi Yeon-Woo

Biasanya gadis Kpop yang selalu kita lihat semuanya cute miut. Tapi lain pula dengan Jhi Yeon-Woo yang merupakan atlet bina badan dan telah memenangi beberapa anugerah sejak tahun 2010.

Wanita ini mula viral sejak gambar-gambarnya ketika menyertai pertandingan bina badan tersebar di media sosial.

3. Tomoko Kanda

Wanita ini pernah memiliki berat badan berlebihan, tapi setelah menyertai Kementerian Pertahanan di Yokota Air Base, dia mula sensitive dengan penjagaan berat badan dan kerap ke gym sehinggalah memiliki bentuk badan seperti sekarang.

4. Julia Vins

Mendapat jolokan muscle barbie, gadis Rusia ini mempunyai wajah yang comel tetapi badan berotot. Gemar meluangkan masa di gymnasium, Julia Vins tidak kisah bertubuh sado kerana baginya, wanita cantik itu juga perlu kuat.

Tetapi, kalau bercakap pasal perempuan sado, korang rasa macam mana? Onz ke tak bila perempuan pun ada yang bertubuh sasa?

Tidak salah rasanya jika mereka memilih untuk sado. Yang penting sihat kan?

 

IKLAN