Memiliki paha yang besar bagaikan mimpi ngeri buat wanita. Bukan hanya yang memiliki bentuk badan berisi saja mempunyai masalah ‘besar’ di bahagian paha, tapi ada yang bertubuh kurus juga tak lepas daripada masalah ini.
Jadi, ramai yang tanya macam mana nak kecilkan paha mereka. Lagi membara bila layan video K-pop, memang makan hati tengok peha dorang yang runcing dan kecil itu. Dah jangan nak makan-makan hati, ini Remaja kongsikan 4 step workout untuk mendapatkan peha langsing langsung tak bergesel, mengikut rutin k-pop idol.
Bend Press + Split
Ads
Foto – Tiktok @michelleschoi
Lateral Leg Raise
Foto – Tiktok @michelleschoi
Clams
Foto – Tiktok @michelleschoi
Inner Thigh Lift
Ads
Nak hasil mujarab, lakukan rutin ini setiap hari mengikut kesesuaian masa sama ada pagi atau petang. Inshaallah kamu dapatkan peha langsing idaman, asalkan berdisiplin dan tidak putus asa.
Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin, baru-baru ini berkongsi tentang rutin dan ibadah yang dilakukannya setiap hari.
Menerusi temubual bersama podcast Apa Cerita?, Rizman berkata dia memulakan paginya dengan solat taubat dan solat tahajud kerana ia memberi manfaat yang baik kepada setiap muslim.
“Ini adalah rutin saya setiap hari, saya kongsikan dengan niat orang boleh ikut inshaAllah”
“Saya selalu bangun pukul 5.30 pagi dan mulakan dengan solat taubat dulu dan selepas itu solat tahajud” – Rizman
“Solat tahajud ini Allah dah cakap ia umpama panah yang tepat pada sasaran. Malaikat turun dan mengaminkan doa. Apa lagi nikmat yang nak didustakan kepada Allah?” – Rizman
Pereka fesyen yang kini berusia 39 tahun itu kemudian meneruskan rutinnya dengan membaca Al-Quran sekurangnya satu muka surat setiap hari.
Dalam pada itu Rizman turut mendedahkan bahawa dia mula belajar mendalami Al-Quran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19.
Kredit: Tiktok Tun Asyraf Khalid
“Saya nak kongsikan, saya dulu tak pandai mengaji sebab keluarga saya tidaklah terlalu alim. Even, mak dan ayah saya, solat pun saya yang ajar sebenarnya”
“Saya mula belajar mengaji semasa PKP. Saya belajar dengan ustaz melalui Zoom. Sehari sejam saya akan baca satu muka surat tapi hujung-hujung tu dah jadi 15 minit sebab sudah boleh membaca dengan laju”
Kredit: Instagram Rizman.N
Menurutnya lagi, jika kata ada usaha untuk buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Lama kelamaan hal yang ingin dilakukan itu akan jadi lebih mudah.
Sementara itu, tambah Rizman sebagai seorang muslim kepercayaan terhadap Allah adalah tunjang utama untuk memperoleh kejayaan selain daripada usaha. Berharap sepenuh hati terhadap Allah juga membuatkan pereka fesyen ini dapat mencapai semua impiannya.
“Apa sahaja yang kita nak capai, ia tak ada kepastian sama ada kita akan dapat atau tidak tetapi ada benda yang sangat berharga iaitu harapan dan iman” – rizman
“Bila kita berdoa kepada Dia, jadi kita akan ada iman dan percaya bahawa kita akan dapat. Itu yang membuatkan saya percaya bahawa saya akan sampai ke destinasi, saya akan dapatkan Naomi Campbell, saya akan ke Dubai dan akan dapat itu dan ini”
Sebagai manusia, Rizman berkata sudah semestinya akan ada pelbagai cabaran tetapi kita pasti boleh lakukan dan laluinya jika kembali kepada asas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masyarakat hari ini mempunyai banyak pilihan yang memudahkan mereka untuk memasak, salah satunya adalah dengan menggunakan air fryer. Sejak beberapa tahun lalu, produk ini sudah terkenal sebagai antara alternatif untuk mengurangkan penggunaan minyak ketika memasak.
Menurut, Root of Science, air fryer dapat membantu menghadkan pengambilan lemak tepu dalam jumlah yang banyak, selain membantu mengurangkan pengambilan kalori harian. Jadi tidak hairanlah jika kebanyakan kita di rumah menggunakan air fryer untuk tujuan memasak.
Boleh dikatakan apa sahaja makanan yang korang nak makan, semuanya boleh dimasak dengan mudah menggunakan air fryer ini. Korang hanya perlu mengetahui suhu dan tempoh masa yang diperlukan untuk memasak.
Seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai @neorcent telah pun berkongsi senarai suhu dan tempoh masa untuk memasak sekiranya menggunakan air fryer. Informasi ini sangat berguna dan boleh dijadikan rujukan ramai.
Nah, lepas ni kalau korang nak masak apa-apa guna air fryer, bolehlah rujuk disini ya. Selamat memasak. Hiks!
Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa sebarang usaha. Cita-cita yang tinggi pastinya akan menjadi milik mereka yang berhak.
Inilah yang terjadi kepada Faris Irwin Wald yang merupakan pelajar dari Sekolah Tinggi Santa Fe Kampus Selatan.
Dia yang baru sahaja menamatkan pembelajaran di peringkat menengah telah dianugerahkan Biasiswa Presiden Amerika Syarikat atas kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan kokurikulum.
Dia juga merupakan penerima gelaran ‘salutatorion’ dan diberi penghormatan menyampaikan ucapan pada majlis graduasi sekolahnya untuk edisi 2021.
Faris dicalonkan oleh pengetua sekolahnya, Carl Marano, atas ciri kualiti dan bakat yang dimiliki serta karakter yang menarik.
Bukan calang-calang orang boleh disenaraikan untuk Biasiswa Presiden. Untuk menerima biasiswa ini calon perlu menjalani proses permohonan yang sukar dan akan dipilih oleh Suruhanjaya White House berdasarkan kualiti seperti kejayaan akademik, penglibatan dalam masyarakat dan komitmen terhadap cita-cita tinggi.
Apa Rahsianya?
Menariknya, Faris yang berdarah Malaysia di sebelah ibunya memiliki satu rutin yang tidak banyak dilakukan oleh remaja-remaja lain. Ketika alam persekolahan, remaja berwawasan ini akan bangun pada jam 5 pagi setiap hari untuk melakukan ulang kaji sebelum ke kelas.
Merupakan bakal kadet dalam Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat, Faris juga mencipta nama apabila merangkul wang tunai bernilai US$25’000 dalam Eskpo Sains Broadcom MASTERS di Washington D.C. Selain dari cemerlang dalam bidang akademik serta sains, remaja ini juga aktif dalam pasukan pancaragam sewaktu persekolahan.
Menceritakan detik apabila namanya tersenarai dalam penerima biasiswa presiden, Faris berkata, “Bila saya dapat tahu yang saya bakal menjadi penerima biasiswa Presiden, saya menjerit dengan begitu kut. Kuat sehinggakan ibu datang dan bertanya apa yang terjadi.”
Buat masa ini, dia merancang untuk menyambung pengajiannya dalam bidang kejuruteraan kimia di Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat, West Point, New York.
Menurut Faris kepada wartawan Santa Fe New Mexican, “Ada sesuatu tentang graduan West Point, atau graduan Naval Academy atau graduan Akademi Tentera Udara yang menjadikan mereka menonjol antara yang terbaik. Pandangan berbeza pada mata adalah satu perkara yang saya juga mahu memilikinya. Itulah salah satu sebab saya memilih untuk ke West Point.”
***P/S – Tip belajar terlebih dahulu sebelum memasuki kelas mempersiapkan diri kita dengan lebih baik apabila guru mengajar. Ini satu langkah positif yang boleh para pelajar yang membaca artikel ini contohi.
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.